Bismillah
Hari ini aku nak berkongsi cerita santai sikitlah tentang pengalaman menetap di Pontian, Johor selama hampir setahun. Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah perbezaan antara di Pontian dan Sabah dari segi budaya, makanan, persekitaran dan sebagainya.
Aku tak mention Johor sebab aku belum pernah pergi ke semua daerah di Johor lagi.
Dari perspektif aku sendiri sebagai orang Sabah yang menetap di Pontian ni memang banyak sangatlah perbezaan. The good and the bad. So, hopefully korang boleh berfikiran terbukalah ya.
1. Tidak bagi signal kereta
Sorry to say kebanyakkan orang di sini aku tengok tidak menggunakan signal kereta setiap kali nak masuk simpang.
Di sabah pun memang ada juga yang tidak bagi signal kereta. Tetapi di sini banyak sangat kereta tak bagi signal.
Setiap kali jalan, setiap kali tu juga aku nampak. Aku tak naklah cakap pasal signal ni sebenarnya cuma memang nampak sangat perbezaan orang di sini apabila berada di jalan raya.
Aku tinggal di kawasan bandar di Kota Kinabalu jadi setiap hari berhadapan dengan kesesakan lalu lintas. Kalau di Sabah memang ada yang tidak bagi signal tetapi boleh dikira lagi.
Kebanyakkan pengguna jalan raya di sini agak kurang sabar berbanding di Sabah. Lambat sikit kena hon.
For those yang tidak pernah lagi pergi Sabah, sesak macam mana pun jalan raya tu, lambat 10 saat di trafik light tu jaranglah kena hon oleh orang lain.
Paling pun orang Sabah maki dalam kereta sahaja. Hahaha~ Tidak kiralah di Johor ataupun Sabah, orang Melayu, Cina India, Dusun ka. Please use your signal.
2. Cuti Hari Jumaat & Sabtu
Aku sampai sekarang masih binggung lagi dengan hari di sini. Kalau di Sabah cuti weekends setiap hari Sabtu dan Ahad. Memandangkan aku pun just stay di rumah sahaja dan jarang keluar rumah jadi aku tidak terasa sangat juga pun.
Cuma setiap kali ada urusan tu pandai terlupa juga bab cuti weekends tu. Sampai pejabat sahaja tutup sebab cuti hahaha.
3. Waktu Solat
Yang nie memang kebanyakkan orang tahu lah memang waktu solat di Sabh dan Johor tak sama. Di pontian waktu solat ada beza sejam. Kalau di Sabah dah masuk Isyak, kat sini baru Maghrib.
Apatah lagi kalau puasa Ramadan memang terasa sangatlah perbezaan waktu. Video call dengan family, dorang dah start sungkai, kami di sini belum lagi berbuka puasa. Hahaha
4. Peluang Pekerjaan
To be honest, peluang pekerjaan di sini lebih banyak berbanding di Sabah. Oleh sebab itulah orang Sabah banyak merantau ke Semenanjung.
Di Pontian nie aku tengok ramai cashier dalam kalangan lelaki, even Cina dan India pun ada. Kalau korang pergi Sabah, jarang ya nampak cashier lelaki. Ada tapi tidak ramai. Apatah lagi di supermarket memang jaranglah.
Even kedai kasut perempuan pun orang lelaki yang jaga. Memang rasa kecewa jugalah dengan peluang pekerjaan di Sabah.
Jangan cakap soal gajilah, di Sabah ada majikan yang tawarkan gaji RM500 sahaja. Korang boleh bayang tak dengan kos sara hidup di Sabah yang lagi tinggi berbanding di Johor.
5. Kos Sara Hidup
Kos sara hidup di sini jauh lebih rendah berbanding di Sabah. Harga rumah teres boleh dalam sekitar RM500 - RM1000.
Korang carilah di Sabah rumah teres harga macam tu. Memang korang tak jumpa. Paling rendah korang boleh dapat RM900 - RM1800 sebulan.
