Bismillah
Hai semua! Rasanya dah lama tak buat entri tentang blog performance kat blog ni kan. Jadi tahun ini aku merancang nak buat entri blog performance on Google Search ni setiap bulan. InsyaAllah.
Ada orang dia suka kongsi, ada yang tak. Jadi bagi aku pula, aku suka kongsi kat blog sebab nak memotivasikan diri untuk lebih rajin update blog.
Dulu aku memang tak suka kongsi sebab malu dan blog sendu ja. Tetapi apabila melihat perkembangan blog dari semasa ke semasa ada naik dan turunnya tu memang nostalgic haha.
Dan paling penting sekali, setiap kali prestasi blog menurun, apa yang aku buat untuk perbaiki lagi blog?
Dan sekiranya prestasi menaik, apa yang aku buat untuk kekalkan momentum tersebut? Itulah yang dipanggil dengan proses belajar.
Siinurul.com Blog Performance January 2023
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Pada bulan November 2022 aku pertama kali dapat 1.03Milion impressions (web) di Google Search Console.
Walaupun begitu, nak dapatkan pages with first impressions tu agak susah juga. Syukurlah beberapa bulan nie dapat kekalkan inpressions di blog. Bukan mudah nak maintain.
Macam Mana Nak Baca Report Blog Performance di Google Search Console?
Pertama sekali kita kena faham apa yang dinyatakan dalam laporan blog kita tu. Apabila kita tak faham, kita tak reti apa yang perlu kita perbaiki dalam blog kita.
Nampak saja 20 pages with first impressions terus rasa down sebab orang lain semuanya tinggi-tinggi. Jadi aku bagi tips sedikit supaya korang lebih faham laporan blog sendiri.
Monthly performance numbers:
- Web clicks: How many people clicked a link to your site in the general search results tab in Google Search.
Whenever you see "Web" as a search type in the email, this means the general results tab in Google Search (the default search type, shown as "All" in search results), as opposed to an image or video search. - Search Console Help
Dalam tempoh sebulan tu, berapa orang (user) yang klik link ke blog/website kita. Sebagai contoh, orang taip keywords di google, blog kita muncul di halaman google (tidak kira berada di halaman berapapun), kemudian orang tu klik link ke blog kita.
- Impressions: How many people saw a link to your site in Google Search results. These results are only from the general search results tab.
Maksudnya berapa banyak orang yang 'nampak' link ke website/blog korang. Jadi apabila impressions korang ini tinggi, ini menunjukkan konten blog korang 'organic search' iaitu mudah dicari di carian google.
Tetapi tidak semestinya impression tinggi ramai yang clicks blog korang. Sebagai contoh blog performance aku 1.1M impressions, tetapi yang klik pun cuma 51.3k sahaja. Sangat jauh beza ya.
Cara untuk menaikkan clicks tersebut adalah dengan membuat 'Headline' yang menarik dan power! Ini merupakan salah satu kelemahan aku juga.
- Pages with first impressions: Pages that were seen by a user in Search Results for the first time last month. (This may be omitted for very large sites.)
Maksudnya bilangan halaman yang ditunjukkan buat pertama kali di carian google.
Sebagai contoh, korang publish 50 artikel pada bulan ini, jadi dalam laporan korang sepatutnya ditunjukkan 50 Pages with first impressions dalam carian google. Tetapi sekiranya bilangan tersebut kurang daripada jumlah yang korang update bermaksud ada masalah dalam crawling issues.
Dalam erti kata lain, ada halaman yang tidak dapat indeks.
Lagi banyak page yang diindeks lagi tinggi peluang untuk muncul di enjin carian. Oleh sebab itu sangat penting buat audit blog sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Tetapi macam mana pula dengan blog yang update 10 artikel sebulan tetapi mempunyai 50 pages with first impressions? Ini apa yang dapat aku simpulkan, ada halaman lama yang baru dapat diindeks. Jadi, artikel tersebut muncul di carian buat pertama kali.
