Assalamualaikum
Bismillah
Hai semua, korang mungkin tak percaya ini kali pertama aku buat biskut raya tart nenas. Selalunya mak yang buatkan. Kali ini aku nak belajar buat sendiri. Dan alhamdulillah menjadi buat beginners macam aku hehe.
Bahan-bahannya
- 250g Butter (boleh juga pakai majerin tetapi kalau guna butter lagi wangi dan berlemak)
- 1/2 Cawan susu
- 1 sb esen vanila
- 1 sk pewarna kuning lemon
- 2 Biji telur kuning sahaja
- 1/2 Cawan Tepung Susu (nespray atau apa2 sahaja brand)
- 1/2 Cawan Tepung Jagung
- 1/4 Cawan Tepung Kastad
- 4 1/2 Cawan Tepung Gandum
Bahan Sapuan Tart Nenas
- 1/4 cawan susu segar
- 3 biji kuning telur
- pewarna kuning
Cara-Cara Membuatnya :
1. Masukkan butter, susu, esen vanila dan pewarna kuning. Kacau dengan senduk saja sehingga butter jadi sebati dan tidak berketul. Kalau korang nak guna mixer boleh tapi mata padle yang macam sauh kapal tu ya.
2. Masukkan kuning telur dan kacau sebati. Masukkan tepung susu, tepung jagung, tepung kastad dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan 3 cawan tepung gandum. Pada cawan ke 4 setengah tu korang tambah sikit demi sedikit tepung gandum sehingga doh berasa selesa di tangan. Jangan terlalu lembik ataupun senang patah.
4. Apabila doh dah tak melekat di tangan dan cantik lembut tu kiranya okaylah.
5. Inti untuk tart tahan lama gentel pakai glove ya dan kalau nak tart nenas gemuk buatlah besar sikit.
6. Semasa menggulung elakkan ia melebar. Kena gulung dengan ketat dan kemas. Sebelum mulakan gulungan tekan sikit inti baru mula gulung.
7. Sapu kuning telur (bahan sapuan) kat atas tart nenas. Kemudian bakar dengan suhu 170'C selama 25 minit (bergantung dengan kepanasan oven masing-masing ya.
Dah siap.. Aku suka sangat sebab wangi, sedap apabila dimasak. Cair dimulut dan boleh dapat dalam 1 balang besar. Korang cuba lah. Selamat mencuba!
wah...sedapnya...kuih legend ni...
BalasPadamLama tak makan tart nenas
BalasPadamfeberet ramai tart nenas ni kan
BalasPadamyg pentinggg sedapp
sis blm lg buat tart gulong, siapkan tempahan tart nyonya dulu
dkt2 raya baru blh buat tart utk rumah he hee
sedapnya. nice sharing :)
BalasPadamKuih favorite! Zaman arwah mak ada dulu selalulah buat berbekas bekas siap ada tempahan lagi tapi sekarang ni, kuih tunjuk ajeee hehehehe.
BalasPadamFeveret kita ni, tart nenas. :)
BalasPadamkak pip pun baru 1st time buat, tapi hurm macam ndak menjadilah tau...
BalasPadamWahh rajinnya nurul buat tart nenas . Nanti boleh buat jual jugak ni hehehe..
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.