Bayangkan gaji rendah, kos sara hidup tinggi. Tidak hairanlah di Sabah ramai yang golongan berpendapatan rendah dan miskin.
Dan oleh sebab itu juga orang sini ramai yang mampu beli kereta. Jadi bersyukurlah korang bukan tinggal di Sabah.
Dari segi perbelanjaan pun memang jauh beza. Di semenanjung setiap kali harga naik mesti terasa kan? Bayangkan harga naik tu baru sikit sahaja di bandingkan dengan harga naik di Sabah.
Kalau di sini harga barang naik RM2-RM5, kalau di sabah 2x ganda lagi dari harga di sini. Bayangkan duit RM300 boleh beli barang 1 troli.
Bila call Mama, RM650 baru dapat beli barang sampai 1 troli. Itupun barang keperluan asas. Bukan barang sampingan.
Sedih tau sebenarnya. Semuanya salah pemimpin. Tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, sama sahaja. Tiada kemajuan dan perubahan untuk rakyat Sabah.
Rakyat semakin ditindas. Geram tau!
6. Pantai & Sunset
Antara benda yang aku paling rindu sekali ialah pantai dan sunset di Sabah. Di pontian ni tiada pantai. Kalau nak pergi pantai kena pergi Desaru atau Mersing. Aku dah pernah pergi Desaru juga memang lawa juga.
Bukan tak boleh pergi, cuma tiada masa nak pergi. Dan perlukan bajet juga. Hahaha
Kalau di Kota Kinabalu, korang nak pergi Tanjung Lipat atau Tanjung Aru setiap hari pun tiada masalah. Tak perlu bermalam di hotel atau homestay.
Dari segi keindahan alam, tidak dapat menandingi Sabah lagi lah. Just my opinion.
7. Pisang Goreng & Martabak
Memang banyak makanan yang sedap di Pontian. Tetapi lagi sedap kalau ada pisang goreng dan martabak. Hahaha
Pisang goreng di Pontian tak sama dengan pisang goreng di Sabah. Apa yang aku maksudkan di sini ialah cara goreng tu tak sama.
Nak beli pisang saba pun susah huhu. Terpaksa tunggu lelong setiap hari Isnin & Jumaat baru dapat beli pisang saba.
Martabak di Pontian pun tak sama. Jadi susahlah nak cari makanan yang diidamkan setiap kali rindu kampung halaman haha.
Rasanya itulah pengalaman yang aku dapat kongsikan selama hampir setahun aku menetap di Pontian. Don't get me wrong, I really love Pontian! Apa yang aku kongsikan di sini cuma perspektif aku sebagai seorang perantau yang menetap di Negeri orang.
Mungkin ada yang berasa kurang senang dengan apa yang aku tulis. Korang just ambil yang positif sahaja okay.
At least korang boleh tahu apa yang orang lain fikir tentang Negeri mereka kan?
saya dpt merasakan perbezaan sebegini apabila mula2 mengajar di Papar pd thn 1997. Byk cara yg berbeza dgn kg sy di Kelantan tp lama2 sy sudah buleh adaptasi. sampai buleh cakap Sabah, bah! Tapi sejak bertukar ke Kelate pd 2001 x reti dah cakap sabah. huhuhu...
BalasPadamOhh Jadi orang Johor ye sekarang. Kalau dari Sabah Sarawak ke semenanjung memang terasa bezanya. Ada baik ada buruk.
BalasPadamOhhh..duduk area Johor ya.. Ada betul jugak tu.. Part org Sabahan kerja sini ramai..mmg betul..sebab department Sy skrg pun ada orang Sabah BHA...Pisang goreng pulak..kuahnya lain Kan... Tapi Kalau area tmpt Sy..Pasir Gudang sini, ada mcm kwsn team Sabahan..so maybe boleh masak masak Dan kumpul together..if rindu nak makan makanan Sabah..Sy makan karipap intinya Mee masa tu..beli ngn gerai org Sabah tu..Gerai jual srpn pg je..hehe
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.