Type Here to Get Search Results !

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

Assalamualaikum
Bismillah

Hai ada yang baru isi ka info tax google adsense ni? Aku baru ja isi tadi hahaha. Hari tu aku tahu juga pasal tax ni. Cuma tu lah baahh lambat-lambat lagi mau mengisi kan. Tanpa melengahkan masa, mari lihat langkah-langkah di bawah :

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog


1. Pertama sekali korang login ke akaun Google Adsense. 

2. Klik bahagian "payment". Selepas itu pilih "manage setting". Rujuk gambar di bawah ya.

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog
3. Pada bahagian ini klik United States Tax dan klik Manage Tax Info.
Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

4. Seterusnya klik Add Tax Info. Nanti korang masukkan email dan password. 

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

5. Korang pilih mana yang mewakili akaun korang. Macam aku pilih "Individual". Kalau akaun korang jenis bisnes bolehlah pilih "Non-Individual / entity".  Dah tick, klik next. Lepastu soalan seterusnya samada korang warganegara US atau bukan, mestilah bukan kan, jadi tick No, dan klik Next

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

6. Seterusnya pada bahagian ini korang dikehendaki untuk pilih borang (W-8 tax form type). Ada dua jenis borang iaitu :
  • W-8BEN : Borang ini paling biasa digunakan oleh individu bukan AS dan juga akan digunakan untuk menuntut faedah perjanjian cukai

  • W-8ECI : Borang ini paling biasa digunakan oleh entiti perniagaan bukan AS atau individu yang mendapat pendapatan yang berkaitan dengan perdagangan atau perniagaan AS dan fail pulangan cukai pendapatan AS
Aku pilih yang W-8BEN, klik Start W-8BEN form. 

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

7. Pada bahagian Tax Identity pula, pastikan nama korang betul, isi alamat korang. Yang lain tu abaikan saja. 

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

9. Bahagian Tax Treaty , tick NO dan klik Next (Lupa mau printscreen part ini). Seterusnya akan keluar Document Preview, korang boleh download form tu untuk simpanan. Tick box tu, dan klik Next.
Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

10. Pada bahagian tandatangan tu korang just tulis nama penuh sahaja. Kemudian tick Yes, jika korang adalah orang yang isi form ni. Then, klik Next. Tetapi kalau korang isi form tu untuk pihak orang lain klik No. 

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

11. Untuk bahagian Activities and Services korang tick No, dan tick dalam kotak kecil tu ya.
  • Saya menyediakan maklumat cukai untuk profil pembayaran baru atau sedia ada yang belum menerima pembayaran

  • Saya menyediakan maklumat cukai untuk profil pembayaran sedia ada yang telah menerima      pembayaran sebelum ini
Di bahagian Status Change Affidavit tu, korang tick samada korang pernah dapat payment atau tak, macam aku pula dah pernah dapat payment, so aku tick box ke-2. Akhir sekali, klik Submit.



Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog

12. Dah selesai, akan keluar macam ni. Bahagian Status : Approved. Korang juga akan terima email. Boleh semak email korang nanti. 

Cara Mengisi Manage Tax Info Google Adsense di Blog



Catat Ulasan

17 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ct memang kena isi ker
    he hee sb baru je buat adsence ni

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang menarik utk sesiapa yang baru dapat keluarkan adsense buat pertama kali

    BalasPadam
  3. tq share ya. senang sgt nak faham.

    BalasPadam
  4. terima kasih.info yg sangat penting ni

    BalasPadam
  5. rajin sungguhlah dia share pasal nih .. terbaik ..... byk org dapat manfaat

    BalasPadam
  6. tq sharing nurul..selesai update :)

    BalasPadam
  7. Thanks for sharing..Settled update tax info yg sangkut lama tu. 🌹🌹

    BalasPadam
  8. Terima kasih sharing Nurul.. berjaya jugak akhirnya kak net update tax ni.. hihi.

    BalasPadam
  9. Terima Kasih saya dah cuba buat dah Alhamdulilah selesai.. TQ moga dimurahkan rezeki

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad