Type Here to Get Search Results !

Pentingnya Google Search Console untuk SEO

Assalamualaikum
Bismillah

Pentingnya Google Search Console untuk SEO | Hari ini aku ingin menjelaskan kepada korang tentang SEO. Apa yang aku kongsi ini hasil daripada pembacaan dan perkongsian daripada blogger yang mahir tentang SEO. Aku cuba untuk terangkan dalam bahasa yang paling mudah. 

Aku tak berapa pandai sangat tulis ayat teknikal atau formal ini. So kita belajar untuk memahami SEO berdasarkan apa yang aku faham ya. Haha~

Pentingnya Google Search Console untuk SEO

Apa itu SEO

SEO itu singkatan bagi “search engine optimization.”. SEO ini ialah cara kita meningkatkan kualiti dan kuantiti trafik sesebuah website sehingga mudah untuk berada dalam carian. 

Website yang mempunyai SEO yang baik akan mudah berada di ranking teratas dalam carian. Apabila website atau pun mempunyai ranking tertinggi di search engine, potensi untuk mendapatkan trafik organik juga semakin meningkat. 

Selain menghasilkan trafik organik yang tinggi, SEO juga akan membantu dalam mendapatkan trafik yang tepat. Jadi korang tidak hanya fokus pada trafik tinggi, tetapi juga trafik yang tepat sesuai dengan tujuan utama website atau blog korang.

SEO ini ada kaitan dengan 'Pembaca' dan 'Mesin Pencari'. 
  • Bagaimana cara kita memahami apa yang ingin dicari pembaca
  • Jawapan yang mereka cari
  • Kata-kata yang mereka gunakan (keywords)
  • Jenis kandungan artikel yang mereka hendak baca. 

Jadi mereka menggunakan Search Engine ini untuk mencari dan mendapatkan jawapan yang mereka inginkan. 

Pentingnya Google Search Console untuk SEO

Apabila kita mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini, jadi kita dapat berhubung dengan pembaca yang mencari keywords tersebut. 

Keywords yang mereka cari tu dihubungkan kepada website kita. 

Dalam bahasa paling mudah..Taip-taip ja keluar blog kita. Haa macam tu lah. Hmm... so far boleh faham juga ka ya? hahaha

Dengan mengetahui jawapan kepada soalan-soalan ini, korang akan dapat berhubung dengan orang yang mencari dalam talian untuk mendapatkan penyelesaian. Website atau blog yang kita tulis mempunyai jawapan yang mereka cari. 

SEO is like a coin. One side is knowing your audience's intent. Other side delivering in a way search engine crawlers can find and understand. 

Search engine basics - Search engines are answer machines. 

Setiap hari mesin carian ini menjumpai berbilions jenis konten yang ada dan menentukan kandungan yang manakah menjawab pertanyaan yang dicari. 

Maksudnya dalam banyak-banyak konten yang kita tulis tu, mesin pencari ini pilih inilah website atau blog yang paling sesuai sekali dan menjawab pertanyaan pembaca. 

Pernah tak korang bila taip sesuatu, bila kita baca artikel tersebut, jawapan yang kita mahu tu kita tak jumpa pun. 

Ia ada kaitan juga dengan White hat dan black hat SEO. Kalau korang ahli Biters, korang boleh cari pasal White Hat & Black Hat SEO ini dalam group Biters. Sis Hawa dah terangkan pasal itu. 

Search Engine ini mempunyai 3 Fungsi iaitu Crawl, Index dan Rank. Jadi sebelum menempatkan website kita di carian. Semua konten atau website kita akan melalui 3 tahap ini dahulu.

Oleh sebab itulah penting kita pasang Google Search Console dalam blog. Ada banyak sangat fungsi Google Search Console ni. Kita dapat tengok keywords yang pembaca cari. Selain itu, kita juga dapat mengenalpasti artikel mana yang tidak di index dan dapat melakukan pembaikan di website.

Pentingnya Google Search Console untuk SEO
Sumber : https://smseo.com/

Antara Manfaat Penggunaan Google Search Console

1. Mengenalpasti Keyword 

Google Search Console membantu korang untuk menemukan kata kunci yang banyak digunakan orang. Bukan kata kunci yang popular di google ya. Tetapi apakah kata kunci yang banyak digunakan di blog korang. 

Pentingnya Google Search Console untuk SEO


Sebab kata kunci inilah yang menemukan mereka kepada blog kita. Mungkin saja kata kunci yang mereka gunakan itu berada di halaman pertama carian google. 

Di sini, kita boleh tahu kata kunci mana yang paling efektif dan kurang efektif untuk SEO blog korang. 

2. Mengenalpasti Halaman Yang Paling Popular

Selain itu, Google Search Console juga akan membantu korang untuk mengenalpasti halaman website mana yang paling banyak mendatangkan pengunjung. Caranya mahu lihat mudah sahaja.


2. Pilih Performance (Custom Tarikh)

3. Lihat bahagian Pages. Korang boleh lihat apakah halaman yang popular di blog. 

Pentingnya Google Search Console untuk SEO

Korang boleh lihat impressions dan click through rate (CTR). Impression - How often someone saw a link to your site on Google. Maksudnya kekerapan link tersebut muncul di google hasil pencarian untuk kata kunci tertentu (impression).

