Type Here to Get Search Results !

Sensory Play Colour Experiment



Assalamualaikum
Bismillah

Pada minggu lalu, aku telah membuat aktiviti sains eksperimen bersama dengan adik bongsu aku (Akim). Aktiviti yang kami lakukan ialah "Sensory Play Colour Experiment". Kalau yang ada follow instagram aku mungkin ada yang dah nampak insta-story aku share.

Kebiasaannya aku selalu buat aktiviti seperti mewarna, DIY, kemahiran motor halus (fine motor). So why not aku cuba buat eksperimen pula dengan menggunakan bahan sedia ada kat rumah. 

Cara untuk melakukan Ekperimen Warna ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

1. Bekas ais
2. Air suam
3. Pewarna 
4. Gelas kaca


Pertama sekali anda perlu isi bekas ais dengan air dan letak pewarna makanan (food colouring).  Aku menggunakan warna hijau, merah dan kuning. Bekukan semalaman. Untuk kesan yang lebih baik, letak pewarna makanan lebih sikit.


Keesokkan harinya, anda dah boleh lakukan aktiviti ini bersama anak anda. Seperti yang dilihat dalam gambar di atas, bekas ais itu berisi warna ais. 


Sediakan 3 gelas yang diisi dengan air suam (untuk memudahkan ais cepat cair).


Setelah itu, anda boleh memberikan arahan kepada anak anda untuk meletakkan ketulan warna ais ke dalam gelas secara berasingan mengikut warna. Ia akan jadi seperti warna di atas. Maaf warna agak kurang terang sebab pewarna makanan tidak banyak digunakan. 


Setelah itu, buat pemerhatian ke atas gelas tersebut. Suruh anak anda lihat sendiri apa yang berlaku pada air di dalam gelas. The great thing about this experiment in color theory is that it requires patience. Ekperimen ini mengajar anak anda untuk lebih sabar kerana untuk melihat perubahan pada air tersebut mengambil masa beberapa minit (5-10 minit).


Anda boleh mencampurkan warna yang telah larut dengan warna ais dan lihat perubahan warna yang berlaku sebelum dan selepas dicampurkan. 

Percampuran warna ini merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak explore dan membuat pemerhatian bagaimana warna yang berbeza menghasilkan warna yang lain. If you want to know that mixing colors combines art and science in one activity. 

I hope you enjoyed the experiment. 

Tags

Catat Ulasan

11 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wow.. menarik juga eksperimen ini.. Boleh cuba dengan anak-anak..

    BalasPadam
  2. Eksperimen yang membuka minda & tambah ilmu pengetahun! Nice 😊

    BalasPadam
  3. Experiment yang menarik untuk kanak-kanak.

    BalasPadam
  4. Ni betul-betul boleh didik kanak-kanak supaya bersabar ni. Kalau yang jenis cepat bosan tu jenuh jugak la dia nak tunggu kan.. Kena hiburkan dia sekali sementara nak tunggu air mencair ehehe.

    BalasPadam
  5. menariknya idea ni! terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  6. Wah menarik lah 😍 budak-budak suka sangat ni

    BalasPadam
  7. Menariknya eksperimen ni ^^ Kalau buat dgn my childfruits best ni

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad