Assalamualaikum semua. Apa khabar? Aku harap semua sihat-sihat sahaja.
Sebelum kita cakap pasal topik utama kita, aku cuma nak cakap yang Selamat kembali ke sekolah pada semua! Adik-adik aku pun dah sibuk siapkan peralatan dan cari semula buku-buku sekolah.
Ada yang bersemangat, ada juga yang rasa masih belum puas “bercuti” kan? Apapun, semoga lepas ni, anak-anak dapat pergi sekolah seperti dahulu kala lagi.
Baiklah, hari ni aku nak bagi review pasal kasut sekolah Pallas. Bagi aku, kasut jenama ni adalah yang paling bagus setakat ni. Kalau tengok semua ciri-cirinya, memang sangat selesa untuk dipakai sehari suntuk.
Kebaikan Kasut Pallas
Kasut Pallas ni sememangnya ada banyak sangat kebaikan. Aku sendiri memang sangat berminat dengan kasut ni. Bukan saja sebab keselesaannya, tapi juga ringan dan senang nak cari kat mana-mana kedai. Beli secara online pun ada!
Jom tengok kebaikannya satu-satu:
Cepat Kering - Kasut Pallas sangat terkenal dengan Ventilation System yang baik. Kasut ni cepat kering jadi kalau masa tu hujan, tak perlu tunggu lama untuk keringkan semula.
Sistem Pengudaraan yang Baik - Sistem pengudaraannya juga baik untuk pastikan kaki kanak-kanak tu senang nak bernafas. Lebih-lebih lagi kalau dah sehari suntuk duduk di sekolah.
Lantunan yang Lebih Baik dan Selesa - Ia dapat memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi korang. Jadi tak perlu risau sangat kalau nak gunakan kasut ni sepanjang hari ataupun semasa nak bersukan.
Melegakan ketegangan pada kaki - Kalau anak korang jenis suka bergerak dan bersukan, kasut ni paling sesuai untuk mereka. Sebab kasut ni dapat melegakan kejang otot pada kaki semasa berjalan dan berdiri lama.
Lebih Ringan - Kasut ni juga terkenal sebab ia lebih ringan daripada kasut-kasut yang lain. Jadi ia dapat mengurangkan kanak-kanak dari membawa beban yang banyak ke sekolah. Lebih ringan dan lebih selesa untuk dipakai!
- Sesuai untuk growing kids - Kasut ni ada ciri yang sangat penting dimana ia dapat memberikan keselesaan yang sangat tinggi untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kasut ni mempunyai tapak luar getah (Rubber Outsole) dan juga cengkaman yang lebih baik.
Banyak kan kebaikkannya? Kalau korang belum pernah beli, cuba beli dan pakai dahulu. Siapa tahu korang akan jadi pembeli dan pengguna setia kasut Pallas ni.
Review Kasut Pallas PX37-104 ABK
Model kasut Pallas ni ada beberapa ciri yang sangat baik untuk si pemakai. Salah satunya ialah cepat kering dan ada Ventilation system yang baik. Dengan adanya pengudaraan yang baik, kaki kanak-kanak akan rasa lebih selesa untuk pakai.
Walaupun pakai dari waktu pagi sampai petang, tetap akan rasa selesa. Lagi satu, kasut ni cepat kering. Jadi tak perlu susah-susah lagi fikir cara nak keringkan kalau hari tu dah hujan. Cuba keringkan depan kipas sahaja atau cari tempat yang sesuai untuk keringkan.
Kasut Pallas ni juga ada ciri Better Rebound dan More Comfort! Dengan ciri ini, ia dapat kurangkan kejutan berimpak tinggi semasa berjalan ataupun berlari.
Selain itu, kasut ni dapat memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi-sendi kaki korang. Nak guna lama-lama pun tetap akan rasa selesa sebab ada ciri ni.
Seterusnya, kasut Pallas ni dapat melegakan ketegangan pada otot kaki. Kasut ni memang dicipta khas untuk memberikan sokongan pada kaki korang. Ia dapat pastikan kaki korang mendapat keselesaan yang optimum, walau apa jua bentuk kaki korang.
Kasut ni juga dapat melegakan ketegangan pada kaki semasa berjalan ataupun semasa berdiri dengan lama.
Kasut ni juga ada ciri X-Light ataupun Extra Lightweight! Dengan adanya ciri ini, kasut menjadi lebih ringan dan memang sangat sesuai untuk dipakai oleh kanak-kanak yang selalu berlari dan aktif di sekolah. Dengan ciri ini juga, ia dapat membantu kanak-kanak untuk membesar dengan kaki yang sihat.
