Type Here to Get Search Results !

Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak

Assalamualaikum
Bismillah

Aktiviti mewarna merupakan salah satu aktiviti yang sangat disukai oleh semua kanak-kanak. Aktiviti mewarna dapat memberi ketenangan dan aura yang harmoni untuk kanak-kanak berimaginasi.

Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak

Ibu bapa boleh dapatkan beberapa buku lukisan yang dijual di pasaran. Untuk menjimatkan masa dan wang, sekarang ibu bapa boleh dapatkan lukisan di internet. Antara website yang menyediakan lukisan mewarna serta worksheet yang lain adalah seperti :

1. http://www.coloring.ws/coloring.html
2. http://activities.raisingourkids.com
3. https://www.surfnetkids.com

Aktiviti Mewarna Merangsang Kreativiti Anak

Antara beberapa manfaat yang diperoleh dengan melakukan aktiviti ini :

1. Kemahiran Motor Halus

Aktiviti mewarna dapat membantu kanak-kanak dalam genggaman (finger grip) kerana ia memberi latihan secara tidak langsung supaya kanak-kanak dapat memegang pensel warna atau berus warna dengan betul.


2. Meningkatkan Fokus Anak

Aktiviti mewarna juga mampu membuatkan anak kita lebih fokus kerana sewaktu mewarna anak-anak akan berfikir warna apa yang ingin digunakan, padanan warna, cantik ke tidak.

Ini akan menggalakan anak-anak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Tahap konsentrasi anak berkembang secara berperingkat dengan sentiasa melakukan aktiviti ini.

Aktiviti Mewarna meningkatkan fokus anak

3. Mengenal Warna

Aktivti mewarna dapat membantu dalam proses kanak-kanak mengenal jenis-jenis warna.

Penggunaan warna yang pelbagai juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar kombinasi warna serta perubahan warna.

Sebagai contoh, warna biru dicampur dengan warna kuning akan berubah menjadi warna hijau.

Aktiviti Mewarna Belajar Mengenal Warna

4. Koordinasi Tangan dan Mata

Pada usia awal kanak-kanak, amat sukar untuk mereka mewarna mengikut garisan. Pasti ada sahaja warna yang terkeluar daripada lukisan. It's okay.

Mewarna dapat meningkatkan tahap koordinasi tangan dan mata apabila kanak-kanak berjaya mewarna di bahagian dalam lukisan.
Staying inside the lines takes considerable skill and when they master it they gain a sense of pride and achievement.


5. Kreatif dan Imaginatif 

Mewarna melibatkan aktiviti berfikir secara lebih kreatif dan imaginatif. Ini kerana kanak-kanak akan berfikir apa warna yang sepatutnya digunakan untuk warna pelangi?

Adakah warna ini sesuai dengan lukisan tersebut dan sebagainya. Biarkan mereka memilih warna yang disukai.

Tidak semestinya pokok kena sentiasa warna hijau kerana pada tahap ini kanak-kanak lebih berfikir secara abstrak bukan logik.

Mewarna dapat meningkatkan tahap koordinasi tangan dan mata

Apapun semoga aktiviti ini memberi bermanfaat dan mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak anda. 


Tags

Catat Ulasan

10 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Rabia ada share dalam blog aktiviti Rabia buat tu . Guna stick ice cream .

    BalasPadam
  2. anak saya pun suka mewarnai macam ni

    BalasPadam
  3. Memang bagus aktiviti macam ini boleh melatih imaginasi kanak-kanak

    BalasPadam
  4. betul..aktiviti ni memang bagus walau kita nampak anak menconteng je..yang penting dapat meningkatkan motor halus mereka

    BalasPadam
  5. memang seronok mewarna, tapi anak kak pip extra kreatif, habis dinding pun diwarna sekali.. adeh.

    BalasPadam
  6. Ha ye betul tu. Teringat lak dulu belajar early childhood education hehe..semua aktiviti mmg utk perkembangan kanak2

    BalasPadam
  7. Baguslah ada aktiviti macam ni, sekurang-kurangnya masa lapang diisi dengan perkara bermanfaat dan agar mereka tak bosan dan ngadap gajed sahaja.

    BalasPadam
  8. Bestnya tgok aktiviti.. Mcmni lg rina x sbr nk aada anak.. Nk main warna sama2 😂

    BalasPadam
  9. Anak saya memang suka melukis dan mewarna... Redha je lah dinding kena conteng...

    BalasPadam
  10. ehehe saya rasa yang dewasa pun suka aktiviti macam ni..
    boleh buat hilang stress..

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad