Type Here to Get Search Results !

Tips Mudah Simpan Duit Untuk Suri Rumah Boleh Simpan Sehingga 4 Angka Setahun

Selepas mendirikan rumah tangga, sangat penting buat suami isteri merancang kewangan dan perbelanjaan. Apatah lagi ketika belum dikurniakan cahaya mata. Pada masa inilah peluang untuk buat simpanan. 

Pada awal perkahwinan, pelbagai kaedah yang kami lakukan untuk mengurus bajet perbelanjaan isi rumah. Nak cari kaedah yang lebih teratur dan mudah tu pun susah juga. Menyimpan masa bujang tak sama dengan sudah berkahwin.

tips-simpan-duit-gaji

Setelah mencuba beberapa kaedah, berikut adalah tips mudah simpan duit untuk suri rumah yang paling berkesan (at least for me).

Tips Mudah Simpan Duit Untuk Suri Rumah Paling Berkesan

1. Cash Planner

Cash planner sangat membantu aku sebagai suri rumah untuk mengurus perbelanjaan dan kewangan rumah tangga. Idea ini asalnya aku peroleh daripada Kak Elly Matin

Korang boleh beli cash planner di shopee. [Link Shopee]

Dah ada planner korang labelkan mengikut keperluan seperti :
  • Belanja dapur, 
  • Sewa rumah, 
  • Kereta (minyak, kos servis), 
  • Bil elektrik dan air 
  • Nafkah isteri / keperluan anak
  • Simpanan (pastikan ada simpanan tau!)

Kemudian setiap kali gaji atau korang dapat duit (tak kira korang berniaga ke) terus korang asingkan mengikut keperluan. Dan pastikan ada baki untuk simpanan. 

cash-planner

Sebagai contoh gaji suami korang dalam RM1500 sebulan. Asingkan keperluan yang penting dahulu. 
  • Sewa rumah - RM500
  • Belanja dapur - RM300
  • Kereta (minyak, kos servis) - RM100
  • Bil elektrik dan air - RM60
  • Nafkah isteri / keperluan anak - RM200
  • Keperluan suami - RM100
  • Belanja Family - RM120
  • Simpanan - RM120
Jadi simpanan setiap bulan RM120 x 12 bulan = RM1440 (Jumlah simpanan setahun)

Dengan adanya cash planner korang jadi lebih cermat dalam berbelanja. Hal ini demikian kerana korang telah asingkan duit mengikut keperluan. 

Bagi aku cara begini sangat berkesan buat aku dan suami kerana apabila dah asing semua perbelanjaan kami hanya menggunakan duit belanja sendiri sahaja untuk beli keperluan diri. Jadi nafsu nak makan luar dan shopping memang terkawal. 

Alhamdulillah syukur walaupun duduk di rumah sebagai suri rumah, aku dapat juga bantu suami dengan jana pendapatan sebagai blogger sepenuh masa. Dengan pasif income aku dapat belanja family, beli keperluan diri dan kadang belikan hadiahkan untuk suami. 

Rezeki ini bukannya datang dari duit gaji kita. Gaji itu sebahagian daripada rezeki. Badan yang sihat itu rezeki, dapat sedekah makanan dari jiran juga rezeki, kereta tak meragam juga rezeki. Family sihat walafiat juga rezeki. 

Kaedah cash planner lebih organize dan yang bestnya korang boleh tracking berapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk keperluan rumah. Sekiranya korang banyak gunakan wang untuk belanja dapur, boleh kurangkan perbelanjaan untuk keperluan lain. 

2. Buat Senarai Keperluan Sebelum Berbelanja

Biasanya aku akan senaraikan keperluan sebelum berbelanja. Aku asingkan antara bahan basah dengan kering. 

Biasanya bahan kering ini lambat habis seperti garam, gula, sos, kicap dan lain-lain. Manakala bahan basah seperti sayur, ayam, telur, ikan dan lain-lain perlu dibeli secara mingguan. 

Dan cara aku asingkan adalah dengan menggunakan Notes dan Group Telegram. 

