Type Here to Get Search Results !

Koleksi Aneka Resepi Rendang Yang Mudah Dimasak di Rumah

 

koleksi-aneka-resepi-rendang-yang-mudah


1. RESEPI RENDANG DAGING

Bahan-bahan (5-6 orang)
  • 500 gm daging
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili padi
  • 3-4 batang serai – dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari
  • 1 sudu besar gula Melaka
  • 1 mangkuk santan
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam dan gula

Cara-cara memasaknya

1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.

2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.

3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan daging.

4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.

Sumber: dapurmalaysia.





2.  RESEPI RENDANG TOK ASLI PERAK

Bahan-bahan

  • 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki)
  • 3 liter santan
  • 1 biji kelapa parut (sangai, jadikan kerisik) sedikit isi kelapa (dihiris kecil, jadikan kepingan dan disangai)
  • 2 helai daun kunyit beberapa helai daun salam
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1 1/2 keping gula nipah/kabung/melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Bahan sangai:

  • 11/2 sudu makan jintan manis
  • 1/2 sudu makan jintan putih
  • 2 sudu makan biji ketumbar


Bahan kisar:

  • 20 biji cili kering (rendam dulu)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 10-15 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sm lengkuas
  • 5 batang serai
  • 5 sm halia
  • 3 sm kunyit hidup
  • Bahan yang disangai tadi

Cara-cara memasaknya :

1. Mula-mula perapkan daging dengan sedikit bahan kisar.

2. Panaskan minyak dan tumiskan serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar. Masakkan rempah itu dahulu.

3. Masukkan daging yang diperap beberapa jam tadi. Kacau.

4. Masukkan santan, gula Melaka/kabung, garam, separuh dar kerisek, daun salam dan daun kunyit yang telah dicarik. Kacau sedikit, biarkan ia masak. `tambah air jika perlu’

5. Bila daging nampak empuk, masukkan semua baki kerisik dan kelapa kepingan kecil yang disangai tadi, kacaukan. Masakkan rendang tok ini biar betul-betul kering.

Tips:

  • Rendang Tok ini mesti kering dan ia akan bertukar warna kehitaman.
  • Daun salam adalah bahan kesenian rendang Tok.

Kredit : roshidah Abu Bakar shidah




3. RESEPI RENDANG AYAM / DAGING ALA ASARAWAK 

Bahan A

  • 1 ekor ayam / 1 kilo daging
  • Santan (1 biji kelapa)
  • 4 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Kerisik (1/2 biji kelapa)

Bahan B

  • 1 inci halia (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 10 biji bawang putih (dikisar)
  • ½ camca tepung kunyit
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 batang serai (ditumbuk)
  • Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)


Cara-cara membuatnya

1. Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan. 

2. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging.

3. Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri. Masuk kan santan sedikit demi sedikit. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit. 

4. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto (orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri.

5.Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar-benar masak.



4. RESEPI RENDANG DAGING SEDAP

Bahan-bahan (Saiz hidangan 2 - 3 orang)

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu besar pes rendang
  • 10 tangkai cili kering (rebus dan dikisar asing)
  • 2 sudu jintan manis (kisar kering)
  • 2 sudu ketumbar (kisar kering)
  • 2 sudu jintan putih (kisar kering)
  • 125ml santan pekat
  • 4 sudu makan kerisik (dikisar halus)
  • Garam, gula & air asam jawa secukup rasa
  • Daun limau (hiris utk hiasan)


Cara Buat Rendang Daging Sedap:

1. Rebus daging dahulu selama sejam atau lebih. Pastikan daging empuk. Tips lembutkan daging ada orang letak daun betik/biji kurma masa rebus daging tu. Air rebusan daging jangan buang.

2. Blend bahan kisar (bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, halia, serai) dengan air. Jangan banyak sangat air, cukup-cukuo paras bahan masuk dalam blender tu je.

3. Rebus cili kering kemudian blend dengan air. Kuantiti air pun tak perlu banyak sangat. Cukup sekadar boleh pusingkan blender masa nak kisar tu. 

4. Kisar halus bahan jintan manis, jintan putih, dan ketumbar

5. Sangai hampas kelapa/kelapa kasar (ada jual dalam paket) sekejap atas kuali tanpa minyak. Sangai sampai da warna coklat sikit . Jangan lama sangat nanti hangus. Kemudian kisar halus kerisik ni.

6. Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar step no 2 (bawang-bawang halia etc), no 3 (cili kisar) & masukkan sekali pes rendang. Biarkan sampai naik bau & tumisan sedikit kering

7. Masukkan pula bahan kisar step no 4. Gaul rata

8. Masukkan kerisik yang disangan masa step no 5 tadi. Kerisik yang ni tak sangan lama sangat. Hehe. Cukup sekadar sampai warna kecoklatan sikit & bau kelapa naik. Gaul tumisan ni sampai kering sikit.

9. Bila tumisan dah kering sikit, masukkan air asam jawa. Asam jawa ni tak payah banyak sangat. Letak secubit pun cukup. Buat rasa masam sikit-sikit je kat masakan rendang. Kalau terlebih nanti rendang rasa masam sangat. Biarkan sampai kuah tumisan kering sedikit.

9. Masukkan daging yang dah siap rebus awal-awal tadi

10. Air rebusan daging jangan buang sebab korang boleh guna untuk masukkan dalam masakan rendang jugak. Tujuan untuk menambah lagi rasa pada masakan

11. Masukkan santan pekat. Guna santan kotak kecik 250ml. Dya masukkan separuh kotak je. Gaul rata dan biarkan masak hingga kuah rendang kering. Guna api slow.

12. Tunggu sampai kuah rendang kering macam dalam gambar. Gaul rata. Jangan lupa masukkan garam & gula secukup rasa.

13. Bila dah masak, hias dengan hirisan daun limau untuk bau wangi pada masakan. Dah boleh makan dengan nasi putih dah. Jomm!




5. RESEPI RENDANG IKAN TONGKOL

Bahan A:

  • 1 ekor ikan tongkol - gunakan 2 ekor -1 kg - ketepikan bahagian kepala
  • 3 cawan santan dari sebiji kelapa
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 keping asam gelugur
  • 2 helai daun kunyit - dihiris halus
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula


Bahan B : dikisar

  • 15 tangkai cili kering - gunakan 30 biji cili padi hijau
  • 5 biji cili api
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • Amie tambah 2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar - tidak gunakan
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis - tidak gunakan


Cara-cara Memasaknya :

1. Potong ikan dan bersihkan.

2. Panaskan minyak dan tumis Bahan B. Kacau hingga pecah minyak.

3. Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limauy purut, garam dan asam gelugur.

4. Masak hingga pecah minyak dan pekat.

5. Masukkan daun kunyit. Kacau rata dan angkat.


Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat

Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Tags

Catat Ulasan

1 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad