Type Here to Get Search Results !

Senarai Barang Keperluan Asas Rumah Buat Pasangan Yang Baru Kahwin

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal Allah permudahkan semuanya dari mula bertunang sehinggalah kahwin. MasyaAllah setiap kali teringat moment dengan suami rasa bersyukur sangat-sangat. Kenal tak sampai seminggu suami confess dan tak sampai sebulan kami jumpa untuk kenal. 

Dan aku terima janjinya kerana aku yakin dialah 'The Right One'.  Kami hanya jalinkan hubungan jarak jauh selama setahun dan balik saja suami ke Sabah terus aku bawa jumpa family.

Tak lama lepas tu terus bertunang, tak sampai 2 minggu terus nikah. Allah... Rasa macam tak percaya. Allah mudahkan semuanya. Jumpa suami hanya 3 kali saja. Tup tup terus kahwin. 

Alhamdulillah, sejak berkahwin rezeki bertambah-tambah. Syukur selepas berhijrah ke Johor akhirnya dapat rumah sewa baru. Walaupun susah sangat nak cari sebenarnya, nak yang dekat dengan pekan dan tempat kerja suami. Tetapi tidak mustahil Allah kabulkan kalau kita berdoa dan meminta kepadaNya. 

Rumah sewa kami baru renovate. Jadi memang rumah tu kosong. Tiada perabot dan barang dapur tetapi sewanya agak murah. Alhamdulillah, syukur sekurang-kurangya ada tempat berteduh dan selesa tinggal berdua. 

barang-keperluan-asas-rumah-baru

Jadi memandangkan rumah baru. kenalah buat senarai barang keperluan asas rumah. Sebenarnya semasa aku masih bujang lagi aku dah beli beberapa barang keperluan asas seperti almari, langsir, tilam dan banyak lagi. Cuma aku terpaksa tinggalkan kat Sabah termasuklah hadiah-hadiah semasa bersanding. 

Di bawah, aku sudah senaraikan barang keperluan asas rumah buat pasangan yang baru kahwin. 

Checklist untuk bersihkan rumah
  • Penyapu 
  • Penyodok
  • Mop lantai
  • Baldi
  • Bulu ayam
  • Plastik sampah
  • Detergent
  • Kain lap

Checklist Barang Dapur
  • Peti Sejuk
  • Dapur Gas
  • Tong gas
  • Rice-Cooker
  • Rak Pinggan Mangkuk
  • Cerek / Heater
  • Kuali / Periuk
  • Set Pinggan Mangkuk
  • Set Sudu / Garfu / Senduk
  • Blender 
  • Mixer 
  • Rak pinggan
  • Sabun Cuci Pinggan
  • Span
  • Kain Lap
  • Lesung Batu
  • Papan Pemotong / Saban
  • Set pisau
  • Teko / Jug
  • Tudung saji
  • Bekas beras
  • Besen 
  • Tupperware

Checklist Bilik Tidur
  • Tilam toto
  • Bantal
  • Selimut 
  • Cadar 
  • Kipas
  • Almari pakaian
  • Meja solek
  • Katil

Checklist Barang Kamar Mandi
  • Besen
  • Baldi
  • Gayung
  • Set Detergent 
  • Selipar
  • Tali hos air
  • Clorox
  • Bekas Letak  berus gigi
  • Mesin basuh

Checklist Barang-Barang Lain
  • Langsir
  • Tikar Getah
  • Alas Kaki
  • Bakul
  • Penyangkut
  • Hanger baju
  • Sepit Baju
  • Cermin
  • Bakul Sampah 
  • Seterika / Iron
  • Extention
  • Kunci manga

Tidak semestinya kena beli semua. Beli mana yang rasa penting saja dulu. Korang boleh juga tambah mana yang perlu. At least apabila ada senarai macam ini suami isteri boleh rancang bajet kewangan macam mana kan.

Mana yang dapat hadiah kahwin tu bolehlah guna. Selain itu, nak lagi jimat boleh beli barang-barang secondhand. 

Bagi aku paling penting sekali ialah bersyukur dan bersederhana. Tidak perlu bandingkan perkahwinan kita dengan orang lain. Ada orang yang kahwin semuanya lengkap. Ada yang kahwin terpaksa mula dari kosong. Itulah kehidupan berumahtangga kan. Susah senang hidup bersama. 

Selain itu, pada awal perkahwinan inilah kena rancang kewangan dengan baik dan ada simpanan. Kadang kita tidak tahu kan apa masalah yang akan datang. 

Aku pun baru saja mendirikan rumah tangga jadi masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Doakan kami ya. 

Catat Ulasan

9 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Tahniah Nurul...

    Memang kena ada checklist ni sebelum kahwin. Senang dan tak kelam kabut bila masuk rumah lepas kahwin nanti. Lagi lagi kalau rumah kosong kena dahulukan yang mana penting dulu.

    BalasPadam
  2. Selamat melayari hidup berumahtangga
    Semoga semuanya baik2 sahaja

    BalasPadam
  3. Mula-mula kahwin dulu, tilam pun beli yang paling murah. Nak jimat untuk benda lain.

    BalasPadam
  4. Terbaik, dah ada list, senang nak atur kewangan

    BalasPadam
  5. akak dulu baru kawen semua macam koboi.. apa yang ada je nurul.. lagi la bila ada masa kami duduk PJJ.. tapi bagus jugak adakan keperluan satu persatu..

    BalasPadam
  6. first tahniah and selamat pengantin baru.. kalau diikutkan banyak sebenarnya barang yang perlu dibeli, elok beli yang betul-betul perlu dulu sikit demi sedikit.. bagus nurul buat checklist

    BalasPadam
  7. Lain org lain pengalaman baru kawin.
    Alhamdulillah, Nurul dpt rumah sewa, selesa tinggal bersama suami.
    Slow2 belu brg lain, beli yg perlu sahaja dulu nnt baru tambah Mana yg patut.

    BalasPadam
  8. betulkan beli sikit² lama² penuh lah rumah, lepas tu kalau nak pindah jenuh nak angkat 😂 Teringat masa mula² masuk rumah dulu, suami dah sediakan lengkap. Syukur Alhamdulillah

    BalasPadam
  9. mmg banyak nak kena beli..beli ikut kemampuan dan tengok pada priority

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad