Bismillah
Aku berfikir sebenarnya nak teruskan buat artikel pasal ini atau tidak? Aku rasa selagi aku tak buat artikel ini selagi tu juga aku rasa tak senang.
Agak lama juga berfikir macam mana mahu menyusun ayat untuk menaip artikel ni.
Korang pernah tak rasa macam mana mahu capai keikhlasan dalam menulis? Bukan sekadar kepuasan tetapi ikhlas dalam memberi dan berkongsi sesuatu kepada orang lain.
Susahnya nak ekspress perasaan tu macam mana.
Susahnya nak ekspress perasaan tu macam mana.
Seperti yang korang sedia maklum, aku dah buat blog yang ketiga iaitu Belajar Buat Blog. Kat blog tu aku kongsikan pengalaman berblog, tips dan kemahiran yang aku ada.
Cuma ada sesuatu yang menghalang aku.
Dan aku rasa aku kena berhenti buat kerja servis blog kalau aku mahu teruskan niat aku menulis di Belajar Buat Blog.
Apa Maksud Kerja Servis Blog?
Servis blog ialah kerja yang menawarkan perkhidmatan kemahiran blog yang ada kepada orang yang memerlukan servis berkenaan blog.
Antara kerja servis blog yang aku buat ialah :
- Servis design blog - design template blog, servis pemasangan, coding template, selesaikan masalah template blog.
- Servis berkenaan domain - beli domain, pasang domain blog, selesaikan masalah berkenaan domain.
- Servis Google Adsense - Daftar dan manage Google Adsense, tingkatkan pendapatan Google Adsense, selesaikan isu berkenaan Google Adsense, cari punca masalah Google Adsense.
- Servis Setting Blog & Google Search Console - Bagaimana setting blogger & Google Search Console, Fix error and issues dan masalah yang berkaitan.
- Servis Penulisan Review - Tulis review produk & servis, pengiklanan dan pengalaman menggunakan produk/servis.
- Servis Penulisan Artikel SEO - Tulis artikel SEO (depend niche, panjang artikel, berapa banyak artikel)
- Servis Konsultan - Semak masalah blog, bagi cadangan dan jalan untuk capai matlamat blog
Tanpa mengira pendapatan dari Google Adsense, sebulan boleh mencecah sehingga RM2000+ Dan boleh dapat lebih dari 10 servis blog dalam sebulan.
Itu kalau main kira-kira lah.
Kenapa Buat Kerja Servis Blog?
Aku masih berbelah bahagi juga nak berhenti buat servis blog ni sampailah aku buat blog ketiga. Aku tak tahulah bagi orang lain. Tetapi bagi aku selain konsisten menulis, nak berkongsi dengan orang pun banyak benda yang menghalang aku.
Aku rasa down sangat-sangat. Rasa nak menangis apabila ada bisikan yang tak baik datang.
Kenapa aku nak cerita semua nie?
Sebab tidak ramai yang betul-betul berkongsi apa yang mereka tahu. Kalau adapun yang tahu, pasti mereka akan gunakan kemahiran dan ilmu itu kepada servis. Dalam erti kata lain, korang kena bayar.
Salahkah? Tak salah pun. Sebab bukan semua orang tahu dan ada orang dia memang nak bayar asalkan masalah itu selesai dengan cepat.
Ada orang cuma fokus nak menulis sahaja. Masalah-masalah blog yang lain dorang tak sempat nak tengok. Kalau ada bajet, upahlah orang. Lagi memudahkan kerja.
Itulah tujuan aku buat servis blog dulu. Nak mudahkan kerja orang lain sambil jana pendapatan.
Patutkah Aku Berhenti Buat Kerja Servis Blog?
Jadi sekarang apa masalahnya?
Aku berfikir adakah patut aku berhenti buat kerja servis blog? Aku rasa aku tak dapat nak menulis di Belajar Buat Blog sebab aku buat servis blog tu.
Dalam erti kata lain, servis blog itulah yang aku nak kongsi dengan orang.
Jadi kalau aku kongsi maksudnya aku tak perlu lagilah nak buat servis blog sebab korang dah boleh buat sendiri nanti. Sebagai contoh sebelum nie upah aku nak design blog, beli domain, setting blog dan sebagainya.
Korang tak perlu lagi bayar semua servis tu. Hanya perlu baca blog Belajar Buat Blog saja.
Korang tak perlu susah-susah pun bayar. Apa yang aku tahu aku kongsi di blog. Cuma mungkin ambil masa untuk kongsi semuanya.
Itulah yang buat hati aku berbelah bahagi.
Kadang ada yang tanya aku pasal blog. Bukan tak nak kongsi tetapi aku cuba untuk manage topik-topik yang aku mahu kongsikan di blog. Ada ramai yang tanya pasal keyword, macam mana nak naikkan adsense dan banyak lagi.
Aku mahu tolong tetapi tak semudah bagi jawapan. Aku mahu mudahkan pembaca dan orang yang betul-betul mahu belajar tentang blog.
Let's say macam ni tau. 10 orang email semua tanya benda yang sama. Jadi untuk lebih memudahkan lebih baik aku buat artikel terus supaya semua orang dapat manfaatnya gitu.
Sebab kadang nak ajar sorang-sorang tu agak rumit juga sebenarnya. Oleh sebab itulah ada certain isu aku terpaksa mengenakan caj servis blog. Ada orang nak settle masalah cepat. Ada orang yang nak tahu cara bagaimana nak settle masalah.
Hmmm ..Entahlah.. Aku pun tak tahu macam mana.
Agaknya korang faham tak apa yang aku cuba nak sampaikan?
Sangat tak patut XD because other than extra income, you di it for fun also? no?
BalasPadamMisaki rasa Sii patut teruskan, but anyway if lots of people asking, I will say, Sii.. take initiative ajar dekat Udemy one by one with a video process and stuff, full courses blogger. Dapat income, dapat sahre ilmu, diorang dapat sijil Udemy.
Idk lah, tapi belajar dkt udemy mudah sbb ada video and step by step TT^TT and can take time and save note also
Ikut kemampuan nurul... LeYa pun ikut mood... Kalau org tanye, leys buat la sikit2
BalasPadamjangan pernah berhenti, mana tahu ini sumber pendapatan awak lepas ni, cuma mungkin boleh limitkan berapa blog yang nak diamik servis dalam satu bulan. Rileks2 aje okey hehe
BalasPadamasalkan happy cukuplah... kalau stress, nanti dapat penyakit macam macam pula
BalasPadamKalau berhenti hilang satu punca pendapatan. Tak semua orang dapat faham dan selesaikan sendiri masalah blog melalui pembacaan. Langkah mudah ambil servis. Kalau teruskan servis tak sempat nak berblog pula kan. Ikut kemampuan ye Nurul.. Insya Allah boleh..buat enjoy2 je, jangan stress..
BalasPadampilih yang nurul rasa happy utk buat^^
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.