Assalamualaikum
Bismillah
Sebenarnya aku dah lama nak buat entri ini. Sebelum ini dah banyak kali juga dapat job menulis dari luar negara tetapi tak boleh nak withdraw lagi sebab belum capai minimum pengeluaran.
Alhamdulillah, setelah lama menunggu akhirnya dapat withdraw juga. So, mari aku tunjukkan Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank sangat mudah dan ringkas.
Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank
1. Login ke akaun paypal koang di https://www.paypal.com/my/signin
2. Klik pada tombol setting seperti yang ditunjukkan di gambar dibawah. Kemudian di bahagian Business profile tekan Money, banks and cards.
3. Seterusnya link a new bank account untuk link akaun korang.
4. Sila isi maklumat bank korang seperti nama bank, MEPS bank routing code (RUJUK LINK INI - pilih swift code) dan no akaun bank.
5. Seterusnya, korang kembali ke bahagian 'Summary' dan pilih 'Transfer Money'.
6. Pilih samada nak MYR atau USD.
7. Seterusnya kalau dah isi akaun bank, terus tekan next sahaja. Kalau belum tetapkan akaun, boleh pilih nak link a bank atau debit card.
8. Masukkan amaun / jumlah berapa korang nak withdraw (tidak boleh kurang dari RM100).Terpulang nak withdraw semua sekali atau sebahagian sahaja. Biasanya proses ini akan mengambil 2-3 hari bekerja.
9. Klik NEXT. Pada bahagian TRANSFER REVIEW korang kena semak betul-betul tau. Pastikan semua maklumat adalah tepat dan betul. Nanti masuk akaun orang lain jangan nangis pula ya.
Caj RM3.00 akan dikenakan untuk proses ini.
10. Dah puas hati. Bolehlah klik TRANSFER NOW.
Dah siap! korang boleh tengok urusan tranksaksi yang dibuat. Check juga email untuk make sure urusan withdraw ini telah disahkan. So tunggu jelah duit masuk dalam personal akaun.
Actually tak sampai 3 hari pun dah masuk akaun CIMB BANK. Mungkin sebab transaksi dibuat semasa waktu bekerja (pejabat).
Semoga bermanfaat. Semoga dipermudahkan urusan korang ya. InsyaAllah.
paypal mmg cekik darah :( fee dia omgg mahal nak mati.. selalu guna ni utk hantar ke japan :(
BalasPadambetul Atie!
PadamPernah sekali draw guna paypal..udahlah dapatnye pun ciput..dah transfer tgal ciput aduhai ^_^
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.