Type Here to Get Search Results !

Lyndung | Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah Untuk Bil Perubatan

Tentang Syarikat Lyndung Sdn Bhd

Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2022. 

Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn. Bhd. (1257515-W), penaraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.

Untuk pengetahuan korang,  Lyndung Sdn. Bhd. bukan sebuah syarikat insurans/takaful dan tidak menawarkan sebarang produk insurans/takaful. 

Apa itu Lyndung?

Secara ringkasnya, Lyndung ialah program perkongsian komuniti patuh syariah untul bil perubatan yang mana membantu rakyat Malaysia terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan. 

Melalui Program Perkongsian Komuniti Lyndung, ahli komuniti kini dapat menikmati fasiliti perubatan pada harga yang mampu milik serendah RM10 sebulan. 

Hal ini kerana, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk mendapatkan sebarang jenis perlindungan perubatan disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Lyndung juga adalah sebuah program perkongsian dimana ahli komuniti Lyndung akan membantu satu sama lain dengan berkongsi bil perubatan mereka secara sama rata. 

Sebagai contoh dengan jika jumlah ahli seramai 2,000 orang, jika ada ahli dimasukkan ke hospital dan jumlah bil perubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM30,000, maka jumlah bil itu akan dibahagikan sesama ahli.

Formula : 30000 / 2000 = RM15 jumlah yang perlu dibayar oleh ahli. 

Jumlah maksimum sumbangan perkongsian bulanan adalah sebanyak RM50. Sekiranya perkongsian bulanan melebihi RM50, baki sumbangan perkongsian akan dibawa ke bulan seterusnya.


lyndung

Perkongsian komuniti yang berpatutan dan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana manakala manfaat perubatan yang ditawarkan oleh Lyndung adalah hampir sama seperti syarikat insurans atau takaful yang lain. 

Dengan hanya RM10 setiap bulan, orang ramai dapat menikmati manfaat perlindungan perubatan dan rawatan di hospital.  Penyertaan terbuka kepada rakyat Malaysia yang sihat tanpa penyakit sedia ada berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan pendaftaran dibuat secara dalam talian menerusi e-Kyc.

Manfaat Program Perkongsian Komuniti Lyndung Kepada Individu

manfaat-lyndung
Sumber : https://lyndung.my/news/waiting-period

1. Bil Perubatan Kemalangan
RM20,000 bil perubatan akibat kemalangan layak untuk dikongsi untuk 60 hari pertama.

2. RM1 Juta Bil Perubatan
RM1 juta bil perubatan termasuk kemalangan layak untuk dikongsi

3. 200 Hospital Panel
Lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak.

4. Rawatan Kanser Dan Dialisis Buah Pinggang
RM100,000 maksimum sepanjang hayat layak untuk dikongsi untuk rawatan kanser bagi pesakit luar dan dialisis buah pinggang.

5. Pemindahan Organ
RM20,000 maksimum untuk pemindahan organ sekiranya ahli sebagai Penerima, sekali seumur hidup.

6. Khairat Kematian
RM5,000 Khairat Kematian untuk Waris

7. Servis Ambulans
Perkhidmatan ambulans untuk kecemasan maksimum sebanyak RM250

8. Bilik dan Makanan Hospital
Maksimum RM150 sehari untuk bilik dan penginapan hospital

9. Pendapat Kedua untuk Pembedahan
Caj pendapat kedua yang layak untuk dikongsi adalah 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital


Lyndung juga terbuka kepada syarikat SME yang ingin memberikan manfaat perubatan kepada pekerja mereka. Dengan Lyndung, majikan boleh menyediakan manfaat ini dengan harga yang mampu milik tanpa membebankan kewangan syarikat.

Manfaat Program Perkongsian Komuniti Lyndung Kepada SME & Pemilik Perniagaan

  • Fi keahlian tahunan yang rendah, hanya RM120 untuk seorang pekerja.

  • Perkongsian bil perubatan secara sama rata bersama Ahli Komuniti Lyndung yang lain.

  • Pekerja boleh memilih untuk menukar keahlian mereka kepada pelan program individu setelah tidak lagi bekerja di syarikat anda

Faedah menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung:-

  • Yuran Keahlian yang rendah iaitu RM10 sebulan atau RM120 setahun.

  • Ahli komuniti akan berkongsi bil perubatan untuk membantu ahli komuniti yang kurang bernasib baik.

  • Kemasukan ke hospital, termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan diuruskan oleh syarikat Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga (TPA) yang bereputasi tinggi, Eximius Medical Administration Sdn. Bhd. dengan talian sokongan 24 jam.

  • Lebih dari 200 panel hospital termasuk Sabah dan Sarawak. Klik untuk lihat ⏩Senarai Hospital Panel

  • Amanah Warisan Berhad sebagai syarikat pemegang amanah untuk menguruskan Sumbangan Perkongsian.

  • Ahli komuniti berpeluang untuk terus beramal dengan cara membantu ahli lain yang memerlukan rawatan perubatan.

  • Lyndung adalah platform perkongsian komuniti digital sepenuhnya.

Yuran Keahlian Bulanan /Tahunan

yuran-lyndung
Sumber : https://lyndung.my/pricing/bm

harga-lyndung
Sumber : https://lyndung.my/pricing/bm

lyndung
Nota: Angka pada ilustrasi di atas seperti yuran keahlian, 
Sumbangan Perkongsian Awal, sumbangan perkongsian perubatan dan lain-lain, adalah contoh sahaja.


Secara kesimpulannya, apa yang aku faham tentang Lyndung ia adalah program perkongsian, semakin bertambah bil perubatan semakin bertambah juga bayaran bulanan yang dibayar oleh ahli. Cuma yang bagusnya mereka telah tetapkan maksimum bayaran sebanyak RM50 sebulan.

Sekiranya tiada claim, maka tiada caj yang perlu dikenakan cuma korang kena bayar RM10 (harga basic). Jadi semakin ramai ahli, maka semakin murahlah bayaran bulanan (sekiranya claim tidak tinggi).

Bagi aku banyak manfaat juga sebenarnya, kita join Lyndung untuk perkongsian bukan mengharap pulangan. Sekiranya kita ditimpa musibah seperti kemalangan, sakit dan sebagainya sekaligus dapat meringankan beban dan mendapat kemudahan rawatan. 

Lyndung nie lebih kurang konsep Khairat Kematian tetapi untuk kos perubatan. Sekurang-kurangnya dengan program Lyndung mereka yang sebelum ini ingin mendapatkan perlindungan perubatan tetapi tidak mampu maka Lyndung adalah alternatif terbaik dengan tawaran harga marhaen. 

Bahkan korang juga boleh jadikan ia sebagai “backup” kepada medical sedia ada. Bukan itu sahaja, ianya juga berpatutan dengan sumbangan yang dibayar, mampu milik, sesuai untuk semua golongan, patuh Syariah dan ada panel hospital di seluruh Malaysia.

Maklumat Lanjut

Hubungi : 
  • Waktu Operasi : 10:00 AM - 5:00 PM (Isnin hingga Jumaat)
    Tutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

Direktori : 
Lyndung Sdn. Bhd. 18A, Jalan Pinggiran Putra 4a/4, Desa Pinggiran Putra, 4300 Kajang, Selangor


Talian Hotline 24 Jam :
Untuk hal-hal berkaitan kemasukan ke hospital dan surat jaminan (GL) sahaja
  • Hotline e-MAS : 03-27790012
  • WhatsApp e-MAS : 018-7883627

Bantuan & Sokongan

Catat Ulasan

0 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Top Post Ad

Below Post Ad