Assalamualaikum
Bismillah
Hari ni aku nak berikan sedikit perkongsian tentang Aqua Whitening Cream. Produk ni adalah produk kecantikan dari Korea yang berfungsi sebagai pelembap, memutihkan kulit dan mempunyai ekstrak herba.
Fungsi Aqua Whitening Cream
Aqua Whitening Cream ni adalah krim yang berasaskan titisan air ataupun “water drop based cream”.
1. Pelembap Titisan Air “Water Drop Moisturizer”
- Mempunyai kesan penghidratan yang sangat baik. Titisan air akan memberikan kelembapan pada kulit dan tidak akan melekit.
- Kulit akan terasa sejuk dan lembut. Krim ni akan berubah menjadi titisan air selepas diletakkan di atas kulit.
- Ia akan memberikan kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari.
2. Pemutih dan Penghidrat
- Berfungsi sebagai pemutih dan menghidratkan kulit.
- Kandungan Niacinamide membolehkan krim ini untuk membantu memutihkan dan membaiki tona kulit yang tidak sekata selain membersihkan kulit.
3. Diformulasi dengan Ekstrak Herba
- Dengan adanya 8 jenis ekstrak herba di dalam krim ini, ia meningkakan penembusan jauh ke dalam kulit.
- Ia boleh membaiki kulit yang kemerahan dan juga sunburn.
Kandungan Bahan dalam Aqua Whitening Cream (ingredients)
“Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.”
1. Camellia Japonica Seed Oil
Tidak komedegenik, tidak menyekat liang kulit dan tidak menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Kalau korang selalu keluar dan bekerja di luar, memang sangat sesuai untuk pakai krim ni. Krim ni berupaya untuk membaiki kulit yang kemerahan atau yang terkena sunburn. Selain itu, krim ni boleh menjadi pelembap yang sangat baik sehingga jauh ke dalam lapisan kulit paling bawah.
2. Niacinamide
Ia juga dikenali sebagai Vitamin B3, dimana ia sangat berguna untuk penuaan kulit. Membantu untuk membaiki penampilan pori-pori yang membesar dan warna kulit yang tidak sekata.
Niacinamide ni boleh menjaga kelembapan kulit, mencerahkan tona kulit, memperbaiki kulit yang rosak dan juga mengawal kulit berminyak.
Tekstur Aqua Whitening Cream
Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream
- Bersihkan muka terlebih dahulu. Sapukan krim dengan jumlah yang mencukupi ke muka dan leher.
- Sapukan krim dengan jumlah yang mencukupi ke muka dan leher.
- Titisan air akan muncul di atas kulit selepas beberapa saat. Tepuk atau sapu kulit perlahan-lahan menggunakan tangan sehingga krim pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
Kalau nak yang set lengkap, korang boleh guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser sebagai pembersih sebelum menggunakan Aqua Whitening Cream ni. Cleanser ni akan membersihkan pori dengan mendalam dan mengawal jerawat.
Selepas menggunakan cleanser dan whitening cream ni, korang boleh gunakan Gold Nano CC Cream sebagai perlindungan kulit. 3 produk ni adalah satu set lengkap yang berfungsi sebagai pembersih kulit, mengawal dan membaiki kulit, dan juga untuk melindungi kulit.
Review Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature
Aku mula-mula terima parcel pelembap Aqua Whitening Cream ni pada 26 Jun 2021. So di sini aku guna dah hampir 2 minggu dah. Jujurnya aku memang teringin sangat mencari pelembap yang sesuai tetapi belum jumpa lagi.
Rutin skincare aku memang takda pelembap. Dan muka aku memang nampak kusam dan kering bila tak pakai pelembap ni. Akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature.
Selepas 2 minggu menggunakan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, aku memang suka sangat. Perubahan yang aku rasa ialah blackhead dan whitehead aku berkurang. Selain itu, pori di wajah aku juga semakin mengecil.
Aku percaya sebab adanya Niacinamide ni. So far, produk yang mempunyai kandungan bahan seperti Niacinamide memang membantu mengecilkan pori dan mengurangkan blackhead dan whitehead.
Kalau nak tahu aku mempunyai kulit wajah yang berminyak dan sensitif. So aku sangatlah sensitif dengan produk yang ada fragrance (wangian) ni. Tetapi apa yang buat aku suka sangat dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni.
Walaupun dia wangi tetapi tidak mendatangkan kesan ruam pada muka. So, yang ada kulit sensitif tu jangan risau, korang boleh guna produk ni.
Yang best sekali aku suka pakai pelembap ni pada waktu malam. Keesokkan harinya kulit memang nampak lembap. Dan aku sangat rekomen korang guna Aqua Whitening Cream bersama dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Gabungan dua produk ni memang best sangat.
Recommended
Aku memang cadangkan korang untuk mencuba produk ini. Mostly kepada korang yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif kerana ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit. Paling bagus kalau guna sekali bersama Gold Nano CC Cream. Memang kombinasi terbaiklah!
Repurchase?
Definitely yes! Pengunaan boleh tahan berbulan. Seriously aku suka betul dengan Aqua Whitening Cream ni.
So, yang dah guna apa pendapat korang tentang produk skincare ni? Mesti ada antara korang yang sedang menggunakan produk ni juga kan?
Produk ni mendapat sambutan yang agak hebat. Mungkin sebab produk ni dari Korea kot? Walaupun harganya agak tinggi, tapi produk ni ada banyak sangat kelebihan. Lebih-lebih lagi ia sesuai untuk semua jenis kulit.
Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok website Hansaegee Nature ni sendiri. Kat sana lagi banyak informasi yang korang boleh dapat.
Untuk maklumat lanjut jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk link dibawah :
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Salam, nampak elok produknya, whitenning memang memukau..
BalasPadamflawless nya muka awk nurul.. love tngok!
BalasPadamcantik adik Nurul
BalasPadammanisss
sesuai produk ni ye utk memberi kelmbapan pd wajah
Nampak elok produk ni. Ramai yang review. Teringin juga nak cuba.. :)
BalasPadamsemoga bermanfaat pada penggunanya
BalasPadamwah bagus lah produk ni ^^ saya nak try lah jugaa lepas ni
BalasPadamRamai share cream ni. Tertarik plak nak cuba.
BalasPadamAda juga baca beberapa ulasan baik tentang produk ni 😊
BalasPadamMemang best sangat pakai cream ni . Water based sangat sesuai untuk skin CCL
BalasPadamRamai jugakkk yang review produk ni, nak kena try ke ni hehehe
BalasPadamBtw cantikkk nurul! Muka flawlesssss sungguh.
Best kan pakai aqua whitening cream ni. Rasa macam letak embun kat muka pun ada, sejuk je..
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.