Assalamualaikum
Bismillah
4 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI & PENGHILANG KESUSAHAN.
1. Perbanyakkan Solat Malam (Qiyamullail)
- Amalkan Solat Sunat Tahajjud
- Cuba solat Tahajjud walaupun seminggu sekali.
- Tinggalkan istirahat dan kurangkan tidur semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, InsyaAllah tiada kesusahan dalam hidup orang yang mengamalkan solat Tahajjud.
- Saat berdiri kita akan menjadi lembut hati kerana mata kita tertumpu di tempat sujud. Kita akan berasa Allah di hadapan kita. Kita rasa malu untuk mengangkat muka atau berpaling.
- Saat bersujud kita tunjukkan kerendahan hati (posisi ini yang paling dekat seorang hamba dgn ALLAH). Betapa kita sangat memerlukan ALLAH ketika ini, sangat merindukan mahu dekat dengan ALLAH.
- Panjangkan sujud dengan bermunajat, berdoa dan meminta kepada ALLAH.
2. Banyakkan Istighfar (waktu sahur / 30 minit sebelum azan subuh)
- Baca doa Sayyidul Istighfar.
"Allahumma anta rabbi laila hailla anta Halaq tani waana a'bduka, Waana a'la a'hdika wa wa'dikamasta'tu, Au'zubika minsharima sa'na'tu, Abu ulaka bini'matika a'laiya waabu ubidzanbi, Faghfirli Fainnahu la yaghfiruzzunu bailla anta"Maksudnya:
Ya Allah engkau tuhanku tiada tuhan selain engkau. Engkau ciptakan aku dan aku hambamu. Dan aku berada dalam janjimu menurut kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang ku lakukan. Aku sedari nikmatMu kepada ku. Dan ku sedari akan dosa-dosa ku. Ampuni aku Ampuni aku Ampuni aku. Kerna sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa Kecuali Engkau.
3. Perbanyakkan Sedekah
- Bukan banyak dari segi kuantiti. Tetapi istiqamah dalam bersedekah (tidak kira masa).
- Kita beri Allah akan ganti dengan rezeki yang lebih baik.
- Bersegera sedekah sekiranya ada kebaikan atau keburukan yang kita hadapi. Dapat naik pangkat, sedekah. Lulus exam interview sedekah, dapat job menulis sedekah. Ditimpa musibah sedekah, dalam kesempitan sedekah. Ingatlah ALLAH tidak kira susah mahupun senang.
4. Berzikir Pagi & Petang
- Bacalah Surah Al-Ikhlas 3x (Umpama kita membaca sepertiga al-Quran)
- Nikmati bacaan kerana Allah tidak pernah bosan pun mendengar bacaan kita.
"Maka oleh itu, ingatlah kamu kepada-Ku supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur (nikmatKu)". - Surah al-Baqarah : 152)
"Berdoalah kepada Tuhan dalam keadaan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan seseungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah SWT menyediakan segala yang mambawa kebaikan padanya. Dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan takut dan penuh dengan harapan (supaya makbul) sesungguhnya rahmat Allah SWT itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya." (al-A'raf : 55 - 56)
Semoga bermanfaat~
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.