Type Here to Get Search Results !

Tips Ringkas Cara Melakukan Audit Blog

Assalamualaikum
Bismillah

Hai guys, dah lama kan tak sembang tentang tips blogging. Hari ini aku kongsikan dengan korang Tips Ringkas Cara Melakukan Audit Blog Ini bukan audit untuk cukai pendapatan individu tau haha.. 

Perlu ke Audit Blog?

Pada pendapat aku perlu sangat audit blog sekurang-kurangnya sebulan sekali. Blog kita ni ibarat rumah tau, apa jadi kalau tak bersihkan selama sebulan? Pasti banyak habuk, debu, dan sampah kan. 

Jadi begitu juga dengan blog. perlu sentiasa dikemaskini dan melakukan kerja-kerja pembersihan supaya performance blog kita baik, trafik okay, tampilan blog menarik dan pengunjung pun rasa nyaman gitu buka blog kita.

Bukan itu sahaja, apabila kita melakukan audit, maka kita dapat mengenal pasti masalah-masalah yang ada pada blog kita. 

Tapi sekiranya korang tidak berminat untuk menyelesaikan masalah blog, maka tak perlu audit pun tak apa. Kerana kerja-kerja audit blog ini memakan masa dan setiap masalah tidak dapat diselesaikan pada waktu tu juga. Memang takes time lah.

Tips Ringkas Cara Melakukan Audit Blog

Cara Melakukan Audit Blog 

1. Semak Kelajuan Blog / Berat blog

Pertama sekali biasanya aku akan semak kelajuan blog di GTMetrix ataupun Pagespeed Insight. Perkara ini yang sangat penting sekali. Sala satu punca mengapa trafik blog kita rendah adalah kerana blog kita terlalu berat. Dan apabila ia berat, kesannya kepada mobile friendly. Kita punya blog nampak tak mesra mobile. 

2. Update Infomasi Blog

Ramai juga dalam kalangan blogger terlepas pandang bahagian ini. Jangan lupa untuk update bahagian profile, descriptions, sosial media, link url, menu dan sebagainya. Misalnya korang tukar facebook ke, jadi kat blog pun kena update juga. 

3. Semak Struktur Blog 

Sejujurnya ini bukan kepakaran aku. Korang boleh semak struktur blog kat Rich Results Test. Kalau korang pandai setiing kat sini, memang sangat membantu dalam meningkatkan prestasi blog dari segi ranking, trafik dan banyak lagi.

4. Gambar

Yang ini sangat penting tau untuk SEO. Korang kena rajin compress, resize, isi alt text dan title pada gambar. Set gambar ke original ataupun tukar ke webp image untuk ringankan blog. Memang leceh jugalah terutama sekali kalau buat tutorial blog. Penat juga nak audit part gambar nie.

5. Popup atau Iklan Yang Menganggu 

Letak iklan tu memang penting cuma kalau boleh biarlah sedap mata memandang. Terlalu banyak iklan sehingga pembaca tidak dapat membaca isi konten juga tak best juga kan. Berpada-padalah dalam beriklan. 

Banyak iklan di blog tidak semestinya earning kita juga tinggi. Letak iklan di posisi yang paling sesuai. Sebaik-baiknya pilih template yang menyediakan layout khas untuk ads. 

6. Tulisan / Font

Mungkin ramai yang tak perasan bahawa jenis tulisan (font) juga sangat mempengaruhi kecepatan blog kita. Cukup guna 1 font sahaja. Dan biasakan guna subheading, bold, italics atau apa sahaja format yang disediakan di blogger.

Kemaskini entri lama yang penuh dengan font yang bercampur aduk. Memang kena rajin berganda sikitlah. Audit kan memang banyak kerja haha.

7. Semak Broken Link 

Bukan setakat semak sahaja tau. Kena rajin juga buang broken links yang dah expired ataupun tak valid. Bukan itu sahaja, korang kena delete juga komen-komen spammer, unknown, dan anonymous.

8. Menu naviagasi 

Selain itu, pada bahagian main menu kita, sila padam bahagian yang tidak perlu. Lebih baik letak menu yang berkaitan dengan niche blog. 

9. Semak Konten Blog

Korang boleh semak dari segi kesalahan ejaan, artikel copy paste perlu dikreditkan ataupun buat penambahan, semak internal dan external link, isi bahagian search descriptions dan semak paragraf blog. Pastikan ada space antara perenggan.

10. Semak Kod Adsense Kat Theme

Biasanya yang tukar template lupa copy dan paste kod adsense di bahagian theme. Setiap kali selepas tukar template, korang kena masukkan kod adsense semula di sini ya. 


11. Fix Core Web Vitals 

Yang ini memerlukan kesabaran dan ketelitian. Boleh rujuk tips nak fix core web vital di blog ini ya. Memang susah, rumit dan memeningkan. InsyaAllah apabila kita kerap melalukan audit, korang akan nampak perubahan pada blog. 

Baiklah, setakat ini sahaja. Semoga entri ini bermanfaat dan membantu korang. 


Tags

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. tq sharing info ni... jarang sangat buat ni... main post je entri

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsi info ni. Dah lama tak audit blog. Check broken link pun rasanya awal tahun hari tu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad