Type Here to Get Search Results !

Jana Pendapatan Dengan Innity | Terima Bayaran Pertama

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku nak berkongsi sedikit tentang Innity. Selain Google Adsense, aku juga jana pendapatan melalui Innity. 

Permohonan Innity ini sedikit ketat berbanding Google Adsense kerana ia lihat kepada performance dan trafik blog kita. Kalau korang mempunyai trafik blog yang tinggi bolehlah memohon Innity. 

Cuma ramai blogger tak suka sebab dari segi bayaran tidak setinggi Google Adsense kerana ia dibayar dengan MYR. 

Selain itu, susah sikit nak agak earning dikira macam mana. Ada masa earning tiba-tiba mencanak naik, ada masa turun. 
Jana Pendapatan Dengan Innity

Best Tak Jana Pendapatan Dengan Innity?

Ada kelebihan dan kelemahan dia juga sebenarnya. 

Aku suka jana pendapatan melalui Innity sebab format iklan dan jenis iklan yang dipaparkan bagi aku sangat simple. Ada pilihan untuk iklan desktop dan mobile. Sama juga seperti Google Adsense.

Iklan Innity juga relevan dan tidak merepek. Sedap mata memandanglah. Kalau Google Adsense ni banyak iklan yang kita kena tapis. 

Dan beza antara keduanya adalah dari segi bayaran. Innity bayar dengan MYR. Jadi payment tidak tinggi seperti USD. 

Selain itu, apa yang aku suka, minimum threshold sebanyak RM100 dah boleh dapat bayaran. Dan Innity akan bayar kita terus ke akaun bank. Tidak perlu menggunakan cek. 

Antara part yang menyusahkan apabila beriklan dengan Innity ini adalah dari segi tarikh pembayaran. Ia mengambil masa 30 - 90 hari. Memang berjanggut lah menunggu.

Bukan itu sahaja, Innity ni tak boleh kongsi sembarangan tau. Nak tunjuk payment pun kena blur. Nak buat tutorial pun susah. Nak bagi tips pun macam takut-takut juga. Hahaha.

Oleh sebab tulah jarang sekali nampak blogger berkongsi tentang Innity kat blog. 

Terima Bayaran Pertama

Alhamdulillah, dah 2 tahun dengan Innity. Aku terima bayaran pada Bulan Januari 2022 selepas setahun berdaftar dengan Innity. Agak lama jugalah nak kumpul duit tu. 

Pendapatan tertinggi dalam sebulan aku pernah dapat ialah sebanyak RM40. Bolehlah, asal ada gitu. Aku perasan apabila earning Google Adsense aku rendah, Innty pula mencanak naik. Tak pastilah kenapa jadi macam tu. 

Sekarang nie nak terima bayaran yang kedua pula. 

Okaylah. Saja nak kongsikan perkembangan semasa blog. Semoga bermanfaat.



Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Thanks info. Sbb tu la tak guna innity. Mcm strict sikit huhu

    BalasPadam
  2. Tak pernah mohon lagi Innity. Thanks kongsi info

    BalasPadam
  3. kalau camtu blog ammi belum layak lagi register innity....trafik pun segan2 haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad