Assalamualaikum
Bismillah
Hai guys, aku harap semua sihat-sihat sahaja.
Hari ni aku nak kongsi pasal Intellifluence. Korang pernah dengar pasal lubuk popular untuk dapat income ni? Sebenarnya, aku pun baru tahu tentang Intellifluence ni. Baru-baru ni aku ada cuba untuk sign up dan terokai sikit-sikit.
Tapi, masih banyak yang aku belum tahu. Yang aku pasti, Intellifluence ni adalah lubuk khas, terutamanya untuk para bloggers atau influencer untuk dapatkan kerja sampingan. Lagi satu, pembayarannya boleh tahan tinggi.
Sebab pembayaran akan dibuat dalam USD. 1 USD ni sama dengan RM4 lebih. Banyak kan? Untuk pembayaran, akan dibuat melalui akaun PayPal. Jadi, kalau nak join Intellifluence ni, korang boleh sign up untuk Paypal dulu ya!
Lubuk Pendapatan Untuk Bloggers/ Tiada Pendapatan
Sebenarnya, bukan untuk bloggers sahaja. Kalau korang nak cari part-time tapi tak nak yang keluar rumah, jom join Intellifluence ni! Sekarang ni PKP masih berlangsung, jadi aku faham mesti ada yang sangkut di rumah sahaja kan? Gaji pun tak jalan, memang rasa sangat susah. Kalau korang tinggal sendiri, mesti lagi rumit.
Musim PKP ni, ada banyak kerja sampingan yang kita boleh lihat. Ada yang buat foodpanda, grab, dan delivery. Tak kurang juga mereka yang jual makanan secara online ataupun bisnes dropship.
Intellifluence ni pula salah satu kerja sampingan untuk jana pendapatan! Korang hanya perlukan laptop dan data internet untuk buat kerja ni.
Nak baca satu cerita inspirasi pasal blogger yang kongsi pasal blogging dan Intellifluence? Korang boleh baca Kisah Brennon Hightower Perkongsiannya menarik dan korang boleh lihat dari awal macam dia mulakan blog dan terlibat dengan Intellifluence ni.
Cara Daftar Akaun Intellifluence
1. Masuk link Intellifluence
2. Tekan butang Sign up as an “Influencer”
3. Lengkapkan “My Profile”
4. Masuk ke “Marketplace” dan ambil mana-mana kerja yang korang berminat.
Di bahagian “My Profile”, ada banyak bahagian korang perlu isi. Yang bagusnya, walaupun korang tiada blog, korang masih boleh sign up dan ambil beberapa kerja yang dipaparkan. Semua payment akan dibuat dalam USD dan akan dipindahkan ke akaun Paypal korang. Jadi, make sure korang dah ada akaun Paypal siap-siap ya!
Cara Dapat Job Di Intellifluene
Kalau dah lepas bahagian profile, korang boleh masuk ke bahagian “Marketplace” untuk tengok job yang available. Semua job ni boleh dipilih, jadi kalau korang tak berminat, korang boleh ignore dan tengok yang lain sahaja.
Untuk yang first time guna, korang mungkin akan nampak sedikit sahaja job yang dipaparkan. kalau berminat nak buat kerja tu, cuma perlu tekan kerja itu dan buat ikut arahan yang diberikan. Yang aku tunjuk ni, aku baru selesai buat bahagian pertama.
Nak jadi influencer ni mesti ada cara. Kalau korang memang betul nak jadi seorang influencer marketing yang berjaya, mesti usaha banyak sikit. Mula-mula memang rasa susah nak up, tapi kalau korang rajin, semua benda akan jadi.
Kalau korang ni memang seorang blogger, kat sinilah satu tempat yang sesuai untuk cari pendapatan lebih. Korang boleh baca satu artikel pasal Influencer Marketing ini untuk lebih memahami.
Dalam artikel ni, ada perkongsian pasal influencers, macam mana influencer marketing ni berfungsi, dan banyak lagi. Mesti banyakkan membaca, supaya ada idea kalau nak menulis di blog korang. Lagi satu, membaca kan amalan mulia.
Jadi, apa pendapat korang tentang Intellifluence ni? Best tak? Bagi aku, best sebab kerjanya agak santai. Lagipun, aku memang suka bab-bab menulis ni jadi aku berminat nak sign up jadi influencers.
Kalau korang berminat nak jana pendapatan dengan Intellifluence ni, pastikan korang isi profile korang padat-padat dahulu. Supaya orang boleh nampak profile korang dan senang nak upah korang. Memandangkan ini adalah platform yang besar, negara luar pun boleh nampak profile korang dan mungkin akan upah korang jadi penulis di blog mereka.
Jadi, make sure profile korang tu lengkap dan jangan lupa akaun Paypal juga ya! Berminat nak jadi salah seorang daripada Intellifluence, boleh daftar di SINI sekarang!
Dah lama tak blogging. After a looooooooong hitus im back. And guess what? Ni benda 1st yang Ain baca. Sangat menarik perhatin! Thank you for sharing will sign up too soon! #Staysafe
BalasPadamThank you for sharing
BalasPadamWwowo menarik ni..akak nak tengok dulu la website ni and nak bagi faham betul2 ..thanks nurul atas perkongsian
BalasPadamAkak pun dah buat sign up intellifluence ni.Tapi tak tahu macam mana nak buat le0as tu🤣
BalasPadampernah jugak masuk website ni lepas terbaca dekat satu blog tapi belum sempat nk sign up and explore...
BalasPadamTak pernah tahu psl website ni. Thank u sharing
BalasPadamSaya pun dah terjebak!
BalasPadamdh daftar tp kena guna domain. kalau http tak boleh
BalasPadamSalam,syidah nak tanya,Kenapa syidah punya "reach" 27 sahaja..Bagaimana cara untuk kita meningkatkan reach dalam profile kita tu ke 1000?Huhu..
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.