Bismillah
Hai semua, hari ini aku mahu kongsikan pengalaman sendiri melakukan senaman ringan hula hoop di rumah.
Sejak aku mendirikan rumah tangga, aku perasan berat badan aku semakin naik. Sebelum ini pun memang naik juga tetapi tak lama lepas tu turun balik. Dan paling berat sekali masa bujang pun sekitar 50kg - 55kg. Sekarang dah naik 5 kg hahaha~
Bukan itu sahaja, perut pun semakin hari semakin berlemak. Memang sangat membimbangkan. Kalau korang nak tahu, aku memang sangat liat sekali mahu bersenam. Ada banyak faktor jugalah selain daripada tidak menjaga pemakanan.
Oleh itu, tahun ini aku berazam mahu lebih produktif, sihat dan at least kuranglah sedikit berat badan. Tambahan lagi aku bekerja di rumah ni memang kurang sekali pergerakan.
Jadi aku pun carilah kat youtube dan google senaman apa yang aku boleh buat sekurang-kurangnya nak kurangkan lemak di bahagian perut ni.
Ada banyak sangat cuma untuk pemula seperti aku nak terus buat semua memang tak lah. Nak joging kat luar pun hmmm~ Aku baru ja pindah kat Johor dan tak familiar dengan kawasan sekitar rumah. Suami pun jarang ada di rumah. Memang aku tak keluarlah kalau suami tiada.
Aku cuma mahu buat senaman di rumah yang mana boleh keluar peluh sedikit. Oleh itu, aku memilih untuk melakukan senaman hula hoop.
Kebaikan Senaman Dengan Hula Hoop
- Hanya berlatih menggunakan gelung (hula hoop) tanpa alat sukan yang lain.
- Tiada latihan khas dan tidak memerlukan apa-apa kemahiran. Anyone can do.
- Senaman yang baik untuk kardio
- Melangsingkan pinggang dan mengurangkan lemak pada bahagian sisi perut
- Melangsingkan paha, punggung dan menguatkan otot perut
- Meningkatkan fungsi usus sambil membantu melegakan sembelit
- Harga hula hoop murah dan mudah untuk didapati.
Senaman Ringan Hula Hoop Kurangkan Lemak di Bahagian Perut
Alhamdulillah setelah seminggu aku berjaya kurangkan 1 inci di bahagian pinggang. Setiap hari aku bersenam dengan hula hoop selama 15 minit.
Pertama kali aku main hula hoop ambil masa 30 minit juga untuk dapatkan 1 pusingan haha. Aku cuma dapat tahan tak sampai 10 saat saja dengan gelung tu. Penat jugalah.
Bagi orang yang tidak bersenam macam aku ni, memang kesan dia sakit badan teruk. Semua badan sakit. Kat pinggang pula ada kesan lebam. Tak larat lah nak stay up malam tu. Terus masuk tidur.
Namun, aku nekad juga nak kurangkan lemak. Jadi pada hari kedua aku teruskan juga 15 minit bersenam dengan hula hoop. Pada masa ni, aku dah dapat buat pusingan selama 10 saat. Dan aku rasa lebih mudah nak buat berbanding kemarin.
Dan aku dapat rasakan perubahan pada bahagian perut walaupun tidak ketara. Bukan itu sahaja, aku rasa badan jadi lebih ringan setiap kali selepas bersenam. Memang bersemangatlah bersenam setiap hari.
Selain itu, aku mula kurangkan minum manis dan lebih jaga pemakanan. I mean, aku mula ambil tahu apa yang aku makan. Dan untuk kurangkan rasa craving mahu makan snack tu aku gantikan dengan makan lebih banyak buah-buahan.
Tak sangka juga sebenarnya aku mula enjoy dengan senaman hula hoop nie. And now I start to look out for other sport stuff.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, senaman ini sangat membantu untuk mengurangkan lemak di bahagian perut dengan disertai latihan berterusan dan pemakanan yang seimbang.
Bagi korang yang mahukan hasil yang cepat, senaman menggunakan gelung ini tidak membawa hasil yang cepat. Tetapi jika korang ingin mencari penurunan berat badan yang boleh dipercayai, beransur-ansur dan sihat, hula hoop adalah pilihan anda!
Sekiranya berminat mahu beli hula hoop, boleh dapatkan di shopee ya. Aku sertakan link shopee kat bawah.
Home Workout Sports Hoop Exercise (RM20.90)
- 8 Part Removable Sport Hoop (Woman Slimming Fitness Equipment, Weight Loss, Thin Waist, Abdominal Exercise, Gym Training Hoola Circle)
- Snap: Snap design, safe and secure, easy to operate.
- Color: Multicolor optional
- Product name: Fitness sport hoop
- Size: 8 sections, diameter 95cm, suitable for adults
- Material: PP plastic + high density foam
- 8 sections can be disassembled, adjustable size, stylish color, each section has 2 convex massage blocks, a total of 8 knots, one turn is equivalent to massage the waist 16 times
Shopee Link : Home Workout Sports Hoop Exercise
thankss atas tipss hehe. kita jarang buat senaman, cuma naik turun tangga sahaja haha
BalasPadamapa-apa senaman pun nak mula tu yang sakit sikit...bila dah dapat momentumnya baru mcm pergghhhh lancar je nak buat
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.