Sesiapa sahaja boleh mengalami masalah perut berlipat dan pastinya ia akan menjejaskan tahap keyakinan diri. Usah gusar, ada cara menghilangkan lemak di perut untuk anda.
Masalah lemak di perut
Sebelum mengetahui cara menghilangkan lemak di perut, jom ketahui serba sedikit mengenainya.
Lemak yang terdapat pada perut merujuk kepada lemak sekitar perut. Ia dibahagikan kepada 2 jenis:
- Visceral – lemak ini mengelilingi organ tubuh
- Subkutan – lemak yang berada di bawah kulit
Umumnya, komplikasi lemak visceral lebih berbahaya daripada subkutan.
Mempunyai berat berlebihan antara punca kebanyakan penyakit utama. Lemak yang berlebihan pada perut meningkatkan risiko:
- Penyakit jantung
- Serangan jantung
- Tekanan darah tinggi
- Strok
- Diabetes jenis 2
- Asma
- Kanser payudara
- Kanser kolon
- Demensia
Punca Berlakunya Lemak Berlebihan di Perut
Antara punca pengembangan lemak berlebihan pada perut adalah:
1. Diet pemakanan
Makanan bergula, rendah protein dan tinggi karbohidrat boleh menyebabkan kenaikan berat. Pengambilan lemak trans pula menjadi punca keradangan dan mengakibatkan kegemukan, sekali gus menyebabkan kemunculan lemak di perut.
2. Terlalu banyak alkohol
Minum alkohol dengan banyak didapati menjadi faktor penyebab pertambahan berat badan.
3. Tekanan
Apabila berada dalam tekanan, kebanyakan individu akan makan secara berlebihan.
4. Kurang bersenam
Gaya hidup tidak aktif menyukarkan seseorang untuk membuang lemak berlebihan, terutama di bahagian perut.
5. Genetik
Saintis berpendapat genetik boleh mempengaruhi tingkah laku, metabolisme dan risiko mengembangkan penyakit berkaitan obesiti.
6. Kurang tidur
Tidak mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti dikaitkan dengan peningkatan tingkah laku pemakanan tidak sihat seperti makan secara emosi, sekali gus menjadi punca masalah lemak di perut.
7. Merokok
Individu perokok dipercayai mempunyai lebih banyak lemak pada bahagian perut, terutamanya lemak visceral.
Tips Hilangkan Lemak di Perut yang Berlipat
Langkah-langkah berikut dapat membantu menyingkirkan masalah perut berlipat:
1. Ubah diet pemakanan harian
Diet seimbang dan sihat dapat membantu menurunkan berat dan mempengaruhi tahap kesihatan secara keseluruhan.
- Makan banyak serat
Serat larut menyerap air dan membentuk gel yang membantu melambatkan perjalanan makanan dalam saluran penghadaman. Serat larut juga membantu melawan lemak di perut.
- Hindari makanan tinggi lemak trans
Lemak trans terhasil apabila hidrogen dipam ke dalam lemak tak tepu, seperti minyak kacang soya. Ia terdapat dalam beberapa jenis makanan seperti marjerin dan sering ditambah dalam makanan dibungkus.
- Makanan tinggi protein
Protein adalah nutrien penting dalam menguruskan berat badan. Ia juga meningkatkan kadar metabolisme dan membantu mengekalkan jisim otot semasa penurunan berat badan.
- Elakkan makanan bergula
Gula mengandungi fruktosa – dikaitkan dengan beberapa penyakit kronik jika diambil secara berlebihan seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti dan penyakit hati berlemak.
- Kurangkan makanan tinggi karbohidrat
Mengurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya karbohidrat halus sangat bermanfaat untuk menghilangkan lemak termasuklah lemak di perut.
- Kurangkan minuman manis
Minuman manis dengan cecair fruktosa boleh menyebabkan munculnya lemak pada bahagian perut.
- Ikan berlemak setiap minggu
Ikan berlemak sangat sihat dan kaya dengan protein serat lemak omega 3 yang dapat melindungi tubuh daripada penyakit. Omega-3 juga dapat mengurangkan kandungan lemak visceral.
2. Hadkan pengambilan alkohol
Individu yang ingin menyingkirkan lemak pada bahagian perut ini perlu memantau pengambilan alkohol mereka. Ini kerana minuman ini sering mengandungi gula tambahan yang menyumbang kepada kenaikan berat badan.
3. Lakukan senaman
Gaya hidup sedentari atau tidak aktif boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan serius, termasuklah kenaikan berat badan.
Jika ingin mengurangkan berat dan lemak di bahagian abdomen, anda perlu banyak melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, seperti senaman aerobik dan latihan kekuatan.
4. Cahaya matahari
Pendedahan cahaya matahari dipercayai dapat membantu mencegah kenaikan berat badan dan disfungsi metabolik.
Walaupun masih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkannya, namun tiada salahnya jika anda lakukan aktiviti riadah di luar rumah bagi membantu tubuh mendapat cahaya matahari. Badan pun akan sihat!
5. Kurangkan stres
Tekanan boleh menyebabkan berat badan seseorang bertambah. Ini disebabkan pembebasan hormon stres kortisol mempengaruhi selera makan individu dan mengakibatkan mereka makan secara berlebihan.
Teknik menghilangkan tekanan yang boleh dicuba adalah ketenangan minda dan meditasi serta senaman ringan seperti yoga.
6. Perbaiki corak tidur
Tidur sangat penting untuk kesihatan keseluruhan individu.
Tujuan utama anda perlu tidur bukan sahaja bagi membolehkan tubuh berehat, sembuh dan pulih, bahkan ia turut mempengaruhi berat badan.
Mendapatkan tidur berkualiti penting bagi mereka yang merancang menurunkan berat badan, termasuklah lemak di perut.
7. Berhenti merokok
Merokok adalah faktor risiko peningkatan lemak serta banyak masalah kesihatan lain.
Berhenti merokok secara signifikan dapat mengurangkan risiko lemak berlebihan pada bahagian perut dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Sumber : Hello Doktor
Tang lemak kat perut tu bukan senang nak buang, adeiii paling tak sorok dalam korset je la hahahaha
BalasPadamtips hilangkan lemak tu...yang no 3 tu paling berat
BalasPadamMemang susah nk buang spare tayar kt perut ni terutama perempuan. Tapi apapun kene usaha juga nk kempiskan perut tu.. makin tua baru nk buat mmg susah la.. macam saya..hahaha
BalasPadampart kat perutlahhh paling susah nak turun haha . kalau nak keluar memang tak tinggai girgle hahha
BalasPadamBukan senagn nak buang lemak kat perut ni
BalasPadamSemakin menambah adalah
Susah sungguh nak bg dia menghilang, takpe la, kita bagi lemak ni sewa free kat perut. haha.
BalasPadamSetakat ni gula dan kurang tidur jadi faktor terbesar lemak dekat perut menjadi-jadi
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.