Assalamualaikum
Bismillah
Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan kalian. Ustaz Ebit Lew, dermawan pemurah yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Aku percaya tiada yang tak kenal dengan Ebit Lew. Aku tak ingat sejak bila lagi aku selalu ikut perkembangan Ustaz Ebit Lew nie.
Kalau tak silap aku sebelum PKP lagi rasanya. Aku suka cara Ustaz Ebit Lew menyampaikan dakwah. Aku sentiasa menonton video Ustaz Ebit Lew di Facebook. Cara ustaz mengajak kepada kebaikan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira agama, jantina, bangsa mahupun latar belakang buat aku rasa kagum dan terharu.
Aku suka lihat Ustaz jumpa gelandangan dan remaja bagi makan, bercerita, sentiasa pesan untuk jaga solat. Ustaz Ebit Lew pernah pergi lagi ke pusat tahanan, penjara dan jumpa banduan. Sedih gila lihat banduan terakhir. Aku kalau tengok video Ustaz Ebit kan tak pernah tak menangis.
Pada masa awal pandemik ini, aku rasa Ustaz Ebit Lew lah yang paling menonjol sekali dalam bagi bantuan. Ada yang sampai pergi kat Pulau di Sabah, bahagian pedalaman, pergi Kuil, Gereja untuk bagi sumbangan. Bagi bantuan kewangan, tempat tinggal, bagi pendidikan kepada anak yatim ke Madrasah, tolong urus pelajar Universiti untuk pulang, sanggup pergi ke Afrika, dan terkini ke Palestin pula.
Tak terkira betapa besarnya pengorbanan Ustaz Ebit Lew. Aku kan terbayang macam manalah ketika zaman Nabi dahulu, para sabahat sanggup menggadaikan harta semata-mata kerana ingin menyebarkan Islam. Allahu Akhbar.
Baru-baru ini terlalu banyak kisah sedih yang lalu di timeline Facebook aku. Aku sebenarnya berfikir apalah yang aku boleh bantu? Nak jadi seperti Ustaz Ebit Lew tak mampu. Nak bantu dari segi bantuan kewangan memang tak mampu.
Setiap hari aku rasa sedih sangat. Ramai ibu bapa yang mengadu tak cukup duit belikan pampers, susu anak. Ada yang kehilangan pekerjaan. Ada yang tak mampu nak bayar sewa rumah, bil air elektrik. Ada juga yang dihalau dari kediaman.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sedih dan teramat sedih apabila ada yang nekad untuk membunuh diri. Allahu~ Aku tahu ramai terkesan. Ramai yang susah. Nak mengadu susah. Tak mengadu pun susah. Yang mengadu susah, dan yang mendengar pula sama juga susah.
Sedihnya Ya Allah. Sedih sangat.
Jom Menyumbang di Pertubuhan Kasih Umat Ebit Lew, Semoga Menjadi Bekalan Akhirat Kita
Oleh itu, aku terpanggil untuk buat entri ini. Aku ingin mengajak kepada semua rakyat Malaysia untuk sama-sama menyumbang di Pertubuhan Kasih Umat. Aku tak mampu buat sesuatu keajaiban. Tetapi dengan cara ini sekurang-kurangnya ramai yang tahu dan mampu untuk menyumbang bolehlah memberi sumbangan.
Semoga menjadi bekalan akhirat kita. Semoga dengan usaha kecil ini dapat membantu lebih ramai orang lagi. Jadikan amalan sedekah Subuh.
Korang boleh merancang setiap hari nak menyumbang berapa. Contohnya RM5, RM10, RM20 dan sebagainya. Add to favourite senang nak transfer. Ikut la nak letak berapa ringgit. Ataupun buat satu tabung. Hari-hari masukkan. Hujung bulan bank in atau bagi pada yang memerlukan. Sikit tapi istiqamah. Sambil masukkan duit niat yang baik-baik. In shaa Allah, semoga dipermudahkan urusan kita semua. Aamiin 😊
Ustaz Ebit Lew
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
No. Acc: 8603546376 (CIMB)
Alhamdulillah, dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain kan.
BalasPadamAllahu.. betul tu Nurul. Kak Net pun rasa berdebar-debar je bila terbaca cerita-cerita sedih individu yang terkesan PKP ini. Semoga usaha murni Nurul ini Allah berkati dan moga usaha dakwah Ustaz Ebit Lew juga dipermudahkanNya.
BalasPadamDia dilantik as duta kan kt palestin?
BalasPadamSaya berminat untuk menyumbang lagi, cuma boleh tak bentangkan laporan audit kewangan pertubuhan agar dapat menjawab persoalan2 individu yang mempertikaikan kamana dana sumbngan orang ramai digunakan
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.