Type Here to Get Search Results !

Macam Mana Korang Boleh Menulis Sehingga 100 Artikel Sebulan?

Assalamualaikum
Bismillah

Macam mana korang boleh ada motivasi menulis sehingga 100 artikel sebulan? Ada ramai blogger yang aku sangatlah respect kerana mereka boleh menulis 50 - 100 artikel sebulan. 

Aku belum sampai ke tahap macam tu lagi walaupun aku mahu juga sebenarnya menulis lebih banyak, lebih kerap dan kalau boleh setiap hari. 

Macam Mana Korang Boleh Menulis Sehingga 100 Artikel Sebulan?

Ada beberapa sebab kenapa susah nak menulis banyak artikel di blog. 

1. Fokus dengan niche blog

Blog yang fokus dengan niche bagi aku sangat sukar nak buat artikel yang banyak. Sebagai contoh untuk blog aku yang fokus dengan tips-tips blogging memerlukan banyak bacaan dan rujukan. 

Untuk menulis satu tips blogging sahaja aku perlu banyak membaca dan kena buat perkaitan dengan pengalaman aku berblog. 

2. Kualiti Artikel

Bagi aku yang fokus kepada artikel SEO dan berkualiti memang memerlukan masa untuk menyiapkan satu artikel. Konten yang memerlukan penjelasan yang terperinci mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Disebabkan ia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan satu artikel. Maka, sebulan hanya dapat publish 3 - 5 artikel sahaja. 

3. Panjang Artikel

Patah perkataan juga mempengaruhi aku untuk menulis artikel dengan banyak. Semakin banyak jumlah perkataan untuk setiap artikel semakin lama juga masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan artikel tersebut. 

4. Gambar

Belajar Buat Blog memerlukan banyak gambar dalam setiap artikel. Hal ini demikian kerana blog tersebut banyak berkongsi tentang tutorial seta tips-tips blogging. 

Semakin banyak gambar yang perlu di upload, semakin banyak juga gambar yang kita perlu edit. Sebelum upload di blog kenalah edit dahulu untuk ringankan kecepatan blog. 


Macam Mana Korang Boleh Menulis Sehingga 100 Artikel Sebulan?

Ada ke blogger yang menulis sehingga 100 artikel sebulan? 

Adaaaaaa~

Salah satunya blogger yang menulis banyak artikel ialah :
  • azhafizah.com | Blog Sihatimerahjambu
  • kasihkuamani.blogspot.com | Kasihku Amani
  • arhanajafri.com | Farhana Jafri
Setakat ini itu sahaja blogger yang aku nampak paling banyak post. Ada ramai lagi blogger lain cuma tak tersenarai.

Memang aku respect dengan semangat mereka konsisten menulis di blog. 

Aku belum mampu lagi untuk tulis banyak di blog. Tetapi aku cuba untuk menulis 20 artikel tahun ini. InsyaAllah. 

Tags

Catat Ulasan

5 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Betul tu.. blog fiza mmg setiap hari updated.. sy pun kagum dgn blogger yg tersenarai di atas tu.. xpe nurul, org putih kata less is more.. just fokus dgn niche blog sendiri.. lainlah lifestyle blogger semua simpan kt blog 😂😂 tu pn x jugak update setiap hari ikut mood.. mcm sy lah 🤭🤭

    BalasPadam
  2. Saya pun kagum dengan semangat mereka. Saya sendiri kalah dengan diri sebab setiap kali nak post artikel banyak perkara saya teliti. Sudahnya makan masa

    BalasPadam
  3. Respectlah dengan blogger yang boleh buat 100 artikel sebulan itu. Kak net nak lepaskan 10 pun terkial-kial. Jenuhlah kumpul kekuatan.. kiki

    BalasPadam
  4. Ya Allah, gigih betul lah kalau sampai 100 artikel sebulan.... Hahaha.. Saya cukuplah kalau dapat 30 sebulan... Itupun kadang memang kurang lagi... Kekangan masa.. tak full time blogging... Nak try.. tapi x try lagi.. Haha

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad