Bismillah
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menulis dan berkongsi di blog. Sudah 2 bulan sebenarnya aku bergelar seorang isteri. Jadi hari ini aku ingin berkongsi secara ringkas macam mana prosedur pengurusan sebelum akad nikah di Sabah berdasarkan pengalaman aku sendiri.
1. Kursus Pra-Perkahwinan
Sebelum urus pasal pernikahan, pastikan korang serta bakal suami/isteri sudah mengikuti kursus kahwin ya. Sekiranya tiada sijil kursus pra-perkahwinan korang memang tidak dapat urus kerana borang nikah jadi tak lengkap.
Daftar Kursus Kahwin Online di Sabah
Permohonan boleh dibuat di dengan menghubungi urusetia untuk Kursus Kahwin Online melalui whatsapp sahaja.
Contact Urusetia (whatsapp) :
- 012-8221665
- 011-39912118
- 011-63967387
Yuran penyertaan sebanyak RM70 dan terhad kepada 40 orang sahaja.
Apabila dah mengikuti kursus pra-perkahwinan korang boleh dapatkan Sijil asal boleh dituntut di PEJABAT BAHAGIAN PENTADBIRANSYARIAH JHEAINS di daerah masing-masing.
2. Borang Nikah
Semasa nak ambil sijil kursus kahwin tu, bolehlah beli borang nikah ini sekali. Korang boleh dapatkan borang nikah nie di Bahagian Pentadbiran Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Tingkat 10, Blok A, Wisma Muis. (Kota Kinabalu)
Kena bayar RM5 untuk setiap borang. Nak belikan sekali untuk bakal pasangan korang pun boleh. Setakat yang aku tahu, belum ada lagi yang boleh download borang nikah secara online.
Jadi korang kena pergi pejabat JHEAINS di Daerah masing-masing untuk beli borang nikah ni.
Setelah itu, sila sediakan dokumen yang diperlukan dan lengkapkan borang permohonan kebenaran berkahwin (borang nikah)
Antara dokumen yang perlu disediakan ialah :
- Pengesahan status bujang (Isi di borang saja) dan minta pengesahan Ketua Kampung, majikan (bagi yang bekerja) atau Pesuruhjaya Sumpah
- Salinan Kad Pengenalan pemohon (lelaki / perempuan)
- Salinan Kad Pengenalan Wali
- Salinan Kad Pengenalan Saksi (2 orang)
- Ujian Test HIV
- Sijil Kursus Pra-Perkahwinan
- Surat Akuan Bujang
3. TEST HIV
Untuk Ujian Test HIV pula, korang perlu download borang TEST HIV secara online. Di bawah adalah contoh borang ujian HIV yang korang perlu bawa ke klinik kesihatan semasa menjalankan ujian ini.
Buat masa sekarang kena buat temujanji (appointment) dahulu di klinik kesihatan yang berdekatan (bergantung dengan daerah) dan pegawai kesihatan akan bagi tarikh untuk test hiv.
Korang jangan isi lagi di borang nikah tarikh nikah tau! Ujian ini valid sehingga 6 bulan. Jadi boleh buat test hiv lebih awal daripada tarikh nikah yang korang rancang tu.
Test hiv tidak lama dan tak sakit pun, hari tu juga terus dapat result. Test di klinik swasta tidak dibenarkan. Apapun boleh call pihak JHEAINS, sebab risau borang nikah korang kena reject.
4. SURAT KEBENARAN NIKAH LUAR DAERAH
Bagi pasangan yang berkahwin luar daerah, kena dapatkan surat kebenaran nikah luar daerah, perlu bayar RM5.00 (Seingat akulah) Ini sekiranya pasangan berlainan daerah.
Korang perlu lengkapkan borang kebenaran berkahwin dahulu barulah dapat surat kebenaran nikah luar daerah. Oleh itu, penting sangat untuk pihak lelaki lengkapkan borang dahulu.
