Type Here to Get Search Results !

Sebab Tidak Dapat Update Blog...

Assalamualaikum
Bismillah

Lama rasanya tidak menaip di laptop. Rindu sudah mahu menulis di blog. Mungkin ada yang sedia maklum kenapa aku tidak update blog seperti selalu. By the way, aku sekarang pinjam laptop orang saja. Rindu mahu dengar keyboard semasa menaip. 

blog

1. Laptop Rosak

Punca utama aku tidak dapat menulis sebab laptop aku rosak. Laptop aku rosak dari bulan 12 tahun lalu lagi. Mulanya aku ingatkan sebab charger aku rosak. Bila hantar ke service pula, motherboard hangus ke apa aku pun tak tahu. 

Bila tanya boleh repair tak. Katanya boleh, cuma nak cari part dia tu yang susah. Tunggu dalam seminggu tak siap-siap lagi. Nak beli baru bukannya tak boleh cuma belum ada rezeki lagi. 

Aku memang ada juga update artikel. Tetapi just artikel pasal resepi saja dan republish artikel lama. As long nampak macam ada update jugalah.

2. Single To Married

Alhamdulillah, berakhirlah zaman bujang aku. Hahaha~ Kalau korang nak tahu laptop aku rosak tu seminggu sebelum aku nak nikah. Macam tahu saja kan nak minta belikan laptop baru haha. 

Oleh sebab itulah aku betul-betul sibuk sangat sampaikan tiada masa nak update blog. Banyak benda nak buat. Alhamdulillah, selepas 2 minggu bertunang aku akhirnya nikah dengan pujaan hati aku. 

Pejam celik sebenarnya dah sebulan bergelar isteri. Alhamdulillah.

3. Berhijrah Ke Johor

Alhamdulillah, rezeki selepas kahwin aku mengikuti suami berhijrah ke Pontian, Johor. Suami bekerja di Johor. Rindu dengan Sabah. Tetapi apakan daya. Begitulah kehidupan cewah haha~ 

Banyak benda lagi nak settle sebenarnya di sini. Laptop belum dapat beli. Nak atur masa lagi macam mana. Atas sebab itulah aku terpaksa rehat sekejap daripada buat servis menulis, manage adsense mahupun kerja-kerja PR.

Sepanjang beberapa bulan tak berblog ini, Alhamdulillah aku dapat habiskan banyak masa bersama keluarga sebelum hijrah di Johor. Mungkin itulah hikmah laptop aku rosak. Kalau tak memang asyik dengan kerja saja. 


Alhamdulillah 'ala kulli hal. 

Tak sangka banyak dah terjadi sepanjang tahun 2021. Kenangan manis dan pahit. Pejam celik dah kahwin pula rupanya. Pejam celik tetiba di Johor. Haha.

Rindu sebenarnya dengan blog. Banyak benda nak kongsikan dengan pembaca. Maybe sedikit info macam mana nak mengurus hari pernikahan dan tips-tips blog yang lain.

Maaf juga yang email, whatsapp, chat aku di media sosial berkenaan blog. Ada yang minta tips, ada yang minta tolong dan sebagainya. Aku tak dapat lakukan buat masa sekarang. 

Inipun main pinjam laptop orang saja. Segan nak pinjam barang orang lama-lama. 

Apapun itulah sebab aku tidak dapat update blog. Doakan semoga dimurahkan rezeki untuk beli laptop baru ya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua juga. Aamiin...


Catat Ulasan

15 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tahniah nurul. selamat pengantin baru :)

    BalasPadam
  2. dah berpindah ke johor ye. welcome to JDT

    BalasPadam
  3. oh patutlah di ig tak balas dm. moga urusan dipermudahkan ya

    BalasPadam
  4. Semoga dipermudahkan semua urusan, Nurul.

    BalasPadam
  5. semoga semua urusan dipermudahkan ye. bertukar status dan berhijrah jauh memang perlu masa utk bertenang :)
    welcome to semenanjung.

    BalasPadam
  6. Tahniah! dan selamat pengantin baharu.
    Laptop nanak Mrs.A pun rosak tapi belum hantar repair lagi huhuhu

    BalasPadam
  7. Saya pun stop blog lama bila tak ada laptop. Tak feeling kan nak blogging guna phone semata2.
    Tahniah ya sis, selamat pengantin baru. Moga sentiasa bahagia dan diberkati.

    BalasPadam
  8. tahniah nurul, selamat pengantin baru.

    BalasPadam
  9. Semoga cepat dapat laptop dan dipermudahkan urusan kamu Nurul.

    BalasPadam
  10. Selamat pengantin Batu
    InsyaAllah ada rezeki beli laptop baru

    BalasPadam
  11. Tahniah, belum terlambat rasanya mengucapkan selamat pengantin baru. nanti da settle down, boleh aktif menulis semula

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah...tahniah.
    Semoga menjadi isteri yang solehah...yang jernih diambil yang keruh ditapis, tapis tengok puncanya ye

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad