Type Here to Get Search Results !

Resepi Mudah Nasi Goreng Kampung Guna Perencah

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku mahu kongsi resepi mudah nasi goreng kampung guna perencah sesuai dimasak untuk orang yang paling malas nak masak dan nak ringkas saja. Macam akulah, kalau masa rajin tu memang tak guna perencah apapun. Cuba kalau masa tengah malas. Bubuh ja perencah nasi goreng, siap tak payah susah-susah. 

Resepi Mudah Nasi Goreng Kampung Guna Perencah

Bahan-Bahan 
  • 2 mangkuk nasi 
  • 3 ulas bawang merah (hiris)
  • 2 ulang bawang putih (hiris)
  • Sayur kangkung
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis (cuci & toskan)
  • Perencah nasi goreng kampung
Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang dah dihiris sehingga naik bau.

2. Masukkan ikan bilis. Gaul sehingga sebati. Masukkan perencah nasi goreng. 

3. Selepas tu masukkan pula nasi. Gaul sehingga sebati. Akhir sekali masukkan sayur kangkung. 

Siap untuk dihidang.


Ada orang dia tak suka letak perencah. Terpulang. Tetapi kalau aku bergantung juga. Kalau nak ringkas selalu masak macam nie. Adik-adik pun suka makan. Aku bukannya apa, setiap orang kan tidak sama selera makan, ada yang suka ada yang tak suka.

Orang negeri ini suka makan macam ni, orang negeri tu pula suka makan macam ni. Ada yang sampai memperlekehkan lagi masakan orang lain. Aku bab makanan atau memasak ni sensitif tau. Aku orangnya simple ja. Kalau tak suka just diam dan tak perlu nak banding masakan kita dengan orang lain.

Oleh sebab itulah kalau nampak kat google ada banyak sangat jenis resepi padahal tajuk sama saja. Tetapi pasti cara memasak itu tak sama. Jadi orang yang baru belajar memasak ini dia ada banyak pilihan nak ikut resepi mana yang dia suka dan sesuai dengan selera makan dia.

Okay siap membebel. Nak tahu macam mana buat sambal kacang ikan bilis macam dapat gambar tu? Boleh baca di entri Resepi Sambal Kacang Ikan Bilis Paling Simple Pilihan Keluarga


Tags

Catat Ulasan

6 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Perencah nasi goreng brand Adabi ni memang best. Dari kecik selalu guna. 😋

    BalasPadam
  2. Kann, paling mudahhh pakai perencah. Sekejap je dah siapppp hahaha

    BalasPadam
  3. Sesekali guna perencah ready made sedap juga. Cepat pun cepat kerja memasak tu.

    BalasPadam
  4. Dahulu masa kecik-kecik, waktu Adabi mula perkenalkan perencah nasi goreng, akak rasa macam wowwww! Hebatnya ada perencah! 😁

    Masuk sini terus lapar tengok nasi goreng yang menyelerakan itu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad