Assalamualaikum
Bismillah
Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten | Alhamdulillah, akhirnya capai 7M selepas 2 bulan. Bulan Ogos ini aku jarang menulis walaupun hari-hari juga aku buka blog. Aku memang setiap hari buka blog dan menulis draft tetapi jarang juga publish artikel.
Sekiranya korang nak tahu apa sebenarnya rutin harian apabila dah jadi blogger sepenuh masa, korang boleh baca Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa [Blog Cara Sii Nurul] Aku dah tulis beberapa aktiviti blogging yang aku lakukan setiap hari.
Kalau korang tak tahu macam mana nak manage masa sebagai seorang blogger, boleh juga baca Jadual Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa. Boleh rujuk jadual tu dan set masa ikut kesesuaian korang di rumah.
Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten
Alhamdulillah, walaupun bulan ini aku kurang menulis, tetapi dapat capai juga 7M bulan ni. Penting kah pageview nie? Ehhh... penting sangat-sangat bagi blogger sepenuh masa. haha. Aku memang setiap bulan ada target.
Azam tahun ini nak capai 10 Juta Pageview. Ada masa berapa bulan lagi nak capai. Hopefully tercapailah. Yang penting konsisten saja dan tulis benda yang baik-baik. InsyaAllah. Kalau tak tercapai pun, ada lagi bah tahun depan haha.
Korang boleh juga buat target kalau nak. Depends dengan korang lah. Kalau tak tahu nak letak target macam mana, korang boleh ikut cara aku juga. Boleh baca artikel Azam Baru Blogging Tahun 2021. Tak perlu pun azam besar. Buat simple saja.
Baiklah, hari ini nak kongsi tips blogging pasal apa pula?
Oh yaa, sebelum tu. Just for reminder, korang pegang tau KUNCI PALING PENTING sekali ialah RAJIN & KONSISTEN. Sebab yang lain tu korang boleh belajar. Tetapi kalau tak konsisten dan selalu malas, tips banyak macam mana pun memang tak jadi. So pegang kunci nie tau.
Aku nak kongsi Tips Menulis Dengan Konsisten. InsyaAllah kalau korang buat secara konsisten akan ada perubahan dalam blog korang.
Tips Menulis Dengan Konsisten
Aku dah pernah terangkan sebelum ini, menulis secara konsisten setiap orang tak sama. Ada yang menulis sekali seminggu. Ada yang menulis setiap hari. Tak kisah yang penting konsisten. Macam aku menulis at least 15 artikel setiap bulan.
Jadi korang tetapkan sendiri. Tak mampu tulis setiap hari, tulis setiap minggu. Paling kurang pun at least 1-2 artikel sebulan pun dah cukup. Tetapi kena ingat, apa yang korang bagi tu, itulah yang korang dapat.
Contohnya, korang nak 5k pageview setiap hari. Tetapi korang post setiap bulan tulis 1 artikel sahaja. Sebenarnya tak mustahil dapat 5k pageview walaupun artikel korang sikit. Cuma pastikan korang mampu menulis artikel seo, yang evergreen, ataupun yang trending boleh view sampai ribu-ribu.
Masalahnya, kita sendiri tak tahu mana artikel kita yang boleh jadi viral ka. Jadi, paling senang menulis dengan konsisten. No substitute for hard work and consistency. No hacks, no shortcuts. Just be consistent with your schedule.
Selepas ini cuba korang tetapkan berapa artikel korang nak target, dan berapa pageview dalam sebulan korang nak capai.
Like I said, tak perlu paksa diri capai target. Target ini supaya kita ada hala tuju yang jelas saja. Misalnya korang nak tulis 5 artikel sebulan dan target 50k pageview. So, korang just target menulis 5 artikel tu sahaja tanpa lihat pageview blog.
By the end of month, cuba korang tengok adakah dah capai target menulis 5 artikel? Kalau dah capai, cuba lihat pula pageviews, adakah capai 50k?
Kalau tak capai 50k pageview, di sini korang boleh adjust target menulis. Mungkin kena up 10 artikel lagi. Dan begitulah seterusnya. Takpa kalau tak capai target sebab semua tu pengalaman dan proses kita belajar untuk memperbaiki blog kita lagi.
Kenapa Susah Nak Menulis Dengan Konsisten?
Menulis Tidak Perlu Tunggu Perfect
Tiada yang perfect sebenarnya. Walau macam mana kita cuba susun ayat kita. Pasti ada sahaja yang kurangnya. Mungkin dari segi tatabahasa, salah ejaan dan lain lagi. Yang paling penting, cara penyampaian kita.
