Bismillah
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Allah permudahkan segalanya bercuti di Sabah selama 2 minggu. Cuti 2 minggu terasa seperti 3 hari sahaja. Memang tidak puas bila balik kampung halaman.
Alhamdulillah syukur sangat kerana Allah permudahkan perjalanan kami. Cuaca semasa kami berjalan pun baik. Syukur kerana Allah mudahkan kami untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga.
Sejak dari mendarat ke Sabah langsung tiada rehat. Sekali rehat pun untuk tidur sahaja. Suami yang banyak berkorban mata memandu sepanjang di Sabah.
Alhamdulillah apa yang kami rancang Allah permudahkan semuanya. Apa yang kami inginkan Allah bagi lebih baik dari apa yang kami harapkan.
Sepanjang 2 minggu memang kami manfaatkan masa sepenuhnya dengan keluarga kerana bukan selalu dapat jumpa.
Johor Bahru ⇒ Kota Kinabalu, Sabah
Penerbangan dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu, Sabah. Dah setahun tak naik flight.
Dapat seat dekat tingkap tetapi tukar seat dengan husband. So suami yang ambilkan gambar pemandangan dari atas kapal.
Kami punya flight dalam jam 6.30 petang. Sampai kat Sabah jam 9 malam juga. Disebabkan penat sangat. So tiada gambar apa-apa waktu nie.
12 Tempat Menarik di Sabah Untuk Bercuti Bersama Keluarga
Kami stay di KK tak lama pun. Keesokkan harinya kami terus ke Kudat. Dan memang sangat sibuk dah selepas itu sebab banyak sangat urusan.
1. Pantai Kelambu, Kudat
Alhamdulillah, salah satu wishlist bila dapat balik Sabah nak bawa family berkumpul bersama-sama berkelah di pantai. Masa ni memang risau sangat sebab cuaca kat Sabah hujan sahaja.
Alhamdulillah masa ni Allah mudahkan semuanya. Cuaca pada hari tersebut sangat baik. Jadi kami dapat spent masa seharian di Pantai Kelambu, Kudat.
Pantai Kelambu, Kudat |
Antara aktiviti yang kami lakukan ialah BBQ dan sembang dengan family. Disebabkan kami jarang dapat balik jadi family aku dan suami pun tiada kesempatan nak berkenalan dan sembang-sembang sejak kami berkahwin.
Alhamdulillah, niat nak mengeratkan hubungan antara keluarga dan meluangkan masa bersama-sama adik tercapai.
Pantai Kelambu, Kudat |
Kalau kat Kudat nie, Pantai Kelambu adalah favourite aku sebab pantainya yang cantik, bersih, dan rasa nyaman. Dan memang tenang sebab kalau kat sini tiada line internet. Jadi tiada masa pun nak tengok handphone haha~
Family aku jarang dapat balik ke Kudat. Oleh itu aku rasa bersyukur sangat-sangat dapat bawa mereka ke sini.
Bukan itu sahaja, aku juga dapat jumpa pakcik dan makcik aku setelah sekian lama tak jumpa. Walaupun tidak dapat meluangkan masa dengan mereka macam dulu aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk berjumpa dan kenalkan suami aku kepada mereka.
2. Esplanade Sidek Kudat
Esplanade Sidek, Kudat |
Sempat bergambar di Esplanade Sidek Kudat. Cuaca tak berapa baik masa nie jadi kami terus balik KK. Tak semua kami adik-beradik dapat berkumpul.
Dan aku happy juga sebab dapat kenalkan family dan adik-adik aku dengan keluarga husband. Dapat makan bersama dan sembang santai.
3. Centre Point Shopping Mall
Alhamdulillah, masa di Kota Kinabalu pula kami dapat bawa adik-adik aku tengok wayang Mechamato di Centre Point Shopping Mall. Dulu harga tiket wayang RM8 sahaja. Sekarang dah naik RM10-12 untuk dewasa.
Mechamato Movie Ticket |
Nak tahu best atau tidak Mechamato Movie nie, korang tengoklah sendiri hehe. Kemudian, kami pergi ke bahagian Arcade untuk main permainan game. Ada pelbagai jenis game boleh dimain sesuai mengikut umur. 1 token berharga 0.60sen.
Memandangkan cuaca tidak baik pada hari tersebut kami bercadang untuk pergi ke Lok Kawi keesokkan harinya.
