Type Here to Get Search Results !

Foodpanda Malaysia Memperkenalkan ZUS Coffee dalam Panda Pick

Kuala Lumpur, 16 Februari 2023 — foodpanda Malaysia, platform penghantaran makanan terkemuka negara mengumumkan ZUS Coffee, rangkaian kopi dipacu teknologi #1 Malaysia sebagai penambahan vendor terkini mereka ke dalam panda pick - pilihan vendor menyelerakan oleh foodpanda yang HANYA boleh didapati di dalam platform tersebut.

Kerjasama ini bakal menjadikan kopi istimewa ZUS Coffee sebagai satu keperluan dan bukannya satu kemewahan, dan bersedia untuk penghantaran hanya melalui foodpanda.

ZUS Coffee yang 100% jenama buatan Malaysia boleh didapati dalam platform foodpanda sejak 2019, dan telah mengalami pertumbuhan pesat dalam pesanan mereka di platform penghantaran makanan ini dengan lebih 2 kali ganda pada suku ke-3 2022 berbanding suku ke-2 dan tambahan 1.7 kali ganda pada suku ke-4.

Ketua pegawai eksekutif foodpanda Malaysia, Sayantan Das menzahirkan penghargaannya atas kerjasama baik antara foodpanda Malaysia dan ZUS Coffee, dua syarikat yang dipacu oleh teknologi berganding bahu bagi membawakan kegembiraan ke rumah para pelanggan. 

“Kami berbesar hati kerana ZUS Coffee sudi menyertai kami dalam pengenalan semula panda pick. Kami sentiasa memberikan sokongan kepada mereka sejak mereka mula membuka kiosk yang pertama di Binjai pada 2019. Kini, mereka berjaya menjual lebih daripada 27 juta cawan kopi berkualiti tinggi pada harga mampu milik,” ujar beliau.

foodpanda Malaysia memperkenalkan ZUS Coffee dalam panda pick

“Ia bukan sahaja selari dengan objektif komersial kami, malah ia juga merupakan salah satu daripada nilai dan falsafah kami. ZUS Coffee percaya bahawa kopi tidak sepatutnya menjadi suatu minuman yang mewah, tetapi ia adalah satu keperluan. Begitu juga dengan kami di foodpanda, kami yakin dalam menghantar makanan, barangan runcit dan banyak lagi, dengan cepat dan mudah. Kami yakin dalam memberikan orang ramai akses kepada perkhidmatan penghantaran atas permintaan yang pantas, mudah dan mampu milik bagi memberikan lebih masa kepada mereka untuk melakukan perkara yang lebih penting,” tambah beliau.


Kopi panggang adalah salah satu daripada segmen F&B yang berkembang pesat di peringkat global di mana pasaran itu dijangka terus meningkat sebanyak 4.31% setiap tahun. 

Kerjasama ini terbukti sebagai kesinambungan semula jadi antara ZUS Coffee dan foodpanda Malaysia bagi mengukuhkan lagi kedudukan ZUS Coffee sebagai jenama isi rumah bagi kopi yang dibungkus dengan perkhidmatan penghantaran foodpanda yang serba mudah dan diyakini.

Sebagai tanda bermulanya kerjasama itu, foodpanda Malaysia dan ZUS Coffee telah berganding bahu untuk memulakan waktu pagi dan mengukir senyuman pada wajah orang ramai dengan memberikan secara percuma minuman Iced Shaken Double Espresso dan CEO Latte. 

Hidangan kopi itu telah diedarkan di 12 lokasi berbeza di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang melalui pasukan skuter yang memakai seragam berwarna biru ZUS Coffee dan warna merah jambu foodpanda, mewujudkan satu pemandangan yang ceria bertenaga yang boleh dilihat dengan jelas dari jauh.

"Kami di ZUS Coffee berasa gembira dengan kerjasama ini, terutamanya menjadi salah satu jenama terbesar yang hanya boleh didapati di dalam foodpanda menerusi program panda pick. Dengan kerjasama ini, kami dapat menemukan bakal pelanggan di kawasan yang tidak tercapai oleh kami sebelum ini, dengan bergantung kepada foodpanda yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk menikmati produk kami melalui perkhidmatan penghantaran. Semoga semua orang dapat menikmati kopi berkualiti tinggi pada harga mampu milik yang ditawarkan oleh ZUS Coffee," kata Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian.


Untuk meraikan kolaborasi ini, ZUS Coffee juga akan memperkenalkan minuman merah jambu yang hanya boleh dinikmati oleh pelanggan foodpanda menerusi servis penghantaran yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Nantikan!

Dengan kempen ‘Makan-cation Like A Panda’ yang sedang berterusan, pelanggan berpeluang untuk memenangi trip percutian, lawatan ke restoran Michelin, dan tiket penerbangan kelas perniagaan, setiap pesanan daripada ZUS Coffee akan memberi pelanggan mata berganda.

Tidak dinafikan, ZUS Coffee benar-benar dapat memenuhi janji jenamanya, Specialty Coffee Made Affordable. Pengguna foodpanda kini boleh menikmati kopi istimewa berkualiti tinggi dengan mudah tanpa perlu meninggalkan rumah mereka. Kekal ceria sepanjang hari sambil menikmati hidangan kopi istimewa ZUS Coffee yang dipesan melalui aplikasi foodpanda.


Tags

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad