Assalamualaikum
Bismillah
Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri di dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sempena PKP 3.0, PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam yang terkesan selama 3 bulan di antara Jun hingga Oktober 2021. Permohonan boleh dilakukan mulai 10 Jun hingga 31 Ogos 2021.
Peminjam yang memenuhi kriteria berikut layak memohon:
- Peminjam kehilangan pendapatan iaitu diberhentikan pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19
- Peminjam yang terjejas pendapatan iaitu pendapatan berkurang dalam tempoh pandemik COVID-19.
Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.
Penangguhan tidak diberikan secara automatik ya. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian juga untuk penangguhan bayaran balik PTPTN. Tiada sebarang dokumen yang perlu disediakan oleh peminjam untuk memohon
penangguhan.
Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (PKP 3.0)
2. Sila masukkan NO KAD PENGENALAN dan NO PINJAMAN.
Boleh rujuk panduan Cara Dapatkan Nombor Akaun Pinjaman PTPTN
3. Lengkapkan butiran di bawah seperti :
- Alamat
- Emel
- No fon
- Sebab permohonan
- Maklumat pekerjaan
4. Seterusnya, pada bahagian PERAKUAN PEMINJAM tanda pada kotak merah (rujuk gambar). Dan tekan MOHON untuk menghantar permohonan.
Pastikan semua maklumat adalah tepat dan benar sebelum menghantar permohonan ya.
**Kelulusan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN (PKP 3.0) akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh 3 hari daripada tarikh permohonan.
CONTOH PERMOHONAN PENANGGUHAN BAYARAN YANG DITERIMA MELALUI EMAIL
Peminjam yang membuat potongan gaji, sila pastikan permohonan penangguhan dibuat sebelum penghantaran data potongan gaji kepada majikan untuk mengelakkan berlaku potongan dalam tempoh penangguhan.
Tiada pemulangan semula (refund) akan dibuat ke atas bayaran balik yang diterima.
Untuk makluman :
- Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang penangguhan bayaran balik ini sepertimana penangguhan sedia ada.
- Dalam tempoh penangguhan bayaran balik, peminjam masih boleh membuat bayaran balik melalui saluran yang disediakan :
i. Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
ii. Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
iii. Mengemukakan pertanyaan di pautan eaduan.ptptn.gov.my. Pegawai PTPTN akan memberi maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Terima kasih share info yang berguna .
BalasPadamtq sharing nurul :)
BalasPadamthanks for sharing
BalasPadamthanks sharing..good info
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamtqq share
Ringan sikit beban si peminjam apabila penangguhan diluluskan.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.