Manakala click through rate (CTR) - How often someone clicked a link from Google to your site. Maksudnya berapa kali website korang diklik dari hasil pencarian tersebut. 

Apabila kita dah tahu halaman mana lagi popular di blog, kita dapat fokus untuk menulis berdasarkan halaman tersebut dan link ke artikel yang berkaitan. 

Kenapa penting nak link ke artikel yang berkaitan? 

Pertama sekali halaman yang popular tu kan ramai yang view, apabila kita link dengan artikel yang lain secara tak langsung pembaca akan baca artikel tu lagi. Jadi pembaca dia tak stop baca artikel di blog kita. Dalam satu masa setiap pembaca mungkin baca 2 - 3 halaman di blog kita. 

Ada yang email dan PM aku bertanya, macam mana nak kembangkan idea kalau blog pasal travel. Sekarang kan tak dapat travel. Ada banyak cara sebenarnya nak kembangkan idea. 

Contohnya kalau blog pasal travel, kalau dalam blog korang ada banyak senarai tempat yang menarik. Korang boleh buat list 10 Tempat Menarik Di Ranau Anda Wajib Kunjungi. 

Selain itu, ceritakan tips travel, barang yang korang beli di mana dan sebagainya. Mungkin pengalaman manis atau buruk sepanjang travel, future planning nak travel mana kalau dah takda pandemik. Cara nak menabung untuk travel. Takkan nak aku pula yang buat kan. Hehe. 

3. Memperbaiki Masalah Search Indexing

Seperti yang korang sedia maklum, sebelum menempatkan website kita di carian. Semua konten atau website kita akan melalui 3 tahap iaitu crawling, indexing dan ranking. 

Apabila berlakunya indexing error, ia akan mempengaruhi ranking di hasil pencarian sehingga menyebabkan terhentinya aktiviti crawling dan indexing dari mesin pencari.

Cara nak tahu ada error atau tidak, korang boleh tengok di bahagian Coverage.

Pentingnya Google Search Console untuk SEO

Di sini akan terpapar halaman mana di blog yang sudah diindeks oleh google dan mana pula yang mengalami error dan warning. Cara nak memperbaiki error tu pun dah diterangkan bagaimana. 

Ada yang boleh diperbaiki dengan menghapus broken link. Ada juga menggunakan kaedah tertentu. Kena banyakkan cari maklumat lagi lah. 

4. Mengetahui Sumber Backlink

Di sini korang boleh melihat website mana saja yang sudah memberikan backlink ke blog korang melalui menu “Top Linking Sites”. Backlink masih menjadi salah satu faktor utama SEO. Semakin banyak backlink ke website korang, Google akan menganggap website korang memiliki kredibiliti tinggi.

Pentingnya Google Search Console untuk SEO

So far faham jugalah kan sikit-sikit SEO ini pasal apa. Aku nak kongsi lebih banyak lagi tentang SEO, tetapi cukuplah sampai di sini saja ya. Susah kalau masukkan semua info sekali. 

Aku pun sebenarnya masih dalam proses belajar lagi. Sekarang pun tengah usaha untuk lebih memahami tentang SEO dan mempraktikkan di blog. 

Hopefully artikel ini sedikit sebanyak membantu korang. Sekiranya ada info dalam blog ini yang salah sila komen untuk diperbetulkan. 


Catat Ulasan

16 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ye. SEO memainkan peranan penting kepada sesebuah website/blog. LeYa pun walau dah lama berblogging, still masih belajar dan belajar untuk dapatkan ilmu blogging yang baik

    BalasPadam
  2. sngt membantu nurull. tq sngt sudi share.. busyra baca smua ilmu dri nurul.. <3

    BalasPadam
  3. Thank u sharing Nurul.
    Naniey punya blog kat google search console ni ok boleh tengok keyword tp kat blogger bahagian keyword tu others je. Masalah crawler ke apa?

    BalasPadam
  4. byk yg akak tak faham ni
    kena teliti baca
    insyaAllah. tqq nurul

    BalasPadam
  5. Terima kasih berkongsi info yang bermanfaat ini.... saya pun perlu banyak belajar lagi berkenaan SEO ni.... terlalu banyak yang saya tak tahu....

    BalasPadam
  6. Saya pun banyak bukak google search console ni untuk tahu blog saya dan cuba buat banyak entri based on keywords. Btw nice sharing nurul :)

    BalasPadam
  7. nice sharing..tq nurul.. hopefully akan lebih bnyk menimba ilmu dalam penulisan blog...

    BalasPadam
  8. Thanks info, memang nak selalu perhatikan keyword ni.. Moga berada dalam landasan yang benerrr.. Hehe

    BalasPadam
  9. Nak jadi penulis blog yang berjaya dari pelbagai sudut penggunaan Google Search Console sangat memainkan peranan yang sangat penting untuk kekal lama dalam industri.

    BalasPadam
  10. Boleh sy bljr pasal blog dgn nurul?? Sy mau f2f

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad