Bismillah
Memang kalau berblog ini ada fasa-fasa tertentu ke?
Fasa berblog masa belajar lain. Fasa berblog time menganggur lain. Fasa berblog as partime lain.
Berblog sepenuh masa lain. Berblog waktu masih single lain. Dah kahwin lain dan seterusnya.
Tak tahulah macam mana nak luahkan kat korang. Nak kata dah tak minat berblog pun tidak juga.
Masa awal kahwin hari tu memang ambil masa juga untuk menyesuaikan diri dan mencari masa yang sesuai untuk berblog.
Setelah 5 bulan mendirikan rumahtangga, Alhamdulillah aku dah boleh urus masa untuk berblog. Cuma aku rasa perasaan berblog tu dah tak sama.
Nak kata rindu perasaan berblog sebelum kahwin tu tak juga. Cuma macam mana ya. Aku rasa lagi tenang dan selesa dengan keadaan sekarang.
Sebelum ini aku rasa banyak betul fikir. Macam mana nak kekalkan trafik dan income blog. Supaya ada gaji bulan-bulan. Senang nak tolong family dan adik-adik.
Sekarang ini kadang risau juga pasal trafik dan income. Cuma tak banyak fikir macam dulu. Mungkin sebab ada kehadiran suami.
Alhamdulillah apapun aku bersyukur kerana rezeki selepas kahwin tak pernah putus buat kami.
Kalau cerita pasal kerja blog, buat masa sekarang aku lebih suka update blog sendiri. Ada juga beberapa job menulis dan servis blog yang lain aku dapat tapi kadang kalau rajin aku buat. Kalau ada masa aku ambil job tu. Kalau tak biarkan saja sebab nak fokus blog sendiri.
Dari segi konten blog, aku masih menulis dengan menerapkan keywords dan SEO cuma aku semakin selective dalam apa yang aku ingin sampaikan di blog.
Even menulis review pun aku lagi prefer tulis review berdasarkan pengalaman sendiri. Dan memang sangat memilih lah sekarang kalau nak menulis.
Walaupun aku tahu kalau buat konten macam ni dapat naikkan trafik, guna keyword ini bagus untuk blog dan sebagainya. Aku still memilih untuk menulis sesuatu yang mendatangkan manfaat bagi diri aku di blog ini.
Menulis sesuatu yang mendatangkan kepuasan benar-benar tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Entahlah korang faham atau tidak.
Menulis adalah soal rasa bukan cuma merangkai kata. Tak perlu harus pandai berbahasa selama mahu belajar dan berusaha teruskan menulis saja. Menulis bukan juga untuk menjadi hebat, melainkan hanya berbagi manfaat.
Mungkin inilah yang dinamakan 'passion'.
Terlalu jatuh cinta dengan menulis. Bukan hanya suka-suka sahaja mahu menulis. Tidak boleh terpisah jauh dari menulis dan rindu jika tidak menulis. Begitulah yang aku rasakan.
'Passion' - Sesuatu yang kita tidak pernah jemu untuk melakukannya. Segala hal yang kita korbankan untuk mencapai suatu tujuan. Dan tidak memikirkan soal untung atau rugi.
Mungkin adakala rasa jenuh, burnout, mahupun kehabisan idea mahu menulis. Tetapi most of the time menulis itu buat aku rasa nyaman. Walau macam mana lamanya tidak menulis, pada akhirnya tetap kembali menulis.
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.