Bismillah
myPTPTN adalah aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan PTPTN secara dalam talian seperti semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, semakan penyata Simpan SSPN, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN serta permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Syarat untuk mendaftar myPTPTN
Pengguna mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun (dan ke atas) dan mempunyai nombor telefon serta alamat e-mel yang betul dan sah bagi tujuan pengesahan pendaftaran.Kaedah untuk akses ke aplikasi myPTPTN.
Pertama: Memuat turun ke peranti; dan Sistem Operasi telefon bimbit mestilah iOS 11.0 dan ke atas atau versi Android 5.0 dan ke atas.Sila ke platform pengedaran digital seperti “App Store”, “Play Store” dan “Huawei AppGallery” untuk muat turun aplikasi myPTPTN di telefon mudah alih anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Kedua: Melayari Web (https://myptptn.ptptn.gov.my)
myPTPTN boleh dilayari di kesemua pelayar web seperti Microsoft Edge, Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Apple Safari. Capaian terbaik adalah di Google Chrome dan Microsoft Edge.
Sebelum pendaftaran myPTPTN diteruskan, No. Kad Pengenalan anda akan disahkan terlebih dahulu
Masukkan (Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan) dan No Kad Pengenalan. Kemudian tekan SETERUSNYA.
- Taip “myPTPTN ” di ruang carian;
- Tekan ikon “myPTPTN”; dan
- Tekan butang “Install” untuk muat turun;
Kedua: Melayari Web (https://myptptn.ptptn.gov.my)
myPTPTN boleh dilayari di kesemua pelayar web seperti Microsoft Edge, Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Apple Safari. Capaian terbaik adalah di Google Chrome dan Microsoft Edge.
Daftar myPTPTN
Buka aplikasi myPTPTN dan klik ‘Daftar Sekarang’
Masukkan (Nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan) dan No Kad Pengenalan. Kemudian tekan SETERUSNYA.
PTPTN Login
Bagi yang dah mendaftar di myPTPTN, korang hanya perlu log masuk ke [myPTPTN]
2. Tekan YA pada frasa keselamatan korang yang betul.
3. Masukkan Kata Laluan, kemudian tekan Log Masuk.
4. Pada bahagian halaman utama, korang tekan Semakan Penyata / Semakan Penyata Simpanan. (Rujuk gambar di bawah)
5. Seterusnya tekan Papar untuk melihat penyata pinjaman korang.
6. Penyata akan dipaparkan mengikut tahun semasa. Korang boleh Muat Turun (download) ataupun cetak untuk dijadikan rujukan.
Semak No.Pinjaman PTPTN
1. Pada halaman utama, tekan bahagian AKAUN SAYA, kemudian klik PINJAMAN.
2. Seterusnya, korang tekan bahagian kotak hijau yang telah dipaparkan seperti dibawah.
3. Korang akan lihat dengan lebih terperinci pinjaman penuh PTPTN serta nombor pinjaman PTPTN.
Semoga infomasi ini membantu korang untuk melunaskan baki hutang ptptn.
Untuk maklumat lanjut :
Alamat :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Talian :
eaduan.ptptn.gov.my (03 – 2193 3000)
Klik untuk ⇒ Senarai Pejabat Cawangan PTPTN
abis hutang ptptn cfrm lega kan. apapun elok ada service camni, senang sikit anak2 yg kurang berkemampuan belajar.
BalasPadamTerima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.