Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan salah satu usaha kerajaan dalam menyediakan unit rumah yang mampu untuk disewa bagi mereka yang berkelayakan dan berpendapatan rendah.
Program PPR telah diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar minima RM124.00 sebulan.
Daripada 38 Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dilaksanakan, 32 PPR telah disiapkan dengan baki 6 PPR masih di tahap pembangunan.
Cara Memohon Program Perumahan Rakyat (PPR) / Rumah Mesra Rakyat (RMR) Secara Manual (PPR Lama/Pengisian Semula)
Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan menggunakan borang yang disediakan oleh PBT dan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang berikut :
- Gambar berukuran passport
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon tidak kurang daripada 21 tahun
- Salinan kad pengenalan, surat lahir termasuk pasangan dan tanggungan (disahkan JPN)
- Salinan sijil nikah (disahkan oleh jabatan/agensi berkenaan)
- Salinan Kad Kelainan Upaya (OKU) (Disahkan oleh Jabatan/Agensi berkenaan)
- Salinan Slip Pendapatan Ketua Isi Ruma (KIR)
- Surat Akuan Bersumpah (Tidak memiliki slip pendapatan)
- Lain-lain dokumen berkaitan jika ada :
- Salinan sijil cerai (Jika ibu tunggal)
- Sijil Kematian pasangan
- Kad kelainan upaya (OKU)
(Note : Perlu disahkan oleh jabatan/agensi berkenaan)
Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada PBT untuk rekod.
Kriteria Pemilihan Penghuni
1. Penduduk belum memiliki rumah
2. Pendapatan Kasar Isi Rumah tidak melebihi RM3000 dan tidak kurang dari RM700
3. Ibu tunggal / balu / janda
4. Orang Kurang Upaya (OKU)
5. Bujang dengan tanggungan (Ibu, bapa, adik-beradik, atok, nenek)
6. Sekiranya permohonan berstatus setinggan atau mengalami musibah bencana alam, akan dibincangkan dalam mesyuarat konsultatif @ Consultative Committee.
MUAT TURUN : Garis Panduan Pemilihan Rumah PPR.pdf
Senarai Program Perumahan Rakyat (PPR) di Sabah
PPR DAERAH SANDAKAN
1. PPR TMN MESRA2. PPR TMN GUM GUM JAYA
3. TAMAN MURNI
4. PPR SUNGAI MANILA
5. PPR TMN MUHIBBAH
6. PPR TMN BATU SAPI
7. PPR TAMAN HARMONI SANDAKAN
8. PPR TMN BATU PUTIH
9. PPR LINTAS SIBUGA
PPR DAERAH TAWAU
1. PPR TAMAN SRI BALUNG,TAWAU2. PPR TMN SRI TITINGAN, TAWAU
3. TAMAN SRI APAS
4. PPR SRI SEMARAK, TAWAU
5. PPR TMN SRI BUKIT TAWAU
PPR DAERAH KUDAT
1. PPR TMN EHSANPPR DAERAH PITAS
1. PPR PITAS, SABAHPPR DAERAH SEMPORNA
1. PPR BUBUL RIA2. PPR TAGASAN, SABAH
PPR DAERAH LAHAD DATU
1. PANGSAPURI MUTIARA KASIH2. PPR SEPAGAYA
3. PPR JALAN TUNGKU, LAHAD DATU, SABAH
PPR DAERAH KUNAK
1. PPR TMN SRI PANGKALANPPR DAERAH KINABATANGAN
1. TAMAN SG LABUKPPR DAERAH KOTA MARUDU
1. PPR KERONGKOM JAYAPPR DAERAH KOTA BELUD
1. PPR ULU PIRASANPPR DAERAH TUARAN
1. PPR TMN TELIPOK RIA2. PPR TMN SRI RUGADING
3. PPR TMN SRI GAYANG
4. PPR GAYANG II, TUARAN, SABAH
PPR DAERAH PENAMPANG
1. PPR KIBABAIG (BLOK G, H)2. PPR KIBABAIG (BELUM SIAP)
PPR DAERAH KOTA KINABALU
1. PPR KIONSOM, INANAM, SABAH (BELUM SIAP)2. TAMAN PURI WARISAN (BELUM SIAP)
PPR DAERAH PUTATAN
1. PPR TMN SRI KERAMAT2. PPR TMN SRI SERIGAI
PPR DAERAH PAPAR
1. PPR TMN SRI SAGINDAI2. PPR TMN KINARUT RIA
PPR DAERAH KENINGAU
1. PPR TMN ANGGERIKPPR DAERAH BEAUFORT
1. PPR TMN SELAGONSumber : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
👌👌
BalasPadamHi, boleh tau Di mana Mao dapatkan borang tersebut? Terima kasih
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.