Type Here to Get Search Results !

Apa Aku Beli di Watsons dan Guardian

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini mahu tulis entri yang santai-santai saja. Dah lama tak membebel kat blog kan. Asyik tulis artikel info saja. Sekali-sekala merapu di blog. Aku cuma nak kongsikan dengan korang apa yang aku beli kat Watson dan Guardian sampai boleh habis hampir RM200.

Siapa yang suka masuk kat Watsons ataupun Guardian? Akulah salah satunya...

Apa Aku Beli di Watsons dan Guardian

Apa yang aku beli di Watsons?

1. Herbal Essences Argan Oil of Morocco Shampoo - RM30.90

Mulanya niat aku pergi Watsons tu nak beli conditioner sahaja. Tapi.. asal masuk kat Watsons saja confirm beli lebih dari satu barang. Hahaha~

Aku dah cuba pelbagai jenis shampoo dan conditioner tetapi kebanyakkan tidak sesuai dengan rambut aku. Selepas aku buat research dan tengok review kat youtube akupun buat keputusan untuk beli shampoo argan oil. 

Dan dalam banyak brands, aku tertarik dengan Herbal Essences Argan Oil of Morocco Shampoo. Dah lama nak beli cuma hari ini terdorong nak beli sebab ada promosi haha. 

2. Herbal Essences Argan Oil of Morocco Conditioner - RM12.36 (2nd @60%)

Aku beli Herbal Essences Argan Oil of Morocco Conditioner sekali. Untuk pembelian kedua dapat 60%. Harga asal RM30.90. Jadi murahlah kan. InsyaAllah ada kelapangan aku akan buat review produk Herbal Essences Argan Oil of Morocco. 


3. Micellar Water Garnier Pink (Sensitive Skin) - RM15.90

Setakat ini aku masih setia dengan produk Micellar Water Garnier. Cuma sebelum ini aku beli Micellar Water Garnier Biru (For Oily, Acne Prone Skin). Kali ini aku mahu mencuba pula dengan Micellar Water Garnier Pink (Sensitive Skin).

InsyaAllah nanti aku buat review beza antara Micellar Water Garnier Pink & Biru. Aku beli 125ml, boleh bertahan lebih dari sebulan bergantung dengan penggunaan korang. 

4. Clearblue Easy to Read (Pregnancy Test) - RM22.95

Aku dah cuba beberapa pregnancy test. Cuma untuk kali ini aku mahu cuba Clearblue Easy to Read (Result in 2 minutes). Belum ada rezeki lagi sebenarnya. Apapun korang doakanlah aku dan suami ya.


5. Watsons Hydrating Coconut Treatment Wax 

Akhir sekali aku beli Watsons Hydrating Coconut Treatment Wax. Ini pertama kali aku beli treatment wax. Sejak berkahwin ni, aku sangat mementingkan penjagaan rambut berbanding skincare haha. Tak tahulah kenapa. 

Total keseluruhan produk yang dibeli ialah RM99.61

Memang beracun betul masuk kat Watsons ni kan hahaha~ Buat para suami, bertabahlah menunggu isteri anda shopping kat sini.

Apa yang aku beli di Guardian?

Aku jarang singgah kat Guardian sebab Guardian kat sini jauh sikit dari rumah aku. Kalau ada suami senang sikitlah nak pergi sebab suami boleh drive. Aku pula tak pandai drive. Jadi, memang shopping kat Watsons ja.

Jom kita lihat apa yang aku beli kat Guardian pula. 

1. Non-Woven Recycle Bag (Guardian) - RM1.00

Perkara pertama sekali yang aku grab bila masuk kat sini ialah Non-Woven Recycle Bag. Aku suka beli Recycle Bag sebab senang nak bawa barang. Sumbat saja kat beg ini. Marilah kita sama-sama mengurangkan penggunaan plastik. 


2. The Hypercurl Easy Wash Mascara | Maybelline - RM24.00

Aku jarang sekali pakai mekap. Tetapi suami aku suka aku pakai maskara. Jadi aku pun beli The Hypercurl Easy Wash Mascara (Maybelline). Aku suka sebab maskara ini bukan waterproof punya. Jadi senang nak bilas dan ambil air wudhu. 


3. OMG Powder Matte Lip Color | Silkygirl - RM22.00

Walaupun aku jarang bermekap. Aku tak boleh tak pakai lipstik. Haha~ Aku rasa kalau tak pakai lipstik ni macam orang sakit. Muka pucat saja. Jadi aku cuba beli OMG Powder Matte Lip Color (Silkygirl). Aku beli no 8 (Sakura). Warna pink peach gitu. 

4. HappyMask Jeju Aloe Vera Face Mask - RM5.40

Aku kalau buat rutin skincare, aku paling rajin buat sebelah malam berbanding pagi haha. Face Mask antara favourite aku kalau buat rutin skincare. Aku beli HappyMask Jeju Aloe Vera Face Mask 2 keping. Boleh buat face mask dengan suami. 

5. ANTABAX Antibacterial Shower Cream Cool - RM10.28

Memandangkan shower cream kami dah nak habis, aku beli ANTABAX Antibacterial Shower Cream Cool (warna biru). Aku beli yang jenis refill punya. Lebih jimat gitu kan. Sebelum ini pernah guna Dettol Shower Gel. Tetapi rasa tak best pula guna. Jadi, kami pun beli balik sabun mandi Antabax. 

Total keseluruhan produk yang dibeli ialah RM92.06

Tak sampai pun RM200 sebenarnya. Sikit lagilah nak dekat RM200 haha~


(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. I bought all the products using my own money. Every skin is different. What works for me, might not work for you. This is just my personal experience)

Tags

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Wahhh... banyak benda berguna ni. Aien pun seram nak shopping byk2 nih

    BalasPadam
  2. Dah lama tak shopping kat Watson dan Guardian. Tunggu habis pantang nanti la baru nak masuk. Hari tu nak masuk malam raya tapi tak sempat.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad