Bismillah
Tak sangka rupanya dah berakhir bulan Februari. Sekarang dah masuk bulan Mac dan Bulan Syaban. Tak lama lagi nak masuk Bulan Ramadan. Pejam celik macam baru sahaja kelmarin sambut tahun baru. Semakin hari masa semakin cepat.
Baiklah, back to topic. Sebelum ini aku pernah terangkan tentang bagaimana nak baca Report Performance Google Search Console blog korang.
Apabila kita faham prestasi blog kita sendiri, mudah untuk perbaiki apa yang kurang dalam blog.
Siinurul.com Blog Performance February 2023
Alhamdulillah 'ala kulli hal untuk blog performance February 2023 menunjukkan peningkatan pada bahagian pages with first impressions.
Walau bagaimanapun dari segi Clicks (web) pula menunjukkan penurunan, kurang daripada bulan January.
Apa yang aku perbaiki sepanjang Bulan February?
Selepas aku mulai faham sedikit tentang laporan Google Search console, ada beberapa perubahan yang aku buat terhadap blog.
1. Update blog setiap hari
Antara perubahan ketara yang aku lakukan pada bulan lalu ialah aku selalu update artikel baru. Boleh dikatakan semua artikel yang aku post di blog berjaya diindeks di google dan google search console. Dan ada beberapa artikel yang sebelum ini tidak dapat diindeks berjaya indeks pada bulan lalu.
Alhamdulillah pada bulan Februari aku telah menulis sebanyak 30 artikel. Bagi aku menulis 30 artikel dah cukup banyak. Sebelum ini hanya mampu tulis 10 - 15 artikel sahaja sebulan.
2. Isi bahagian Alt-Text dan Title untuk Imej
Perkara kedua yang aku lakukan sejak beberapa bulan ini aku tidak pernah tinggalkan bahagian Alt-Text dan Title untuk Imej. Kita kena ingat, bukan artikel sahaja yang akan diindeks, imej, links, video semuanya akan diindeks oleh google.
Korang boleh lihat sendiri ada peningkatan dari segi clicks & impressions pada bahagian images. |
Kesimpulannya
Dan apabila aku bandingkan performance bulan Januari dengan Februari apa yang aku dapat simpulkan ialah :
1. Apabila kita kerap update blog (setiap hari) impressions dan pages with first impressions meningkat.
2. Isi bahagian imej dapat meningkatkan jumlah clicks (web) untuk imej.
3. Apabila clicks menurun, Average CTR juga menurun memberi kesan kepada penurunan earning Google Adsense.
Ini cuma pendapat dan teori aku sahaja. Data yang aku simpulkan mungkin kurang tepat, tetapi sekurang-kurangnya aku tahu apa yang aku perlu lakukan untuk meningkatkan lagi prestasi blog aku pada bulan depan.
Semoga bermanfaat buat korang.
Sangat bermanfaat. Terima kasih sudi share 😊
BalasPadamTq share
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.