Apa yang kita mahu sampaikan kepada pembaca? Apa point penting dalam artikel kita? As long kita dah sampaikan point penting tu dan pembaca kita memahaminya pun dah cukup baik. Selebihnya kita boleh perbaiki kemudian.
Itu cara akulah. Tetapi mungkin style menulis korang tak sama. So bergantung lah. Takda yang salah atau betul pun. Nama pun pendapat kan.
Jangan Menunggu datangnya Inspirasi, Mulailah Menulis~
Maksud aku tu kalau korang ada idea kan masa tu, terus catat dalam draft. Hari lain boleh tambah lagi info. Jadi di situ korang sebenarnya dah kurangkan masa menulis. Aku dulu macam ni, selagi tak perfect, aku tak post. Haha~
Lepas tu bila dah post, kecewa sendiri sebab view tak tinggi. Hahaha... Kecewalah sebab dah berjam-jam kan menulis.
Kadang tu lah bah, kita rasa tulisan kita dah cukup baik. Tetapi ada juga kurangnya. Mungkin dari segi keywords, tajuk artikel, ataupun apa yang kita tulis tu cuma kita saja yang suka baca. Ini pengalaman aku sebelum inilah.
Sekarang, aku menulis untuk berkongsi sahaja. Aku berharap setiap penyampaian aku pembaca faham dan dorang ada dapat sesuatu daripada artikel aku. Kalau ada yang kurang lain hari boleh saja tambah. Kalau ada yang tak faham boleh komen.
Jadi tak nampaklah macam aku menulis syok sendiri kan. Ada komunikasi kita antara penulis dengan pembaca.
Rasanya sampai ini saja kot aku nak kongsi. InsyaAllah, akan datang aku tulis pasal tips blogging yang lain lagi. Terima kasih semua yang selalu support blog ini. Yang sudi baca dan tinggalkan komen korang.
Semoga setiap perkongsian bermanfaat buat korang. Aku sentiasa doakan semoga kita semua diberikan keberkatan ilham, rezeki dan umur. InsyaAllah aamiin~ Take care and stay healthy juga ya.
WOW! Tahniah Sis. Bukan senang nak dapat 7k PV tu. keep it up k.
BalasPadamThanks sudi share tips nak menulis dengan konsisten tu - saya suka baca. =))
BalasPadamtahniah nurul!
BalasPadamHebat amat ni.. memang inspirasi betul. Tahniah Nurul..
BalasPadamtahniah nurul! selamat maju jaya.. =)
BalasPadamtahniah nurul.. bangga dgn pencapaian awk!
BalasPadamwow!!Tahniah!!Akak punya PV gitu2 jer naiknya 😁.
BalasPadamTahniah...seronok kan bila PV kita cecah juta- juta...kalau boleh nak biar sampai lafi puluh2 juta cuma kena konsisten update
BalasPadamBetul tu . Bukan senang nak konsisten untuk menulis blog setiap hari . Susah juga . Kadang ada hari ketandusan idea nak update apa2 .
BalasPadamtahniahhh
BalasPadamseronoknya
tahniah nurul...
BalasPadamkak ret nak capai 1 juta pun berkurun gak ni hahaha
Tips yang berguna...
Kadang kita target at least 1 hari mesti ada cerita tapi kadang tu, hotak jadi blank sebab tak tau nak update apa :)
Tahniah
BalasPadamBlog hebat
Bukan senang nak capai juta-juta dalam masa yang singkat
Tahniah nurul! Moga moga tercapai impian road to 10 juta. Fighting!
BalasPadamtahniah..moga terus konsisten menulis blog
BalasPadamTahniah Nurul! U deserve it!
BalasPadamTahniah, Nurul. Terima kasih untuk perkongsian di atas juga.
BalasPadamTahniah, terus maju dlm dunia blogging
BalasPadamidola!
BalasPadamWow!!! terbaik ni..subahanallah awak bijak rezeki berlimpah
BalasPadamTahniahhh kak
BalasPadamMillion thanks atas perkongsian.. Semoga menjadi asbab kebaikan utk semua.. Doakan juga utk yg baru nk berjinak ni.. Tahniah sis, kekalkan momentum.
BalasPadamTahniah! Nurul teruslah menulis ya.. inspirasi sangat baca blog Nurul ni.
BalasPadamTahniah Nurul.
BalasPadamMoga tercapai impian nk capai 10juta PV tahun ni, aamiin.
Terima kasih juga untuk tips menulis yang dikongsi ✌️☺️
Terima kasih . tips ini sangat membuat. alhamdulillah.
BalasPadamtq atas tips
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.