5. SURAT KEBENARAN MASJID
Bagi pihak perempuan pula perlu ada surat kebenaran masjid sekiranya ingin nikah di masjid. Kalau nikah di rumah pula aku tak pasti.
Buat masa sekarang pihak JHEAINS akan minta kita untuk pergi ke mana-mana masjid untuk minta kebenaran nikah di masjid. Ada bayaran untuk sewa di masjid (bergantung masjid mana yang korang mau).
Pihak masjid yang akan tetapkan tarikh bila kita boleh nikah sebab mereka yang bagi sewa tempat tu. Macam aku minta surat kebenaran masjid di Masjid Negeri Sabah dan bayaran RM150 dikenakan.
Dah bayar dan dapat resit. Boleh lampirkan pada borang nikah tu.
6. HANTAR BORANG
Dah lengkap borang, boleh hantar di Tingkat 2, Blok A, Wisma Muis. Sediakan RM5 untuk pendaftaran. Samada korang akan terus dapat jurunikah pada hari itu atau akan dihubungi dalam waktu terdekat.
Jangan lupa resit, nama jurunikah beserta no telefon ya. InsyaAllah, apabila dah dapat nombor dan nama jurunikah korang, bolehlah whatsapp atau call untuk maklumkan tarikh pernikahan korang.
Itu sahaja semoga urusan korang dipermudahkan. Semoga info ini sedikit sebanyak membantu korang. 😊
UPDATE : Untuk yang terkini, difahamkan tiada lagi kursus kahwin secara online. Kursus perlu dijalankan secara bersemuka sebab pandemik sudah berakhir.
tq atas info
BalasPadamsalam Nurul.. saya ada share ketiga-tiga nombor telefon 012-8221665, 011-39912118 dan
BalasPadam011-63967387 tu pada seorang rakan sebab dia tanya macam mana mau daftar kursus kahwin di Kota Kinabalu. Rupanya sekarang (dalam pertengahan Februari 2022) kena datang ambik sendiri borang di pejabat JHEAINS tingkat 10 bangunan Wisma Muis. Pastu bila sampai sana akan di tanya bila tarikh kahwin. Pastu kalau yang muallaf pula di suruh lambat-lambat kawin sampai betul-betul boleh hafal rukun iman, rukun islam, pandai wuduk, pandai solat, pandai asas fardhu ain. Aduhh teruk. Hanya 20 orang dibenarkan masuk ke kursus kawin. Pastu ada temuduga lagi sebelum layak masuk ke kursus kahwin. Dua kali temuduga tu! Macam mau interview kerja saja.. Ni sahabat kami sendiri share dari pengalaman dia sendiri. Mengikut pendapatnya pengurusan JHEAINS teruk sekali. Terlalu ramai pengunjung kemudian hanya 1 staff yang handle.
Assalamualaikum nurul.. terima kasih berkongsi info bermanfaat.
BalasPadamUntuk yg terkini, saya difahamkan tiada lagi kursus kahwin secara online. Kursus perlu dijalankan secara bersemuka sebab pandemik sudah berakhir.
Salam Nurul, Saya shahzwann.. surat akuan bujang mau dapat di mana ya? surat tu sama kah dengan borang Pengesahan Status Bujang? Lagi satu, surat kebenaran luar daerah/negeri mau minta di mana? apa-apa pun saya dahulukan terima kasih dengan info2 macam ni.
BalasPadamSurat akuan bujang husband sy buat sendiri kena buat sendiri .. borang pengesahan bujang tu borang yg kita ambil di Muis.. surat kebenaran luar daerah/negeri kena dapatkan di pejabat Muis juga..Perlu lengkapkan borang kebenaran berkahwin dahulu barulah dapat surat kebenaran nikah luar daerah. Oleh itu, penting sangat untuk pihak lelaki lengkapkan borang dahulu.
PadamAslm..saya berstatus janda dn berasal dn brada d Sabah.Bakal suami sya warga Perak berstatus bujang.soalan sya,adakah sya perlu hadir kursus pra .p utk berkahwin kli kedua?
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.