Sporty and Energetic. Kalau korang nak tau, kasut Pallas ni merupakan satu-satunya kasut sekolah dengan tapak luar X-Tone dimana ia akan menjadikan si pemakai lebih bertenaga dan bersemangat di sekolah. Kalau nak bersukan guna kasut ni pun, memang sangat sesuai dan selasa!
Cakap tentang bersukan, kasut Pallas ni juga ada Rubber Outsole dan cengkaman yang lebih baik. Dengan tapak luar getah kasut ini, si pemakai akan rasa lebih selesa dan seronok ketika memakainya.
Jangan risau kalau nak bermain sukan yang lasak. Sebab kasut ni ada cengkaman yang lebih baik. Jadi kanak-kanak boleh bermain dengan sepuas hati dan selamat.
Kasut Pallas ni juga ada ciri breathable and more comfort. Bahagian atasnya yang jenis fabrik berjaring sangat berkesan untuk menarik lembapan dan peluh dari kulit dengan cepat.
Ia akan meluaskan kawasan permukaan fabrik yang basah jauh lebih luas daripada fabrik umum. Ini untuk membolehkan peluh menyejat dengan lebih cepat agar kaki tetap rasa selesa walaupun banyak berpeluh.
Untuk keselesaan dan keselamatan
anak-anak masa kat sekolah, korang sebagai ibu bapa juga mesti peka dengan
benda macam ni. Mungkin ada yang berpendapat, benda ni remeh sahaja. Tapi,
kalau kita sendiri yang jadi budak, mesti kita pun nak yang elok dan bagus juga
kan untuk digunakan masa pergi sekolah.
Sebab tu aku galakkan sangat
kalau ibu bapa di luar sana tu beli
kasut jenama Pallas ni. Kalau kita tengok dari segi kebaikan, kasut jenama
Pallas ni sememangnya merangkumi pelbagai kebaikan. Sebab tu kalau korang baca
pendapat atau review tentang kasut ni, kebanyakkannya baik-baik sahaja. Bukan
sahaja tahan lama, kasut ni juga ringan dan sesuai dipakai oleh kanak-kanak
yang sedang membesar.
Selain mempunyai sistem pengudaraan yang bagus, ia juga
cepat kering. Jadi ibu bapa tak perlu risau sangat jika cuaca asyik hujan
sahaja. Korang boleh keringkan guna tradisional sahaja. Jemur depan kipas atau
letak kat belakang peti sejuk. Kat sana kan kawasan yang hangat.
Lagi satu, kalau anak-anak korang
jenis yang banyak bergerak ataupun aktif dalam bersukan, membuat pilihan untuk
beli kasut jenama Pallas adalah yang paling baik! Nak tahu kenapa? Sebab salah
satu kebaikan kasut ni ialah, dapat melegakan kekejangan pada kaki.
Jadi,
anak-anak boleh bermain dengan seronok sebab dengan ciri ini, ia dapat
memberikan perlindungan yang lebih baik pada sendi anak-anak korang.
Kesimpulannya
Jadi, apa pendapat korang tentang kasut Pallas PX37-104 ABK ni? Kasut ni sememangnya sesuai digunakan oleh kanak-kanak sebab ia memberikan keselesaan terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang membesar.
Ibu bapa perlu peka dengan aspek ni tau. Keselesaan pada kaki sangat penting sebab ia boleh menggangu aktiviti harian kanak-kanak jika memakai kasut yang tidak sesuai ataupun tidak selesa.
Elakkan dari membeli kasut tanpa perhatikan ciri-cirinya dahulu. Kena pastikan kasut tu sesuai dengan saiz kaki, selesa walaupun lama dipakai dan mempunyai pengudaraan yang baik!
Sebelum tu, aku nak tambah sikit
lagi. Kebanyakkan ibubapa dan anak suka dengan kasut janama Pallas ni bukan
sahaja sebab kualitinya, tapi juga sebab reka bentuk kasut yang baik dan banyak
jenis.
Harga kasut juga turut menjadi salah satu sebab kenapa kasut ni sangat popular
dalam kalangan ibu-ibu. Memang sangat berpatutan dengan gandingan reka bentuk
dan kualiti yang tinggi!
Dan semua ciri-ciri ni sememangnya ada pada kasut Pallas. Lagi satu, kasut ni senang nak cari dan beli. Kalau tak jumpa di kedai berdekatan, korang boleh dapatkannya secara online di www.wow2wee.com
Harga kasut ni mampu milik dan berpatutan untuk kebanyakan keluarga jadi korang tak perlu risau sangat. Demi keselesaan kanak-kanak korang, cuba belikan kasut ni untuk mereka. Bukan sahaja selesa tapi juga sesuai untuk kaki kanak-kanak yang sedang membesar!
best kan pakai kasut ni
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.