Type Here to Get Search Results !

Resepi Ayam Ros Sedap dan Enak

 AYAM ROS

-------------------

Bahan-Bahan:


1 ekor ayam, potong 12

sedikit kunyit, untuk goreng ayam

sedikit garam, untuk goreng ayam

1 helai daun pandan, dicarik dan simpul

1 batang serai, dititik

2 senduk minyak masak 

1 biji bawang besar, hiris memanjang

1/2 tin(225g) sup tomato

3 sudu besar tomato puri

1/2 tin susu cair

100 gram santan pekat

daun pudina


Bahan untuk rempah tumis:


2 senduk besar minyak masak

2 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

4 biji pelaga

5 kuntum bunga cengkih


Bahan dibancuh menjadi pes:

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil kas kas

1 sudu kecil garam masala

1 sudu besar serbuk cili


Bahan Kisar A:

1 labu bawang besar1 inci halia5 ulas bawang putih


Bahan Kisar B:

15 tangkai cili kering11 batang karot1 biji tomato


Bahan Kisar C:


100 gram badan, direndam air panas dan dikisar halus


Cara Penyediaan:


Cara untuk memasak:

------------------------------


Gaulkan ayam bersama garam dan serbuk kunyit kemudian goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.


Panaskan minyak masak dan tumis bahan rempah tumis, serai, daun pandan dan bawang besar. Tumisg sehingga bawang kekuningan dan naik bau.


Masukkan bahan kisar A, tumis sehingga naik bau dan kemudian masukkan pula bahan kisar B dan diikuti bahan kisar C. 


Masukkan tomato sup, tomato puri dan susu cair. Masak di atas api perlahan dan kacau supaya tidak hangus di bawah.


Masukkan pula bahan yang dibancuh menjadi pes. Kacau sehingga bahan-bahan dan rempah masak sehingga pecah minyak.


Apabila pecah minyak, masukkan ayam goreng dan biarkan masak di atas api perlahan selama 15-20 minit.


Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.


Angkat dan tabur dengan daun pudina dan bawang goreng.




Tags

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad