Assalamualaikum
Bismillah
Aku memang dah lama merancang mahu mencarum KWSP sendiri. Dan yang bestnya blogger pun boleh mencarum juga tau. Cuma bezanya takda lah caruman dari majikan. Tapi takpa lah untuk simpanan hari tua juga. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur.
Kenapa aku pilih untuk mencarum kwsp sendiri? Aku mencarum kerana tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan, dan boleh mencarum di KWSP mengikut amaun dan kemampuan sendiri.
Selain daripada duit simpanan yang telah dicarumkan itu juga boleh korang dapat menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan.
1. Login ke CIMB CLICKS (Korang login guna internet ya bukan di apps)
2. Setelah itu, pilih PAY & TRANSFER. Pilih EPF/KWSP TRANSFER (rujuk gambar diatas ya)
3. Pada bahagian EPF/KWSP TRANSFER isi details seperti dalam gambar ya. Masukkan NO EPF/KWSP korang. Boleh lihat di penyata gaji korang.
Kalau takda NO EPF boleh ke kaunter KWSP untuk buka akaun kwsp ya. Sekiranya korang dah ada NO EPF KWSP boleh semak di i-Akaun KWSP.
4. Pada bahagian EPF CONTRIBUTION TYPE. Terdapat 2 jenis contribution iaitu SELF EMPLOYED ataupun i-Saraan/i-Suri.
Aku pilih i-Saraan/i-Suri, sesuai sangat kepada individu yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja (tidak bekerja di bawah orang).
5. Masukkan NO IC & Amaun (RM) yang korang nak. Tiada had minimum, masukkan saja berapa yang korang mampu.
6. Semak butiran maklumat korang ya. Pastikan betul ya NO IC dan NO EPF tu. Then submit. Tunggu dalam beberapa hari lepas tu korang boleh semak kat i-Akaun KWSP.
Bukti yang caruman telah berjaya masuk kat akaun KWSP. Untuk maklumat lanjut boleh terus berhubung melalui pihak KWSP :
- Cawangan KWSP mengikut Negeri
- Telefon : 03 – 8922 6000
- Faks : 03 – 8922 6222
- Masa Operasi: Isnin - Jumaat 8.00 Pagi ke 5.00 Petang
kalau yang dah ada kerja and emmang ada kwsp tak boleh tambah la eh
ردحذفBoleh Rasya .. pilih self-contribution..
حذفdun have self-contribution. Only have self employed or i-Saraan
حذفAbe kie biasa buat di maybank2u. X sangka plak cimbclicks ada gak kemudahan ni. Hmmm...nak try la...
ردحذفCuba lah Abe Kie.. Bestnya ada maybank2U
حذفsenang dah sekarang nie bila2 masa boleh tambah caruman... kan?
ردحذفBetul tue.. bila-bila pun boleh buat caruman
حذفterima kasih atas perkongsian
ردحذفehhh bleh juga .. saving utk masa depan kan ... this is good
ردحذفOh! sedang bekerja pun boleh juga self-contribution.
ردحذفTerima kasih atas perkongsian.
tqq atas perkongsian
ردحذفNnt nak try godek2 jugak laa
ردحذفMenarik boleh cuba nanti :)
ردحذفTq sharing nurul..
btw jemput join GA shida ya jika kelapangan :)
https://www.shidaradzuan.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
Tumpang bertanya, kalau kita carum sendiri kwsp melalui online banking transfer, berapa lama ye duit tu masuk ke dalam akaun kwsp?
ردحذفInfo yang sangat berguna. Mudah betul sekarang ye. Semua di hujung jari.
ردحذفinfo yang menarik dan boleh semak web site depa ni
ردحذفTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.