Sehingga kini, satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad yang berkekalan hatta sehingga hari kiamat adalah al-Quran. Ianya merupakan Kalam Ilahi yang mana menjadi panduan kehidupan menyeluruh umat Islam dari pelbagai aspek dunia dan akhirat.
Nuzul yang juga bermaksud Penuran al-Quran adalah bertujuan bagi memberikan petunjuk dan menjadi panduan agar manusia dapat membezakan antara haq dan batil. Ianya satu-satunya jalan kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunya ayat al-Quran yang pertama kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibrail iaitu lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq hinggalah seterusnya turun secara berperingkat menjadi lengkap sebagaimana kita al-Quran yang ada pada hari ini.
Kita harus mengambil inspirasi dari Nuzul Al-Quran untuk terus belajar, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kita tentang agama, serta mengaplikasikan nilai-nilai suci dalam kehidupan sehari-hari kita
salam nuzul quran buat nurul :)
BalasPadamsalam nuzul al quran juga nurul..lama xsinggah sni..slmt bpuasa tuk nurul dan kluarga
BalasPadamSalam nuzul Quran
BalasPadamdan selamat berpuasa
Salam nuzul al quran
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.