Kami ada Group Telegram khusus untuk belanja rumah yang mana suami akan nampak apa perbelanjaan kami pada bulan tersebut. Dan Notes pula adalah senarai barang sebelum pergi berbelanja. 

Sebagai seorang isteri yang memegang amanah untuk pegang duit gaji suami, bagi aku sangat penting untuk suami tahu ke mana pergi duit gaji tersebut. 

Aku tak pastilah bagi pasangan yang lain, tetapi bagi aku dengan cara ini merupakan tanda aku sebagai seorang isteri menghormati dan menjaga harta suami yang diamanahkan kepada aku. 

Walaupun suami kadang tak kisah pun aku guna duit untuk keperluan rumah cuma sebaik-baiknya aku akan minta izin dahulu. Tetapi kalau duit gaji aku sendiri aku memang belanja ikut suka aku. Hahaha~

2. Sampul RM5 & RM20

Sediakan sampul khas untuk simpanan RM5 & RM20. Setiap kali korang berbelanja, sila asingkan duit RM5 dan RM20 dalam sampul. 

Semasa berbelanja keperluan dapur, baki duit RM5 & RM20 aku akan asingkan ke sampul sekiranya ada. Cara ini sangat berkesan kalau nak buat simpanan setiap bulan. 

simpan-duit-dalam-sampul

Pada akhir tahun korang boleh kira dan gunakan wang untuk dimasukkan ke dalam akaun bank ataupun sebagai reward diri seperti bercuti dengan pasangan. 

Alhamdulillah tahun lalu kami dapat kumpul dalam RM6++ lebih juga. Wang itulah yang kami gunakan untuk balik bercuti ke Sabah. 

4. Tabung Syiling

Selain itu juga, aku ada sediakan tabung syiling khas di rumah. Apabila beli belanja pasti akan terselit juga duit-duit syiling dalam dompet. Biasanya aku akan asingkan terus duit syiling dari dompet selepas beli barang. 

Ada orang suka bawa duit syiling. Kalau aku pula tak suka dompet penuh dengan duit syiling. Jadi aku selalu simpan terus dalam tabung. 

tabung-syiling

Duit syiling ini aku akan kira sekali dengan duit sampul RM5 & RM20. Kalau banyak sangat duit syiling aku akan tukar ke kedai runcit sahaja. 

5. Simpanan ASB / Tabung Haji / Emas

asb-tabung-haji-emas
Akhir sekali simpanan yang dikumpul melalui cash planner, sampul RM5 & RM20 serta duit syiling akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan ASB, Tabung Haji ataupun beli emas. 

Suami ada simpanan sendiri, aku juga ada simpanan sendiri. Biasanya kami akan berbincang dahulu nak buat apa dengan simpanan tu. 

Kesimpulannya :

Kaedah ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Apa yang aku kongsikan adalah pengalaman aku sendiri bagaimana nak mengurus perbelanjaaan rumah dengan simpanan. Cara ini sekurang-kurangnya berkesan untuk mengatur kewangan kami. 

Mungkin cara ini kurang berkesan sekiranya mempunyai anak sebab buat masa sekarang kehidupan kami cuma berdua. Sekiranya Allah kurniakan kami cahaya mata pengurusan kewangan pun mungkin dah tak sama. 

Cara hidup, latar belakang, dan pekerjaan sangat mempengaruhi bagaimana cara kita berbelanja dan menyimpan juga. 

Ada orang gaji besar tetapi tidak dapat menyimpan kerana mempunyai komitmen yang besar. Ada yang gaji sedikit tidak dapat menyimpan kerana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memang cukup-cukup makan sahaja. 

Masing-masing punya cara kan. Apapun simpan dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada semua. InsyaAllah..


Tags

Catat Ulasan

3 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Salam Jumaat Nurul..
    Perkongsian yang baik, keep it up!
    Perancangan kewangan ni perlu disiplin yang tinggi..

    BalasPadam
  2. satu tip yg bermanfaat...ada yg memang sy dah praktikkan...

    BalasPadam
  3. Tips yang sangat membantu dan bisa digunakan siapa saja

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Top Post Ad

Below Post Ad