Assalamualaikum
Bismillah
Aku baru tahu yang KWSP sekarang kena buat appointment untuk apa sahaja urusan. Melalui Janji Temu Online, korang boleh membuat janji temu secara dalam talian dengan lebih awal untuk berurusan di kaunter KWSP untuk perkhidmatan yang disediakan.
Sebelum ini aku pergi KWSP untuk daftar i-Akaun saja. Boleh baca Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK)
Hanya ahli yang telah membuat temujanji / appointment sahaja yang dapat berurusan di bahagian kaunter KWSP. Jadi kepada korang yang ingin berurusan menerusi kaunter, perlu membuat temujanji terlebih dahulu.
Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui:
- Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my dengan mengklik pada pautan Janji Temu Online; atau
- Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.
Cara Buat Janji Temu (Appointment) Online KWSP
1. Login Janji Temu Online KWSP
2. Pilih NEGERI / CAWANGAN KWSP korang di mana. Klik untuk seterusnya..
3. Pada bahagain Pemilihan Janji Temu, korang boleh pilih nak buat appointment untuk urusan apa? Ada banyak senarai. Just pilih sahaja.
4. Seterusnya, korang PILIH TARIKH yang available.
Ahli boleh membuat permohonan temujanji seawal 30 hari dan selewatnya 1 jam sebelum masa janji temu tetapi bergantung kepada slot kekosongan slot pada tarikh dan waktu yang dimohon.
5. Dah tetapkan TARIKH bila, korang PILIH SLOT JAM BERAPA korang nak pergi KWSP.
Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
6. Lengkapkan MAKLUMAT PERIBADI. Seterusnya, klik BUAT JANJI TEMU.
Maklumat peribadi ini bergantung dengan jenis urusan korang. Macam aku buat appointment untuk Pengeluaran Umur 50
8. Korang boleh SEMAK EMAIL untuk rujukan. Nak batal appointment, tukar tarikh ataupun pindaan maklumat boleh semak melalui email ya.
Nota Tambahan :
👉Hanya seorang Ahli sahaja dibenarkan berurusan dalam satu-satu janji temu.
👉Ahli yang telah membuat permohonan melalui Janji Temu Online akan menerima notis pengesahan permohonan melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan berdasarkan alamat e-mel dan nombor telefon yang didaftarkan semasa membuat permohonan.
👉Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.
👉Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
👉Jika Ahli lewat hadir atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan, janji temu yang dibuat akan terbatal dan Ahli perlu membuat permohonan semula melalui Janji Temu Online.
nice sharing. sgt membantu
BalasPadamtq for sharing
BalasPadamthank you sharing :)
BalasPadamOkay tahu dah..tq nurul 😊
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.