Bismillah
Hari ini nak tulis santai sikit. Waktu pagi macam sekarang nie aku memang suka blogwalking sambil cari idea apa nak tulis hati ini.
Seronok sangat membaca, kemudian tiba-tiba terbaca satu posting berkenaan Nuffnang. Terdetik pula nak tanya khabar akaun Nuffnang aku.
Mengimbau Kenangan Bersama Nuffnang Selepas 6 Tahun
Setelah 6 tahun berlalu, baru hari ini nak tengok apa perubahan dalam Nuffnang. Manalah tau dah upgrade.
Aku masih ingat lagi email yang aku guna, cuma password aku dah lupa. Jadi terpaksa reset password tu balik.
Sedih sangat tengok akaun Nuffnang. Bagaimana kali terakhir aku lihat rupa Nuffnang, begitu juga rupa akaun aku sekarang.
Aku buat akaun Nuffnang dari tahun 2016, dan aku pasang iklannya di blog sehingga tahun 2019. Tetapi sendu sangat earnings Nuffnang walaupun trafik makin meningkat hari demi hari.
Mungkin memang rezeki aku bukan kat sini.
Aku tengok blogger yang sharing berkenaan Nuffnang pun sampai tahun 2019 sahaja. Tahun 2020 dah kurang cerita pasal Nuffnang.
Siapa yang masih pasang iklan Nuffnang kat blog?
nuffnang macam susah nak naik kan. dulu pernah letak jugak
BalasPadamnuffnang terkubur dah rasa huhu. sebab susah nak dapat iklan, sekarang kalau letak iklan nuffnang pun dia x keluar iklan tu
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.