Bismillah
Takrif Pertunangan
Pertunangan Menurut Islam
Pertunangan dalam Islam bertujuan bagi mengenal akhlak dan sifat pasangan sebelum diadakan akad nikah. Ia dapat membantu dalam menguatkan hubungan cinta serta mempersiapkan diri masing-masing sebelum berkahwin.Maksudnya: “Lihatlah perempuan itu dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.” Riwayat al-Tirmizi (1087)
Maksudnya: “Seorang menemui Rasulullah SAW, lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku datang menyerahkan diriku kepadamu! Lalu Rasulullah SAW memerhatikan perempuan itu ke atas dan ke bawah dan kemudian Baginda menundukkan kepalanya.” Riwayat al-Bukhari (4833)
Aku menyerahkan diriku kepadamu bermaksud menyerahkan dirinya kepada Rasulullah SAW agar mengahwininya tanpa mas kahwin atau mengahwinkannya dengan orang yang sesuai.
Hadith yang seterusnya, daripada Abu Hurairah RA, katanya:
Maksudnya: “Ketika aku bersama-sama Nabi SAW, seorang lelaki telah menemui Baginda, lalu memberitahu bahawa dia akan mengahwini seorang perempuan Ansar. Maka, Rasulullah SAW bersabda: Adakah engkau melihatnya? Lelaki itu menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Pergilah lihat perempuan itu kerana pada mata Ansar terdapat suatu kelainan daripada mata perempuan lain, yang mungkin tidak menarik hatimu.” Riwayat Muslim (3550)
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Humayd al-Sa’idi RA, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu ingin meminang seorang perempuan, tidaklah salah melihatnya dahulu, jika tujuan melihat itu untuk meminang walaupun tidak diketahui oleh perempuan.” Riwayat Ahmad (23602)Seorang perempuan juga berhak melihat lelaki yang ingin dikahwininya bagi memastikan keadaan lelaki tersebut supaya tidak menyesal selepas perkahwinan.
Perlukah Membuat Majlis Pertunangan?
Adapun adat-adat kebiasaan seperti bertukar cincin, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain adalah merupakan adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam.Maksudnya :” Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.” Riwayat al-Baihaqi ( 11762) di dalam Sunannya.
Dan sebaik-baiknya adalah MENYEMBUNYIKAN PERTUNANGAN.
Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Maksudnya: Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan. Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan.
Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:Maksudnya: Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian.
- IRSYAD AL-FATWA KE-163: HUKUM MENYEMBUNYIKAN PERTUNANGAN
- AL-KAFI #819 : HUKUM BERTUNANG BESAR-BESARAN
- AL-KAFI #798 : APA ITU TUNANG?
Senarai Barang Hantaran Untuk Bertunang
Jadi sekarang kita dah tahu serba sedikit tentang maksud pertunangan dan hukum menjalankan majlis pertunangan. Semoga tiada lagi timbul persoalan-persoalan wajib atau tidak buat majlis dan sebagainya.
Sebagai tambahan, aku mahu kongsikan sedikit senarai barang hantaran masa aku bertunang.
Sebelum menyatakan hasrat untuk merisik atau bertunang, aku bawa calon suami merangkap suami aku sekarang berjumpa dengan keluarga aku dahulu. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan calon suami aku kepada kedua orang tua dan meminta restu mereka.
Setelah berbincang, ibu bapa aku menetapkan tarikh untuk suami aku datang ke rumah merisik sekali bertunang. Kami membuat persiapan selama seminggu untuk majlis pertunangan.
Pihak perempuan membuat persiapan untuk menyediakan juadah buat keluarga pihak lelaki yang akan datang. Manakala, pihak lelaki pula menyediakan dulang hantaran untuk pertunangan.
Memandangkan kitaorang orang sabah dan tidak mengikut adat orang Melayu. Jadi adat kami (pihak perempuan) tidak menyediakan dulang untuk pihak lelaki. (Bagi suku kaum Dusun Bonggi).
Sekiranya pinangan diterima dan sepanjang tempoh pertunangan pihak perempuan memutuskan ikatan pertunangan tanpa sebab yang munasabah, maka pihak perempuan wajib membayar denda atau memulangkan kembali apa yang diberikan oleh pihak lelaki (mengikut persetujuan kedua buah keluarga)
Dan sekiranya pihak lelaki memutuskan tali pertunangan, maka pihak perempuan tidak akan memulangkan apa-apa yang telah diberikan oleh pihak lelaki. Apapun bergantung dengan perbincangan keluarga juga.
Keluarga aku tidak menetapkan dulang hantaran. Yang penting cincin dan duit hantaran untuk majlis pernikahan sahaja. Jadi suami aku pada ketika itu memberikan 5 dulang hantaran untuk bertunang dan duit hantaran. (Tiada balasan dulang dari pihak perempuan)
Antara senarai barang hantaran untuk bertunang :
- Set Al-Quran
- Set Telekung
- Cincin Tunang
- Set sejadah
- Set Skincare
- Sirih junjung
- Set jam atau dompet
- Beg tangan
- Kasut
- Set barang kosmetik
- Kain songket
- Set baju kurung / kebaya / Melayu
- Set tudung / purdah
- Set mandian
- Barang perhiasan (rantai, subang, gelang)
- Minyak wangi
- Kuih muih / kek
- Buah-buahan
- Hantaran coklat
- Kain pelikat
- Bunga rampai
- Gong / Keris / Alat tradisional
- Kain pasang / Meter
Kena hati2 jaga pergaulan semasa bertunang. Darah manis katanya...
BalasPadamKejap je dh nak setahun berkahwin.. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah
BalasPadamapa-apa pun kena ikut kemampuan diri dan pasangan juga nak beli hantaran ni.. nice sharing :)
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.