Pertama sekali aku ucapkan terima kasih sangat kepada The Wedding Journal atas perkongsian. Aku tulis kat blog, supaya bila-bila masa aku boleh baca balik.
Sumber gambar : The Wedding Journal
Sebelum Hari Majlis Akad Nikah:
1) Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudiannya disimpan dalam satu kotak bersama barang kemas/cincin, duit mas kahwin dan sebagainya agar tiada yang tercicir.
2) Perlu tidur awal kerana ianya memberi kesan terhadap emosi anda pada keesokan harinya. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi agar anda nampak lebih selesa dan ceria. (Nak masuk gambar, seeloknya kenalah nampak ceria..Hahaha)
Pada Hari Majlis Akad Nikah:
1) Cuba selesakan diri (ambil mood). Pastikan sentiasa ada teman berborak agar anda tidak terlalu memikirkan tentang majlis supaya anda tidak terlalu gemuruh.
2) Ketika berdepan dengan Imam/Juru Nikah. Sentiasa senyum dan cuba untuk bertenang. Ketika khutbah nikah dibacakan, beri perhatian dan sentiasa senyum.
3) Akad Nikah (ijab dan kabul). Jangan risau. Kebiasaannya wali akan membuat percubaan sebelum membacakan ijab yang sebenar. Pengantin lelaki tidak perlu mejawab tergesa-gesa sambil menahan nafas.
Pada ketika ini, tetamu-tetamu yang hadir juga haruslah mengawal anak-anak untuk tidak berbuat bising dan menangkap gambar terlalu dekat sehingga mengganggu perhatian pengantin lelaki.
Kebiasaannya jurugambar terlatih akan mengambil moment pengantin berjabat tangan dengan wali pada permulaannya dan berhenti menangkap gambar untuk memberi ruang pengantin lelaki menjawab qabul dalam keadaan tidak terganggu.
(selesai part ni pengantin lelaki dah buat muka lega dah..hahaha..tapi kena ingat, bacaan taklik pulak lepas ni)..
4) Bacaan Taklik. Jangan risau. Kebiasaannya ada disediakan teks bacaan taklik dalam tulisan rumi. Walau bagaimanapun, ada juga imam yang menyediakan teks dalam tulisan jawi.
Ni contoh bacaan taklik bagi negeri Perak:
"Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik jika saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan qamariah atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syariah dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim bagi pihak saya sebanyak RM 10.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk."
5) Sembahyang Sunat Selepas Nikah:
Niat - "Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala” (Sahaja aku solat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Taala)
Selepas bacaan Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah berikut:
Rakaat 1- Surah Al-Kafiruun
Rakaat 2- Surah Al-Ikhlas
6) Bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
7) Penyerahan Mas Kahwin dan Pembatalan Air Sembahyang. Jangan risau, start dari sini semuanya akan di "guide" oleh jurugambar sehinggalah tamat Majlis Bersanding dan sesi Outdoor.
Memegang Ubun-ubun Isteri.
Doa: Allaahumma innii as-aluka khayraha wa khayra maa jabaltahaa ‘alaihi wa a’uudzu bika min syarrihaa wa min syarri maa jabaltahaa ‘alaihi
Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.
Sumber gambar : The Wedding Journal
TIPS TAMBAHAN UNTUK BAKAL PENGANTIN LELAKI
Perkara yang kadang-kadang nampak remeh tapi memberi kesan kepada seseorang pengantin kerana perkahwinan mungkin hanya berlaku sekali untuk seumur hidup dan kita mengharapkan perkara tersebut satu kenangan yang indah untuk dikenang.
Sekali Lafaz Yang Diidamkan
Persediaan untuk mencapai sekali lafaz akad nikah:
1. Sebutan nama pasangan
Wajib. Wajib hafal nama bakal isteri/nama pengantin perempuan dengan tepat supaya tidak mengganggu atau tidak menjarakkan sebutan kerana kurang yakin dengan nama yang tepat.
2. Cuba kawal rasa gemuruh
Tidak dinafikan. Rasa gemuruh pasti ada kerana anda sedang berdepan dengan antara perkara penting yang ingin disempurnakan dalam hidup. Tips untuk kurangkan rasa gemuruh, jangan hirau orang ramai yang berada di sekeliling. FOKUS.
Fokus antara kita dengan wali/imam yang menjadi wakil wali sahaja. Jika merasakan diri gemuruh, jangan pandang orang di sekeliling atau kawan-kawan yang sedang mengusik di belakang. Hahaha.
Pandang imam, bersedia dengan lafaz akad nikah seperti yang dipraktikkan sebelum hari sebenar.
Apa yang penting adalah lafaz perlulah TEPAT, JELAS dan TIDAK TERSEKAT-SEKAT/LANCAR untuk tempoh yang lama.
Sekiranya lafaz TEPAT , JELAS & LANCAR pasti anda berjaya menyempurnakan lafaz ijab kabul/akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Begitulah serba sedikit tips yang ringkas tetapi boleh memberi sedikit gambaran kepada bakal pengantin lelaki supaya lebih fokus apa yang lebih penting untuk dipraktikkan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sumber pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam majlis sebenar kelak.
Berminat mahu mencari jurugambar yang profesional sempena hari perkahwinan anda? Korang bolehlah tempah di The Wedding Journal
Maklumat lanjut :
- Instagram - http://www.instagram.com/the.wedding.journals
- No Tel - 017-528 9843
- azlanyusofconcept@gmail.com
- Masa operasi : Setiap Hari (9am-5pm)
bertunang pun neves gila apatah lagi masa kawin nanti kan..
BalasPadamnice sharing nurul!
Follow je tips-tips kat sini. insyaAllah boleh kurang menggelabah nanti
BalasPadamthank you sharingggg... :) i perhaps has no rezeki at all utk smua ni hehehe
BalasPadamuntung skrg ada tips
BalasPadam21 tahun lalu
he hee nebess tak hingat camana
Bagus ada tips ni
BalasPadamterbaik! tq sharing nurul :)
BalasPadamnice sharing nurul.. boleh simpan utk masa akan datang ni hehe
BalasPadamNice sharing :)
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.