Bismillah
Hari ini aku nak kongsi sedikit tentang kerjaya aku sebagai blogger sepenuh masa. Ramai yang tanya macam mana nak jana pendapatan dengan menyediakan 'servis blog'?
Sebelum itu, kenapa aku memilih untuk membuat servis blog? Hal ini demikian kerana pada awal aku jadi blogger sepenuh masa banyak perkara yang aku tak tahu seperti SEO, masalah tentang Google Adsense, teknikal blog dan lain-lain.
Dan tidak ramai yang mahu tolong hahaha~ Bukanlah aku kata kawan blogger yang lain tak nak tolong, tetapi kebanyakkan dorang sendiri kurang tahu nak selesaikan sesuatu masalah dalam blog.
Dan aku pula segan nak tanya orang banyak kali. Hahaha~ Baru aku jenis tak nak tanya sekali saja. Kalau boleh banyak benda aku nak tanya dan belajar.
Tetapi kadang orang pun rimas kan asyik kena tanya saja. Jalan terakhir adalah dengan 'belajar' sendiri. Dan belajar dari rakan blogger yang berkongsi tips tentang blog.
Alhamdulillah setelah beberapa tahun, ada beberapa orang yang contact nak minta tolong selesaikan masalah blog. Dari sanalah bermulanya kerja servis blog.
Bagaimana Jana Pendapatan Dengan Servis Blog Sebagai Blogger Sepenuh Masa?
1. Kumpul pengalaman dengan bereksperimen di blog sendiri
Sejak aku memilih untuk jadi blogger sepenuh masa, servis blog antara kerja yang aku buat setelah beberapa tahun aku berblog.
Dulu aku langsung tidak terfikir pun nak buat servis blog kat orang. Sejujurnya aku memang tidak berani.
Hal ini demikian kerana banyak sangat risiko sekiranya kurang pengalaman dan pengetahuan untuk buat servis blog seperti masalah template, pageviews menjunam, iklan blog hilang, loading blog lambat dan kemungkinan besar artikel mempunyai masalah crawling dan indeks.
Apa yang aku buat ialah aku banyak melakukan try and error di blog sendiri.
Antaranya ialah :
- Belajar bagaimana nak design dan edit template
- Kenal pasti masalah-masalah blog
- Berani ambil risiko untuk mencuba perkara baru
- Belajar bagaimana memilih template mengikut niche
- Kenal pasti kekuatan & kelemahan blog
- Belajar menulis keywords & SEO
- Sentiasa melakukan audit blog
- Mengikuti perkembangan SEO & Google Algorithm
Sebenarnya ada banyak lagi yang aku buat. Pada awal aku putuskan untuk jadi blogger sepenuh masa aku dapat banyak job penulisan review. Kemudian aku mula belajar untuk design template blog.
Aku banyak belajar tentang cara pilih template yang sesuai untuk blog. Aku belajar bagaimana memilih template yang dapat naikkan prestasi blog. Dari sana juga aku tahu serba sedikit tentang Google Search Console.
Apabila godek Google Search Console nie rupanya banyak lagi benda yang aku tak tahu. Disebabkan nak tahu solusi kepada masalah teknikal blog, slowly blog aku mula meningkat prestasinya.
Melalui pengalaman itulah aku jadikan ia sebagai servis blog. Apa yang aku tahu dan perkara tersebut membantu naikkan prestasi blog aku akan buat kat blog orang lain.
2. Bantu Selesaikan Masalah Blog
Pada mulanya aku cuma bantu rakan-rakan blogger untuk selesaikan masalah blog. Dan aku memang banyak offer rakan-rakan yang lain sekiranya ada masalah dengan blog, boleh contact saja.
Tujuannya adalah untuk kumpul banyak pengalaman. Dan lagi complicated masalah blog tu lagi aku suka untuk bantu. Dah banyak jenis masalah yang aku jumpa. Dari sekecil-kecil perkara sehingga yang paling rumit.
Malah, ada yang aku sampai 'give up' dah sebab tak tahu apa jalan penyelesaiannya. Dan menjadi satu kepuasan apabila berjaya mencari solusi untuk sesuatu masalah.
Antara kerja yang aku pernah buat :
- Daftar dan memohon Google Adsense sehingga lulus
- Setting blog, Google Analytics, Google Search Console
- Tulis artikel SEO mengikut niche
- Design template blog
- Selesaikan masalah yang berkaitan dengan domain
- Semak masalah blog
- Buat plan rancangan untuk blog
- Konsult blog
Aku akan usahakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak klien sekadar yang aku mampu. Aku tidak buat kerja yang aku tak tahu.
3. Berkongsi tips tentang blog
Kebanyakkan tips blogging yang aku kongsikan di blog ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan servis blog yang aku pernah buat.
Setiap kali aku belajar sesuatu yang baru aku akan kongsikan di blog untuk dijadikan rujukan. Malah aku sendiri jadikan blog aku sebagai rujukan.
Sebagai contoh aku nak memohon Google Adsense aku akan catat apa yang aku perlu buat sebelum memohon Google Adsense.
- Tips sebelum memohon Google Adsense
- Cara memohon Google Adsense
- Bagaimana proses untuk dapatkan PIN
- Cara isi form untuk payment Google Adsense
Semua proses aku akan tulis untuk dijadikan rujukan. Bukan itu sahaja, setiap kali aku belajar benda baru melalui servis blog yang aku buat, aku akan tulis di blog ini.
4. Personal Branding
Bagi aku personal branding adalah sangat penting. Personal branding adalah suatu proses untuk membina identiti diri yang kuat dan unik. Apabila personal branding kita kukuh, orang lain lebih percaya dengan kepakaran, ilmu dan kemahiran kita.
Cara untuk meningkatkan personal branding adalah melalui media sosial. Aku banyak kongsikan kerja-kerja blog aku di facebook. Mulanya aku cuma berkongsi supaya orang lain pun boleh mendapat manfaat juga.
Alhamdulillah, rezeki Allah selalu datang tak diduga. Ramai yang hubungi dan email untuk minta servis blog dari aku.
5. Bina Portfolio Untuk Servis Blog
Portfolio sangat penting sekiranya kita menjalankan servis blog. Hal ini demikian kerana orang lain nak tengok hasil kerja kita sebelumnya.
Apa yang perlu ada dalam portfolio?
- Ringkasan tentang blog
- Kepakaran atau kemahiran yang kita ada
- Statistik data - Trafik dari blog, google analytics
- Servis yang ditawarkan
- Hasil kerja (Testimoni/Review/Komen orang tentang servis)
- Rate card
- Terma & Syarat
Portfolio ini korang boleh buat sendiri secara kreatif. Biasanya klien cuma nak tengok apa yang kita tawarkan kepada mereka serta harga servis yang ditawarkan.
Korang juga bebas untuk tentukan harga untuk servis yang korang buat. Sepanjang aku buat servis blog apa yang penting bagi aku adalah kepuasan klien.
Apabila dorang berpuas hati dengan servis kita, dorang akan rekomenkan dengan orang lain. Malah ada yang memang tak nak servis orang lain dah.
Apa yang aku boleh katakan, nak buat servis blog kena ada ilmu, kemahiran dan pengalaman. Lagi banyak kita belajar tentang blog lagi banyak servis yang kita boleh tawarkan dengan klien.
wah best bila ada kepakaran tersendiri
BalasPadamwahhh bagusnyaaaa👍👍👍👍sy minta jg buat keje2 mcm ni tp tu laa ms x mengizinkan sbb ada kerja hakiki. apa2 pn all the best tau!
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.