Bismillah
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Walaupun target 200k pageviews untuk Bulan Oktober tak tercapai, tetapi bolehlah sampai juga 199k pageviews. Sebenarnya nak target 10 juta pageviews untuk tahun ini. Tetapi nampaknya tahun depan baru dapat kot.
Apa yang aku buat untuk tingkatkan trafik blog?
1. Update dengan lebih kerap & konsisten
Salah satu penyumbang untuk peningkatan trafik blog adalah dengan menulis dengan kerap dan konsisten. Sekiranya korang perhatikan kat blog ini aku post artikel 10 - 13 artikel sahaja sebulan. Dan pada bulan oktober aku post sebanyak 17 artikel.
Biasanya pageviews blog dalam sebulan anggaran 140k - 160k sahaja. Tetapi apabila aku post dengan kuantiti yang banyak, trafik blog meningkat sedikit daripada biasa.
Apa yang aku dapat simpulkan untuk dapatkan 200k pageviews, aku kena post sekurang-kurangnya 20 artikel setiap bulan. InsyaAllah, bulan November ini aku usahakan untuk menulis 20 artikel.
2. Post di media sosial
Selain itu, setiap kali aku update blog, aku akan kongsikan link di facebook dan telegram. Kebanyakkan trafik blog aku juga datangnya daripada media sosial.
Jangan sekadar post link artikel blog sahaja korang kenalah buat storytelling sikit. Aku bukannya pakar pun bab storytelling ni.
Sekiranya korang tukar ke mode professional boleh nampak lah insight ni. Walaupun tak banyak yang likes, tetapi engagement dan clicks tu yang penting. Dan kalau ramai yang share posting korang lagi bagus tau.
3. Kata kunci artikel
Di samping itu, aku selalu kemaskini kata kunci artikel blog. Korang boleh tengok kata kunci artikel yang muncul di Google Search Console.
Kata kunci yang muncul tu yang korang masukkan dalam artikel blog. Sekiranya tiada kata kunci yang keluar, maksudnya artikel blog tidak mempunyai keyword yang sesuai.
Apabila kata kunci korang mengena, artikel tersebut akan mendapat tempat di halaman pertama Google seperti yang korang lihat pada gambar sebelah kiri di atas. Dan biasanya artikel yang trending sentiasa dicari oleh pengguna.
4. Fokus dengan artikel evergreen
Artikel evergreen ini adalah artikel yang bermanfaat dan sentiasa dicari oleh pengguna. Salah satunya ialah transfer duit BSN.
Contoh lain, persediaan sebelum bersalin, tips hilangkan sakit gigi, ubat untuk selesema, daftar anak tahun 1 dan banyak lagi.
Paling senanglah kan korang tulis artikel yang berkaitan dengan kewangan, kesihatan, kecantikan, teknologi dan pendidikan.
5. Waktu publish artikel yang sesuai
Aku perasan trafik blog aku meningkat apabila aku publish artikel pada waktu tertentu. Ada yang kata sekiranya post artikel sebelah pagi atau malam lebih bagus. Tetapi pada pendapat aku lebih baik buat analisis sendiri pembaca blog korang lebih aktif di blog korang pada waktu bila?
Setakat itu sahaja perkongsian ini. Semoga bermanfaat dan semangat berblog ya!
Tahniah!
BalasPadamTeruskan usaha menulis.
Hebatnya, tahniah!
BalasPadamWahh bnyak tips berguna ni. Dah lama X target pv banyak ni. Skrg tulis suka2 je. Maybe boleh try tips2 n kmbali berblogging
BalasPadamSemoga terus sukses lagi Nurul.. :)
BalasPadamAda tips tak untuk tahu bila waktu sesuai posting?
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.