Ini apa yang aku fahamlah. Mungkin apa yang aku terangkan boleh jadi juga salah.
Ada juga yang kata pages with first impressions ini artikel yang berada di halaman pertama google. Boleh jadi jugalah.
Macam mana nak tingkatkan pages with first impressions ini adalah dengan banyakkan konten dan pastikan artikel tersebut diindeks di google.
Bagaimana nak tahu artikel diindeks atau tidak?
1. Korang pergi ke Google Search Console → Search Console Insights
Pastikan artikel baru korang publish keluar di bahagian Search Console Insights |
2. Buka New Incognito window → Taip tajuk artikel yang korang publish
Pastikan tajuk artikel korang muncul di enjin carian. |
Dua perkara ini korang kena lihat setiap kali korang update blog. Artikel korang mungkin berjaya muncul Google tetapi tidak keluar di bahagian report Search Console Insights.
- Top growing pages and Top performing pages: Which pages on your site are growing the fastest (by absolute value, not by percentage change ), and which have the highest number of clicks. These values are "month over month" changes (how this month compared to the previous month).
Halaman manakah yang meningkat dengan cepat dan mempunyai klik yang tinggi pada bulan tersebut. (Jika dibandingkan dengan bulan sebelumnya).
- Top growing queries and top performing queries: The fastest growing queries in Google Search that return a link to your site. (A query is the phrase that a user types in the Google Search box.) These values are "month over month" changes (how this month compared to the previous month).
Ini pula bermaksud, kata kunci yang tertinggi dalam carian enjin dan mempunyai clicks yang banyak pada bulan tersebut.
Korang boleh buka Full Report untuk lihat sendiri artikel mana yang paling tinggi prestasi pada bulan tersebut.
Kesimpulannya
Sekiranya kita faham laporan yang ditunjukkan dalam Google Search Console mudah untuk kita perbaiki apa kurang dalam blog kita.
Nilai yang tinggi tidak semestinya blog tersebut mempunyai prestasi yang baik. Blog performance yang baik menurut Google Search Console pula macam mana?
Secara ringkasnya, apa yang aku dapat simpulkan adalah :
- Korang kena buat 'headline/tajuk' artikel yang menarik untuk tingkatkan clicks (web).
- Pastikan artikel mudah dicari dan sudah diindeks untuk meningkatkan impressions.
- Banyakkan konten dan kerap update blog supaya enjin carian tahu blog kita aktif.
- Kemasini dan republish artikel lama.
Apa yang aku kongsikan mungkin tidaklah tepat sepenuhnya. Tetapi sekiranya kita cuba faham InsyaAllah kita akan dapat tulis konten dengan lebih baik lagi. Bahkan kita dapat tahu dimana kekurangan blog kita dan perbaikinya.
Baiklah sampai di sini sahaja perkongsian ini. Semoga bermanfaat.
kita punya yang impression tu baru 14 pages. byk jgk la kena indeks balik huhu
BalasPadammasih banyak lg link yg tak dapat diindex. memang tak faham mcm mana nk fix. walaupun dh fix. validation fix masih failed
BalasPadamterima kasih atas tip ini. baru faham macam mana nak baca report di Google search console.
BalasPadamTq Nurul sudj kongsi. Akk punya pon byk lagi yg perlu diperbaiki.. InsyaAllah slow slow
BalasPadamTahniah
BalasPadamTq nurul.. sgt2 membantu.. cuma boleh x akak nk tau cmne nk republish artikel lama?
BalasPadamThank you for sharing..
BalasPadamTerima kasih Nurul sudi kongsi berkenaan ni. Saya pun pening pening lalat jugak bila baca report ni setiap bulan.
BalasPadamTerima kasih nurul, baru saya faham lebih ttg performance GSC
BalasPadamTq share kak
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.