Assalamualaikum
Bismillah
Korang ada planning tak nak buat menu apa berbuka puasa nanti? Aku sebenarnya tiada menu yang spesifik pun kalau berbuka puasa. Apa yang ada dalam peti sejuk itulah yang aku buat.
1. Air tembikai bandung
Bahan-bahan
- 1/2 buah tembikai tanpa biji, potong dadu
- susu cair
- sirap
- ais secukupnya
Campur semua bahan jadikan satu. Siap untuk dihidang.
2. Air Sirap Selasih
Bahan-bahan
- Selasih
- Sirap
- Air dan ais secukupnya
Rendamkn selasih dengan air panas. Kemudian bancuh air sirap seperti biasa. Masukkn ais ke dalam jug, letakkan air dan diikuti selasih lalu kacau-kacau hingga sebati.
3. Sirap Bandung Campur
Bahan-bahan
- Sirap
- Air
- Cendol
- Cincau
- Biji Selasih
- Susu cair
- Susu pekat
Tuangkan ais dalam jug masukkan sirap 2-3 sudu. Kemudian tuang air sehingga paras jug. Masukkan cendol, cincau, biji selasih. Campurkan setengah susu cair dan 2-3 sudu susu pekat (ikut kemanisan korang nak). Siap untuk dihidang.
4. Laici Aiskrim Soda
- 3 tangkai daun pudina
- 6 biji laici dengan air
- 3 kepimg lemon
- 1 batang serai
- Air soda
- Ais secukupnya
Masukkan daun pudina yang dihancurkan sedikit. Kemudian masukkan laici, lemon bersama serai. Masukkan ais diikuti dengan air soda. Siap!
5. Laici Lemonade
- 1 tin laici
- Lemon
- Air campuran madu
- Daun pudina
- Air dan ais secukupnya
Campurkan laici beserta airnya. Prah lemon dan masukkan potongan lemon. Letakkan air campuran madu, daun pudina dan akhir sekali masukkan air dan ais. Sedia untuk dihidang.
5. Air Buah Masam Manis Cincau
Bahan- bahan:
- 1 tin susu sejat
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 tin buah laici
- 1 biji buah naga
- 2 biji buah manga
- Cincau
- Ais secukupnya
Bancuh susu pekat bersama 2 cawan air panas. Kemudian campurkan kesemua bahan. Masukkan ais secukupnya.
Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan info bermanfaat
Info Ibu Hamil & Bayi | Resepi Viral | Motivasi | Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.