Bismillah
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Mengenang kembali sepanjang 7 tahun berblog, pelbagai suka dan duka aku bersama blog ini.
Daripada partime kepada blogger sepenuh masa.
Daripada ZERO sehingga sekarang.
Aku yang dulu tidak tahu apa-apa macam mana nak jana pendapatan dengan blog.
Aku yang dulu tidak tahu langsung apa-apa tentang SEO.
Aku yang dulu tidak tahu macam mana nak tarik trafik ke blog.
Kalau diingat balik moment aku decide jadi fulltime blogger, aku rasa macam mahu menangis pun ada.
Aku tak sangka selama ini hanya tengok orang lain sahaja dapat bayaran Google Adsense. Selama ini hanya mampu bermimpi sahaja untuk dapat pageview berjuta-juta.
Sekarang, apa yang aku impikan selama ini jadi kenyataan. Dan untuk sampai ke tahap ini tidak terluah bahawa susah dan pahitnya jalan menjadi blogger sepenuh masa ini.
Alhamdulullah, Allah permudahkan.
Alhamdulillah, Allah yang menjadikan impian ini jadi kenyataan.
Journey Google Adsense
- 2017 - Kali pertama Google Adsense diluluskan
- 2018 - Terima surat PIN verifikasi
- 2019 - Terima bayaran pertama Google Adsense
- 2020 - Earning 1-5USD sehari
- 2021 - Terima bayaran Google Adsense setiap bulan
- 2022 - Masih usaha untuk kekalkan income setiap bulan
Disebalik bayaran Google Adsense kali ke-24, banyak sudah yang aku lalui. Orang lain hanya nampak kita punya hasil dan pencapaian sahaja.
Kesusahan dan kerja keras kita orang tidak tahu.
Nasihat aku buat para blogger, jangan putus asa. Walaupun penadapatan korang mungkin 0.01 sen. Teruskan menulis walaupun mungkin blog kita tidak dipandang. Teruskan berkongsi walaupun trafik kita sendu. Blog kita adalah perjalanan kita.
Cepat atau lambat, apa yang kita usaha pasti akan membuahkan hasil. InsyaAllah
Alhamdulillah, tahniah
BalasPadamTahniah buat awak. Saya masih sen sen setiap hari. Haha! Harap dapat jadi macam awak juga insyaallah.
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamRezeki jadi blogger
Alhamdulillah... tahniah Nurul... mmg boleh jd blogger pakar dh ni
BalasPadamtahniah nurul. akak sekali pon belum dpt lg..
BalasPadamAlhamdulillah rezeki.. 24 kali dh tu memang boleh jd blogger yg berjaya
BalasPadamwow...congrats!!!
BalasPadamTahniah Nurul...bukan senang nak maintain income adsense setiap bulan..
BalasPadamAlhamdulillah! ye bukan senang nak dapat..
BalasPadamTahniah.. masih dalam proses dapat kan adsense. huhh
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.