Bismillah
Teknik berikut dapat membantu menghilangkan keadaan faraj berbau:
1. Amalkan penjagaan kebersihan diri yang baik
Basuh bahagian antara kedua kaki. Gunakan kain basah lembut bagi menyingkirkan kulit mati, peluh dan kotoran. Penggunaan sabun lembut pada bahagian luar juga dibolehkan.Dalam labia, ia merupakan kawasan yang sangat sensitif. Penggunaan sabun boleh mengakibatkan kerengsaan.
Hanya biarkan air mengalir pada bahagian ini sudah cukup untuk menjaga kebersihan labia sekitar faraj. Manakala keadaan faraj itu sendiri tidak perlu untuk dibersihkan.
Elakkan penggunaan loofah sponge kerana boleh mengakibatkan luka kecil sehingga menyebabkan berlakunya jangkitan pada bahagian tersebut.
Jangan menggunakan sabun dengan wangian atau pencuci badan. Aroma dan bahan kimia boleh mengganggu pH semula jadi faraj.
Pastikan membasuh bahagian kemaluan sebelum dan selepas hubungan intim bagi mengekalkan tahap semula jadi bakteria.
2. Produk penghilang bau luaran
Jika ingin menggunakan bahan pewangi, gunakan hanya di luar bahagian labia dan bukannya berhampiran faraj.Tindakan memasukkan sesuatu ke dalam faraj boleh mengganggu kimia semula jadinya dan membawa masalah lebih besar.
3. Tukar seluar dalam
Sekiranya material seluar dalam adalah daripada satin, sutera atau polister, tukarlah kepada 100% kapas.Kapas membolehkan faraj bernafas dan sangat baik dalam mengeluarkan peluh serta cecair daripada badan.
Kelembapan berlebihan boleh mengganggu tahap bakteria semula jadi dan mengakibatkan jangkitan.
4. Produk pH untuk atasi masalah miss V berbau
Produk yang boleh didapati di farmasi (OTC) mungkin dapat membantu memulihkan pH semula jadi faraj.Tetapi jika mencuba dan keadaan semakin teruk, segera berjumpa doktor.5. Elakkan meruang (Viginal douching)
Anda mungkin berfikir tindakan meruang itu membantu menghilangkan bakteria jahat, tetapi hakikatnya dalam masa yang sama ia juga menyingkirkan bakteria baik.Biarkan tubuh menyeimbangkan tahap bakteria ini secara semula jadi dan elakkan daripada meruang.
6. Ubatan preskripsi
Rawatan preskripsi doktor dapat membantu menghilangkan punca penyebab keadaan faraj berbau. Jika rawatan di rumah atau OTC tidak membantu, ubatan daripada doktor adalah jawapan yang terbaik.Kesimpulannya
Jika bau yang dialami disertai gejala luar biasa, seperti bau yang dikeluarkan faraj semakin kuat, rawatan rumah mungkin bukan jawapannya dan perlu segera berjumpa doktor.Miss V berbau hanyir juga menandakan anda perlu melakukan pemeriksaan doktor. Bau yang busuk ini menandakan gejala jangkitan faraj.
Bau yang terhasil juga menunjukkan masalah semakin teruk. Anda mungkin memerlukan bantuan doktor bagi menetapkan ubat atau rawatan preskripsi.
Sesetengah keputihan adalah normal. Tetapi jika keputihannya semakin banyak dan cecairnya juga tidak lagi jernih atau putih, ia tanda anda mengalami jangkitan.
Mengalami kegatalan sekali-sekala juga adalah biasa. Namun jika semakin kerap gatal atau wujud rasa yang menyakitkan, mungkin ia berpunca daripada masalah yang lebih besar.
Sumber : Hello Doktor
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini. Memang sebagai wanita, kita jaga bawah kita
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.