4. Lok Kawi Wildlife Park
Lok Kawi Wildlife Park |
Taman Hidupan Liar Lok Kawi merupakan tempat pertama dalam wishlist aku nak pergi setelah balik Sabah. Aku nak adik bongsu aku lihat dan rasakan pengalaman melihat haiwan yang sebenar. InsyaAllah aku akan buat full review kemudian.
5. Balai Seni Lukis, Sabah
Antara tempat menarik yang kami pergi di Kota Kinabalu ialah Sabah Art Gallery. Memang sesuai sangat bawa kanak-kanak ke sini untuk melihat lukisan dan seni yang ada.
Tiket juga agak murah. Dan tempat ini menjadi tarikan untuk berOOTD haha.
Aku suka sangat reka bentuk bangunan Balai Seni Lukis. Setelah itu, kami pergi ke Perpustakaan Negeri Sabah yang berdekatan dengan Balai Seni Lukis.
Tetapi kami tidak bernasib baik tak sempat nak pergi ke Petrosains kerana perpustakaan awal tutup. InsyaAllah next time pergi sini lagi.
6. Taman Ujana Rimba Tropika
Tak dapat ke perpustakaan, kami singgah ke Taman Ujana Rimba Tropika yang berhampiran. Aku suka sangat taman ini sebab luas dan sangat sesuai untuk berjoging. Cuma agak jauh dari rumah.
Kami tak dapat lama di sini sebab cuaca hujan.
Taman Ujana Rimba Tropika |
7. Perpustakaan Tanjung Aru
Pada hari Sabtu pula aku teman adik jumpa kawan-kawannya di Perpustakaan Tanjung Aru. Perpustakaan Tanjung Aru merupakan tempat favourite aku semasa masih belajar.
Terdapat banyak seksyen seperti bahagian untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan rujukan. Tempat ini memang menjadi tarikan untuk pelajar sekolah buat assignment dan mencari rujukan.
Perpustakaan Tanjung Aru |
8. Pantai Tanjung Aru
Selepas ke perpustakaan memang tak sah kalau tak singgah di Pantai Tanjung Aru. Tempat ini menjadi tarikan para pelancong untuk melihat Sunset.
Pantai Tanjung Aru |
Aku tidak dapat spent masa lama di KK sebab cuti kami tidak lama. Pada hari Isnin kami terus balik ke Kudat sebab esoknya kami nak ke Kundasang pula.
Walaupun planning last minute, Alhamdulillah dapat juga bawa family husband ke Kundasang. Kami menyewa di D'Ezila Homestay Mesilou untuk 1 malam.
9. Sosodikon Hill Kundasang
Pada hari pertama di Kundasang kami pergi ke Sosodikon Hill Mesilou Kundasang. Bayangkan nak bukit pakai selipar sahaja. Memang tiada persediaan langsung. Haha
Sebab kami tidak terfikir pun nak naik bukit. Alhamdulillah mujurlah pada hari itu tidak hujan, kalau tak memang licin jalan nak naik bukit.
10. Mesilou 3 Sixty Peak
Pada keesokkan harinya pula kami pergi ke Mesilou 3 Sixty Peak untuk melihat pemandangan Gunung Kinabalu dari dekat.
Bukit ini lagi tinggi dari Sosodikon Hill. Dan kalau nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu kena datang awal sebelum jam 8 pagi. Sebab selepas itu memang dah tak nampak gunung kerana ditutupi oleh kabus.
11. Kunsadang War Memorial
Ini kali kedua aku pergi ke sini. Cuma kali ini aku pergi bersama suami dan keluarga. Aku tak dapat ambil gambar banyak sangat sebab memori dah penuh.
12. Kedai Bunga Kundasang
Dan tempat yang wajib dikunjungi di sini ialah Kedai Bunga Kundasang. Ada banyak kedai bunga yang menarik di sekitar Kundasang.
Cuti selama 2 minggu di Sabah memang tak puas kalau nak berjalan-jalan. Rindu nak meluangkan lebih masa bersama keluarga. Tetapi apakan daya, masa dan kerja sangat mencemburui kami.
Maaf tak dapat letak gambar banyak sangat sebab kebanyakkan gambar bersama keluarga.
Sekiranya korang berkesempatan untuk ke Sabah jangan lupa tau pergi ke tempat yang aku nyatakan.
Alhamdulillah, berjaya ambil peluang untuk kenalkan dua keluarga. semoga lebih erat hubungan keluarga lepas ni. Dah lama betul tak ke Sabah. Kami tak pernah lagi sampai ke Kudat, setakat berjalan2 di KK dan Kundasang je.
BalasPadamlama nak ke sabah ni, bolehlah refer sini nnti
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.