Type Here to Get Search Results !

Rezeki Dapat 4 Ekor Anak Kucing Beserta Ibunya Sekali

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, hari ini baru aku ada kesempatan untuk menulis. Beberapa hari ini aku agak sibuk dengan rutin harian baru jaga 4 ekor anak kucing.

Sejak aku mula tinggal di Johor, aku dah lama menginginkan kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah. Cuma belum ada rezeki lagi nak jumpa kucing yang sesuai.

Ada pun kucing liar yang selalu datang rumah untuk makan. Tetapi aku tidak mahu juga kucing yang dah besar sebab aku rasa susah nak jaga dan ajar.

Sebelum balik Sabah, ada seekor kucing nie mengandung. (Bukan kucing orang) selalu datang kat rumah ipar aku. Jadi aku pun kata kat dorang, once kucing tu beranak, aku nak ambil anak-anaknya.

Tetapi aku hanya ambil anak kucing yang dah boleh makan sahaja. Kalau masih menyusu aku tak nak. Sebab nak jaga anak kucing nie pun perlukan kos. Apatah lagi kalau tinggal di bahagian perumahan.

Kalau kat rumah mak best jaga kucing sebab kawasan kampung. Senang jaga sebab biasanya kucing kawasan kampung nie tak perlu nak latih untuk pergi tandas. Dorang pandai cari sendiri tempat untuk membuang. Just bagi makan sahaja.

Dan kucing di rumah mak semuanya tidur kat luar rumah. Dari kecil dah biasa tidur luar dan tak perlu letak dalam sangkar. Paling pun kalau bergaduh dengan kucing lain, balik rumah kotor-kotor barulah dimandikan kucing tu.

Dipendekkan cerita, akhirnya pada hari ahad yang lalu aku bawa balik 4 ekor anak kucing beserta ibunya sekali.

kucing-oren-putih
Inilah kucing yang aku nak ambil

Aku memang suka kucing dan pernah jaga kucing. Cuma ini kali pertama aku jaga kucing dan masukkan dalam sangkar. Sebab kawasan rumah aku memerlukan aku untuk beli sangkar kucing.

Kos untuk penjagaan kucing :

1. Sangkar 3 tingkat (RM239)
2. Makanan kucing (RM10)
3. Pasir kucing (RM14)
4. Cat Litter (RM10)
5. Syampu (RM12)
6. Sikat (RM4)

sangkar kucing paling murah
Kami merancang nak ambil anak kucing saja. Tetapi rezeki dapat ibunya sekali. 


Aku beli semua barang kucing di Pet Outlet, Pontian. Aku suka datang beli kat sini sebab kedai ini menjual produk haiwan yang sangat murah dan mempunyai pelbagai pilihan. 

tofu cat sand
Berdasarkan pembacaan, pasir Tofu antara pasir yang terbaik. 

Aku ada baca beberapa artikel, ramai yang cadangkan beli pasir kucing jenis Tofu ini. Jadi aku ikutlah cadangan orang yang lebih tahu. Pekerja di sini pun cadangkan untuk beli pasir kucing jenis Tofu sebab senang nak bersihkan dan kurang bau. 

Pekerja di sini pun sangat peramah dan sentiasa membantu memberi cadangan khasnya kepada beginners seperti aku. 

Aku dan husband baru 2 kali ke kedai tu, staff dia dah kenal dengan customer walaupun aku pakai purdah. Servis mereka memang terbaik dan harga juga berpatutan.

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke 4 aku jaga kucing. Syukurlah anak-anak kucing semuanya senang nak diurus walaupun agak nakal. Malah nak mandikan pun tak banyak bunyi dan tak takut dengan air. 

Aku risau juga nak mandikan kucing sebab baru pertama kali aku belajar mandikan kucing. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

Baru saja kering lepas mandi tadi


Seronok sebenarnya ada kucing. Apatah lagi duduk sorang saja kat rumah ni. Apabila ada haiwan peliharaan ini jadi terapi juga buat aku. 

Aku belum bagi nama lagi. Tak tahu nak bagi nama apa. 



Tags

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad