Bismillah
Setiap kali solat, pada sujud yang terakhir selalu kita lihat kebanyakkan sujudnya lama. Dalam sujud itu diselitkan doa. Kata Ustadz Adi Hidayat sebenarnya kita boleh selitkan doa dalam setiap sujud.
Kata Syeikh Muhd Zainul Asri doa ini khusus untuk hamba Allah yang inginkan kejayaan. Kejayaan dalam apa jua aspek kehidupan di dunia mahupun akhirat. Sebelum menyatakan hajat kita kepada Allah mulai dulu dengan lafaz ini.
Antara doa yang boleh kita baca adalah doa di bawah ini.
يا مسبب الأسباب
Ya Musabbibal asbab
"Wahai Tuhan yang menjadi penyebab kepada segala sebab"
يا فاتح الأبواب
Ya Fatihal abwaab
"Wahai Tuhan yang membuka pintu-pintu"
يا سامع الأصوات
Ya Sami'al aswaat
"Wahai Tuhan yang mendengar suara"
يا قاضي الحاجات
Ya Qadhiyal haajaat
"Wahai Tuhan yang menunaikan semua hajat"
يا مجيب الدعوات
Ya Mujibud da'awaat
"Wahai Tuhan yang memperkenankan semua doa"
إجعلنا من الناجحين
Ij'alna minan najihiin
"Jadikanlah kami orang yang berjaya di dunia dan akhirat"
aminn... terima kasih atas perkongsiannya..
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.