Bismillah
Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْMaksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah al-Ghafir:60)
Imam Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya mengatakan bahawa pada ayat ini adalah dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf di antara orang islam. [Lihat: Tafsir Ibn ‘Asyur, 183/24]
Sebelum mulakan aktiviti hari ni, mulakan dengan doa ini.
DOA PADA WAKTU PAGI
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاًAllahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa
"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima." [Riwayat Ibnu as-Sunni dan Ibn Majah]
Jangan tinggalkan doa ini setelah solat Subuh.
RUJUKAN :
- IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-349: CARA PENERIMAAN DOA
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.